Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, June 9, 2010

PARLIMEN MAIN PONDOK-PONDOK

بسم الله الرحمن الرحيم

Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen Sebijik Macam Mahkamah Universiti Pro BN

Hari ini, Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen yang membicarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu 1Malaysia dengan konsep One Israel terpaksa ditangguhkan. Penangguhan ini kerana apabila Anwar meminta agar ahli parlimen dibenarkan hadir sebagai pemerhati dan dirinya diwakili peguam.

Tetapi oleh kerana permintaan anwar ini, maka jawatankuasa itu ditangguhkan kerana berlaku pertelingkahan dan dikatakan bercanggah dengan Peraturan Dewan 83 (7)(a) jawatankuasa hak dan kebebasan mempunyai hak membenarkan peguam kepada sesiapa yang dihadapkan kepadanya. Jawatankuasa berkenaan kemudiannya memutuskan bahawa peguam Anwar yang juga bekas ketua Majlis Peguam - S Ambiga dibenarkan hadir sebagai pemerhati tetapi beliau tidak benarkan mengambil bahagian.

Menurut Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata Anwar akan dipanggil semula pada tarikh yang ditentukan kemudian.

Paling menarik, jawatankuasa itu turut mengambil keputusan untuk mengarahkan firma perhubungan awam, Apco Worldwide datang ke Parlimen bagi memberi keterangan esok. Tentu persoalan sama ada Apco syarikat Israel atau tak, akan diketahui esok. Dan APCO sendiri disoal siasat oleh Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (PRK-Subang) yang menganggotai jawatankuasa itu bersama dengan 4 ahli Parlimen BN lain.

Pada perbicaraan ini nanti, Anwar akan diminta mengemukakan bukti-buktinya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel. Tapi kredibiliti Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen ini sebenarnya boleh dipertikaikan kerana hakimnya adalah Speaker sendiri dan bukannya hakim, manakala juri pula berat sebelah, 2 dari PR dan 4 dari BN. Jadi jawatankuasa ni tak ubah macam mahkamah Universiti, yang mana Timbalan Naib Canselor yang selalunya pro UMNO menjadi hakim, dan jurinya adalah pegawai HEP yang juga pro UMNO..sebab itulah bila seseorang mahasiswa dihadapkan ke mahkamah Universiti kerana sokong pembangkang, sudah pasti mahasiswa itu tahu hanya satu je keputusannya, buang universiti..

Samalah macam jawatankuasa ini..persoalannya, mana dia keadilan?? - tunhisyamuddin


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

0 comments: