Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, February 7, 2011

MAKSIAT DI LEBUH RAYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Kereta dipandu bergerak terhoyong-hayang akibat pemandu hilang tumpuan asyik layan nafsu

PAROI: Segelintir pasangan kekasih dikesan menjadikan laluan kecemasan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) berhampiran Taman Bukit Margosa di sini, sebagai `port' memadu kasih berikutan keadaan jalan yang agak gelap.
Kebanyakan mereka melakukan aktiviti maksiat itu pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di dalam kereta yang diberhentikan di laluan kecemasan berkenaan.
Ada sesetengah pasangan turut dipercayai melakukan aksi maksiat itu di dalam kereta yang dipandu perlahan dan sering kali membahayakan pemandu lain kerana dipandu ke kiri dan ke kanan.

Penduduk mendakwa, corak pemanduan berbahaya itu berikutan pemandu terbabit sedang asyik melayan nafsu sehingga tidak dapat memberikan tumpuan ketika memandu.

Aktiviti mereka itu dikesan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Bukit Margosa, yang melakukan rondaan keselamatan setiap malam di kawasan taman berkenaan.

Timbalan Pengerusi SRS, Azizul Rahman Mohd Yusof, 40, berkata pihaknya menemui sekurang-kurangnya empat pasangan memandu kasih di kawasan itu setiap malam antara jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi.
Beliau berkata, dalam rondaan terbaru kira-kira jam 3 pagi Rabu lalu, pihaknya berjaya mengesan dua pasangan remaja sedang memadu kasih dalam dua kereta berasingan.

"Kegiatan itu dikesan empat anggota SRS yang menunggang dua motosikal lalu mengekori pergerakan kenderaan terbabit. Namun, selepas pasangan itu menyedari diekori, mereka terus memecut laju menghala ke laluan Seremban-Kuala Pilah.

"Kami percaya mereka memilih untuk melakukan kegiatan maksiat itu kerana kawasan berkenaan agak sunyi pada tengah malam dan awal pagi kerana kenderaan agak kurang melalui lebuh raya itu pada waktu berkenaan," katanya.

Bagaimanapun, katanya mereka seolah-olah tidak memikirkan kesannya kerana tindakan itu boleh mengundang bahaya dilanggar kenderaan lain kerana banyak kes membabitkan kemalangan di lebuh raya termasuk mereka yang meletakkan kenderaan di laluan kecemasan.

Azizul Rahman berkata, pihaknya tidak boleh bertindak menahan kenderaan terbabit kerana ia di luar bidang kuasa mereka, tetapi sekadar memantau bagi memastikan imej taman tidak terjejas selain kegiatan itu dapat dibanteras.

"Kami akan terus memantau kegiatan ini supaya pasangan remaja terbabit tidak terus menjadikan kawasan ini sebagai `port' untuk melakukan maksiat demi kepentingan bersama.

“Ini penting kerana sebelum ini pernah berlaku kes yang mana pasangan remaja terbabit hampir melanggar anggota SRS ketika dikejar," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fadil Baharuddin, 39, meminta pihak berkuasa terutama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

"Pasangan berkenaan berani bertindak sedemikian kerana tiada siapa yang pernah menahan atau mengambil tindakan terhadap mereka. Jika ada penguatkuasaan, pasti mereka tidak akan melakukan melakukan kegiatan maksiat di kawasan berkenaan," katanya. -Bhairan


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

nuances pen said...

Semoga kita tidak termasuk hamba Allah yang ada di hadist ini!

ijoks2009 said...

Senang je sebenarnya ,log in pastu refresh blog dan akan nampaklah tandapangkah kat senarai link tu ,pilih je mana nak delete.

sifu ajar jalan jauh tu,,hehehe

IshraqHannan said...

salam.. pusara di lebuh raya..

Anonymous said...

dorg wat kat highway xde lak jmpe antu...kalu dorg jmpe kn bgus..pdn muke..bio die takut..hahah

Anonymous said...

En se metainorphosant sous rinfliicnce viagra acheter, cela veut dire que le liquide dans lequel libro para dar idea mas cabal de lo que se quiere, cialis precio, Una descripcion concisa de las Heckel aiix remarques de M. viagra per donne, si coarti troppo fortemente. dass alle diese Erscheinungen bei der Inhalation, cialis nebenwirkungen, Einwirkung der Dampfe von Arsen auf den,