Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, June 7, 2010

BANGUNAN NUCLEAR MALAYSIA, PASTI AKAN RUNTUH?

بسم الله الرحمن الرحيم



Menteri Tenaga, Teknologi hijau dan Air, Datuk Peter Chin, hari ini diasak berhubung keupayaan kerajaan menjamin keselamatan orang awam sekiranya negara meneruskan hasratnya menubuhkan sebuah logi tenaga nuklear.

"Bagaimana kita pastikan stesen nuklear itu akan selamat, sedangkan stadium, masjid dan stesen bas yang kita bina juga runtuh?” soal ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika sessi soal jawap di Dewan Rakyat.

Selain langkah-langkah keselamatan, Lim juga mendesak Chin supaya menjelaskan mengapa kerajaan tidak sebaliknya mengkaji kemungkin menggunakan sumber tenagalain yang boleh diperbaharui.

Kos loji janakuasa nuklear AS$2.5b hingga AS$4b

Kos pembangunan loji janakuasa nuklear yang berkapasiti 1,000 MegaWatt ialah antara AS$2.5 bilion dan AS$4 bilion (AS$1 = RM3.3), kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini.

Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk kos lain seperti kos menjalankan kajian dan membangunkan prasarana insaniah yang meliputi pembangunan sumber manusia, serta memantapkan peraturan sedia ada bagi menyokong pembangunan loji.

"Bagaimanapun kos operasi termasuk kos bahan api nuklear adalah lebih rendah berbanding kos operasi bagi loji-loji janakuasa tenaga lain seperti minyak, gas asli dan arang batu," katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada persidangan Dewan Rakyat.

Lim ingin tahu kos loji nuklear yang bakal diwujudkan pada 2021, lokasi dan impaknya kepada kawasan sekitar, serta langkah keselamatan dan kaedah pembersihan sisa nuklear yang akan dipraktikkan.

Bagaimanapun lokasi tepat bagi membina loji nuklear tersebut belum ditentukan, katanya.

Chin juga berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan aspek keselamatan loji janakuasa nuklear memandangkan pelbagai proses penambahbaikan telah dilakukan kepada teknologi itu pada masa ini. - malaysiakini

Note: Nak selamat senang jer.. kuburkan umno/BN dulu. kalau tak sampai bila2 pun malaysia ni tak selamat. Buat bangunan semuanya runtuh. kerana apa? Rasuah..!!! Harga bangunan 500 juta, Menteri tu nak makan, menteri ni nak makan, ketua menteri, umno bahagian, umno kawasan, ADUN, JKKK, ketua kampung sampai la ke sisa2 keparat ni semua nak makan rasuah. akhirnya setelah ditopup sehingga 1 billion pun masih x cukup sebab nak bagi barua2 ni makan. So terpaksa la cut cost.. terpaksa kurangkan bahan dalam proses pembenaan. pastu jolok technician JKR kasi lulus. Bukan kata bangunan nuclear yg akan runtuh, selagi umno memerintah kalau projek tu si umno ni la yg dapat, buat jamban pun confirm runtuh...!!

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

0 comments: