Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, June 12, 2010

NAJIB + JAIS = NAJIS

بسم الله الرحمن الرحيم



Pada mulanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JAIS kerana di dalam kesibukan mereka memikul beban amanah ummat Islam negeri Selangor, mereka berkesempatan dan sudi menjawab teguran saya. Saya sempat membaca respon rasmi yang disediakan oleh pegawai perhubungan awam JAIS dan juga respon ringkas dari Dato’ Khusrin sendiri. Saya akan menjawabnya serentak kerana saya yakin bahawa pada hakikatnya kedua-duanya adalah pada dasarnya dari Pengarah JAIS sendiri.
Pada awalnya saya ingin menyentuh persoalan mengapa saya ‘menyerang JAIS’. Sebab utama adalah kerana saya melihat JAIS, dalam banyak perkara, mengambil kesempatan untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Dalam isu kalimah Allah dan tazkirah TGNA di sebuah Masjid di Hulu Selangor sebagai contoh, Pengarah JAIS mengambil kesempatan untuk menyuarakan pendirian yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej PR di kaca mata ummat Islam di negeri Selangor. Walaupun tidak menyebut PR atau mana-mana parti komponennya, ianya adalah jelas bahawa serangan berkenaan mempunyai motif politik.
Dalam soal ini, Dato’ Khusrin menjadi sasaran saya kerana kenyataan-kenyataan tersebut adalah dari beliau. Ada pihak yang menyebut bahawa beliau hanyalah seorang PTD yang menjalankan tugas sebagai seorang pegawai kerajaan secara neutral dan profesional. Saya yakin seorang pegawai yang profesional, yang menjalankan tugasnya tanpa mempunyai agenda politik, tidak akan bertindak sedemikian rupa dalam kedua-dua isu berkenaan. Seorang pegawai PTD yang benar-benar ‘neutral’ atau tidak berpihak, dalam isu kalimah Allah akan menjelaskan dengan tenang bahawa di negeri Selangor terdapat Enakmen Bukan Islam yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam berhubung agama mereka demi mengelakkan kekeliruan. Inilah sebenarnya kedudukan Enakmen tersebut. Ianya bukan pengharaman mutlak untuk semua keadaan tetapi pengharaman yang dikhususkan untuk penggunaan tertentu. Kenyataan sebegini akan dikeluarkan oleh seorang pegawai yang profesional, secara rasmi tanpa berperanan mengapi-apikan emosi rakyat yang beragama Islam 'yang mudah dikelirukan'. Sebenarnya, tanggapan bahawa ummat Islam mudah dikelirukan adalah tanggapan JAIS sendiri dan inilah asas kepada perlaksanaan Enakmen berkenaan.

Sebaliknya kita telah melihat bagaimana JAIS turut terlibat dalam program mengapi-apikan kemarahan ummat Islam dengan terlibat secara tidak rasmi dalam demonstrasi dan melalui pemasangan kain rentang “Kalimah Allah hanya untuk orang Islam” di masjid-masjid. Ini juga jelas boleh dilihat dan dinilai oleh mana-mana pihak sebagai tindakan politik dan tidak profesional serta mendedahkan pendirian politik Pengarah JAIS itu sendiri.

Kedua, dalam soal tazkirah yang diberikan TGNA. Seorang pegawai yang professional akan pada mulanya meminta laporan dari pihak yang membuat aduan berhubung isi kandungan tazkirah yang disampaikan. Adakah benar TGNA bercakap berhubung politik kepartian dan berkempen dalam Masjid, mencela UMNO dan meminta jemaah mengundi PR? Siasatan akan dibuat sebelum mengeluarkan kenyataan yang bertujuan menempelak PR dalam suasan Pilihanraya Kecil yang sudah pasti mempunyai kesan politiknya. Pada hakikatnya TGNA adalah seorang Ulama’ dan kedudukan beliau sebagai seorang Ulama’ tidak terbatal dengan keterlibatan beliau dalam arena politik. Maka, sekiranya tazkirahnya berbentuk keagamaan, maka sudah pasti tiada kesalahan pada tindakan beliau. Ini lebih-lebih lagi apabila diketahui umum bahawa TGNA pada awalnya hanya datang untuk menunaikan solat fardhu di Masjid berkenaan dan diminta memberi tazkirah oleh jemaah yang hadir. Tidak wajar seorang Ulama’ menolak pelawaan untuk mengajar dan berkongsi ilmunya apabila dipohon berbuat demikian.

Namun, sekali lagi Dato’ Khusrin mengambil kesempatan untuk menempelak tindakan pimpinan PR tanpa melakukan penyiasatan terlebih dahulu. Ini adalah kerana ianya dilihat sebagai peluang keemasan untuk membuktikan kesetiaan beliau kepada pimpinan lama. Itulah sebabnya beliau diam berhubung sepanduk Solat Hajat dan Bacaan Yasiin untuk Kamalanathan di Masjid di Hulu Selangor. Teguran dari beliau dalam soal ini akan memburukkan BN, maka beliau diam.

Dalam soal ‘Judi Bola’ respon JAIS adalah ianya isu Nasional maka tiada kena-mengena dengan mereka. Ini merupakan hujjah kosong. Semua rakyat Malaysia tahu bahawa polisi Nasional akan mempunyai kesan terhadap semua Negeri. Tidak mungkin seorang Pengarah yang telah lama berkhidmat dalam perkhidmatan awam tidak faham implikasi kelulusan ini! Namun, oleh kerana ianya polisi yang datangnya dari BN, maka Dato’ Khusrin seperti membisu seribu bahasa. Jika ingin dilihat dari sudut ‘keterlibatan’ JAIS dalam sesuatu isu, isu kalimah Allah dibicarakan di WP. Mengapa JAIS terlibat?

Begitu jugalah dalam isu Life line for Gaza atau LL4G yang merupakan isu International. Walaubagaimanapun, saya mengucapkan tahniah kepada JAIS, kerana program tersebut memang patut diadakan. Namun, jika mahu mengunakan hujjah ‘bidang kuasa’atau keterlibatan, maka apa halnya JAIS mahu terlibat sama? Tetapi oleh kerana ianya relevan untuk setiap Muslim, termasuk Muslimin di Selangor, maka JAIS sememangnya wajib terlibat. Begitu jugalah dengan soal JUDI Bola.

Hujjah bahawa Kerajaan Negeri dan PBT ada peranan, itu kita semua tahu. PBT dan Kerajaan Negeri pun tahu dan mereka akan bertindak. Bagi mereka tindakan mereka; bagi JAIS, tindakannya dengan mengikut kapasiti masing-masing. Hanya saya tumpu pada JAIS kerana JAIS begitu lantang dan tegas dalam isu TGNA, kalimah Allah dan usaha memenjarakan Dr. Asri tetapi kelu membisu dalam isu judi.

Saya juga sudah lama ingin bertanya kepada Dato’ Khusrin, kerana nampak gaya beliau begitu teringin hendak ‘mengenakan Dr. Asri’, adakah perkara tersebut lebih dipentingkan oleh pihak beliau dari usaha membantah Judi Bola? Betulkah Awlawiyyatnya Dato’? Apa pandangan masyarakat bukan Islam dan ‘ummat Islam yang mudah dikelirukan’ (sepertimana perkiraan JAIS) dengan tindakan Dato’ ini? Dr. Asri merupakan seorang bekas Mufti Negeri Perlis dan juga seorang Pensyarah Universiti di dalam Fakulti Islam hingga ke hari ini. Sebagai seorang pegawai berkelulusan bukan agama, yang ilmu agama sudah pasti jauh terhad berbanding Dr. Asri, mengapa Dato’ begitu tekad hendak memenjarakan beliau? Pada masa yang sama diam membisu berhubung isu Judi Bola! Bertambah kelirulah ummat Islam dan juga yang bukan Islam.

Inilah yang saya nyatakan berkali-kali. Biarlah Pengarah JAIS seorang yang kelulusan agama. Paling kurang orang tersebut akan tahu menghormati Ulama’. Walaupun ada perbezaan pendapat dan pendirian, dia akan menghayati dasar ‘adaabul ikhtilaaf’ dan akan tahu juga ‘awlawiyyat’. Ini sudahlah kurang dari segi ilmu agama, berkepentingan politik pula!

Pegawai Perhubungan JAIS (atas arahan Pengarahnya saya pasti) bertanya pula, “bagaimana dengan Judi yang lain? Kenapa Khalid Samad mengecam Judi Bola sahaja”? Hmmm, pelik bercampur ajaib. Adakah mereka tidak sedar bahawa soalan sebegini bagaikan meludah ke langit dan jatuh ke batang hidung sendiri? Ingin tanya saya pula berhubung judi lain yang sedia wujud di dalam masyarakat? Sedangkan beliau sendiri yang merupakan Pengarah JAIS jauh lebih lama dari saya yang baru menjadi Ahli Parlimen penggal ini. Saya tidak pasti bagaimana mahu menjawab pertanyaan berkenaan, tetapi mungkin ianya wujud kerana Dato’ tidak membantahnya dari dululah kot? Dan pada masa yang sama tidak pula mendidik ummat Islam Negeri Selangor supaya menghayati Islam dengan mementingkan adanya kuliyah di setiap Surau dan Masjid. Ini boleh dilakukan dengan memberikan tauliah kepada semua yang layak tanpa mengambil kira mereka PAS atau UMNO.

Sehinggakan orang macam TGNA beri tazkirah pun mahu dibantah, bagaimana usaha kesedaran Islam akan berjaya? Sehinggakan seorang bekas Mufti dilayani bagaikan penjenayah, macam mana bumi Selangor ingin mendapat berkat sepenuhnya?

Sememangnya semua jenis judi adalah haram, tetapi dengan adanya beberapa jenis tidak merupakan alasan untuk memperkenalkan jenis yang lain. Yang telah lama wujud dan menjadi kebiasaan di dalam masyarakat perlu ditangani secara hikmah dan bijaksana, seperti apa yang disebut oleh Ulama di dalam tulisan berhubung Fiqhud Dakwah, iaitu proses ‘tadarruj’ atau berperingkat-peringkat. Perumpamaannya adalah seorang Doktor yang merawat pesakitnya; penyakit yang sedia ada dirawati, tetapi penyakit yang baru jangan sekali-kali dibenarkan berjangkit. Kalau disebut dia dah sakit, maka biarlah sahaja berjangkit penyakit lain, itu kata-kata Doktor gila. Saya kira, ini merupakan perkara asas yang sepatutnya tidak perlu saya terangkan kepada seorang Pengarah Jabatan Agama Islam.

Hujjah “kenapa tidak ditegur judi lain” memang dilaungkan oleh UMNO dan yang sekapal dengannya. Mereka ingin mengatakan bahawa kononnya PR hanya ingin mengambil kesempatan dari keputusan pimpinan mereka supaya rakyat marah dengan UMNO/BN. Itulah sebabnya hanya Judi Bola sahaja yang dibantah kata mereka. Dalam erti kata lainnya, jangan dengar bantahan yang dibuat oleh PR, terus benarkan sahaja Judi Bola!

Dalam kitab ‘Fiqh Al-Awlawiyyat’, Dr. Yusuf Qardawi menceritakan kisah Umar Abdul Aziz yang mengambil alih jawatan Khalifah Bani Umayyah. Mereka yang sebelum beliau telah membenarkan banyak kerosakan dan penyelewengan berlaku dalam pemerintahan Bani Umayyah. Maka apabila Umar Abdul Aziz mengambil alih, beliau ingin membawa perubahan ke arah kebaikan. Suatu hari anaknya menegurnya kerana dilihat proses perubahan yang dilakukan ayahnya terlalu perlahan. Umar Abdul Aziz menjawab,

“Jangan gelojoh wahai anakku. Sesungguhnya di dalam (penurunan ayat) Al-Quran, Allah mencela (meminum) arak dua kali sebelum ianya diharamkan pada kali ketiga. Saya khuatir, sekiranya saya meletakkan kebenaran seluruhnya serentak ke atas manusia, manusia akan menolak keseluruhannya. Dan itu akan merupakan fitnah yang lebih besar.”

Dalam kisah ini terdapat pengajaran yang penting bagi yang mengambil-alih kuasa dan ingin membawa perubahan.

Lagipun, judi ini kononnya dibenarkan untuk orang bukan Islam. Sekarang orang bukan Islam sendiri membantah ianya diluluskan (tidak termasuk Vincent Tan lah), tidak mungkin Dato’ Khusrin hendak berdiam diri sahaja? Orang bukan Islam pun sudah membantah, mana mungkin sekadar menjawab, “Kalau orang Islam yang terlibat, JAIS akan tangkap”! Adakah ini yang dianggap sebagai 'Gandingan yang cantik' oleh JAIS? Kerajaan BN mengeluarkan lesen judi, JAIS (yang pro-BN) tangkap pejudi Islam!

Mendidik ummat Islam bukan dengan tangkap sahaja wahai Tuan Pengarah. Yang lebih penting, menerangkan, menjelaskan, mengajar, menyeru dan memberi contoh yang baik.

Saya rasa, peristiwa ini hanya menambahkan keyakinan saya dan kebanyakkan ummat Islam di negeri Selangor bahawa insyaAllah Pengarah JAIS yang baru, yang lebih berilmu dan tidak berkepentingan politik adalah amat sangat diperlukan dengan kadar segera.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

5 comments:

Afzainizam said...

Untuk tatapan sahabat semua
WELCOME.WORLDCUP  
╔══╦══╗╔╦══╗  
╚═╗║╔╗║║║╔╗║    
╔═╝║║║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║╚╝║    
╚══╩══╝╚╩══╝
SAY.NO.JUDI.BOLA
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Salam lama betul tak ziarah cozz ade buzzy sikit lah maaf ye lambat sampai blog kamu ye…

Eeeemmm... Jais punya cerita..tak mau nak komen lelebih... Bagi aku Jais perlu bersikap adil pada semua tak kira fahaman ape pun parti politik... jangan suatu hari nanti Jais akan diperlekehkan

Nori said...

Keadilan hakiki hak Allah SWT. Selagi nama makhluk, timbang taranya tidak sama .. semoga kita termasuk d dlm golongan yg sentiasa cuba melakukan terbaik sesuai dgn WahyuNYA.

RAISA said...

Salam buat sdra.
Begitulah bila manusia tunduk kepada kuasa wang, kedudukan & harta.

yad_element said...

kite semua ade sifat al-wahan dalam diri...

PAScacamarba said...

Harun Din kata kufur,nik ajis kata boleh,
pendapat pun bercanggah.
mana 1 nak dengar.Tapi tuk guru pondok geting kata nik ajis tak abis belajau,mungkin sebab tu dia nye ayat ala2 sesumpah kot.