Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, June 11, 2010

UMNO, KUASA DAN PANGKAT

بسم الله الرحمن الرحيم

JKKK UMNO Buat Hal..Kucar Kacirkan Kampung



Inilah padahnya lantik pengerusi JKKK dari orang UMNO..menyeleweng duit, tak nak serah harta bukan miliknya dan gila pangkat, sinonim dengan JKKK Umno ini. Jom kita baca surat pembaca warga Pahang.

Kesal proses serah tugas JKKK Kampung Batu Papan kecoh

SAYA mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan Pahang kerana baru-baru ini melantik ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu Papan, Pahang yang baru.

Sememangnya pelantikan baru anggota JKKK itu telah lama dinantikan oleh penduduk kampung ini.

Syabas juga saya ucapkan kepada barisan JKKK yang baru kerana dilihat proaktif merangka dan menjalankan pelbagai program serta projek demi kebaikan dan kebajikan penduduk kampung.

Sejak pelantikan itu, mesyuarat mingguan dan bulanan rancak dilakukan oleh pengerusi dan anggota JKKK bagi membincangkan pelbagai agenda serta aktiviti yang hendak dilaksanakan untuk menaik taraf kehidupan penduduk kampung.

Namun, apa yang dikesalkan, walaupun pelantikan barisan JKKK telah diputuskan oleh kerajaan negeri, proses peralihan kuasa antara JKKK baru dan lama tidak dapat dilaksanakan dengan licin sebagaimana diharapkan.

Proses menyerah tugas antara JKKK lama kepada JKKK baru dicalarkan dengan insiden memalukan apabila timbul kekecohan dan ketegangan antara kedua-dua pihak.

Ia berpunca daripada JKKK lama yang enggan bekerjasama dalam proses serah menyerah tugas itu.

JKKK lama juga enggan menyerahkan barangan hak milik kerajaan yang diterima mereka selain laporan kewangan yang tidak lengkap.

Segala resit pembayaran yang dibuat tidak dicatat atau direkodkan dengan sempurna dan teratur.

Sebelum ini, boleh dikatakan setiap minggu barangan kelengkapan disewa tetapi penerimaan kewangan tidak direkodkan.

Sehubungan itu, saya menyarankan pihak berkuasa dapat menyiasat masalah ini dengan segera kerana bimbang wujud penyelewengan yang boleh memalukan imej penduduk kampung. - tunhisyamuddin


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

2 comments:

Nerzhul said...

itu tentu banyak seleweng sebab tu taknak bagi kerjasama. teruk betul.

ikan emas said...

nilah jadinya bila jawatan nak...
kuasa direbutkan
tanggungjawab tak dilaksana
amanah diketepikan
kerja buat-buat lupa...


namun jagang lupa..,

ramai lagi org yang bertanggungjawap..
kerja utk bangsa ,agama dan negra !!

berkatlah pemimpin seperti mereka ni
!!!