Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, June 10, 2010

LAWAK BODO BIK MAMA

بسم الله الرحمن الرحيم

'Air Mata Plastik' dari Isteri seorang Perdana Menteri..



Air Mata Plastik ialah satu istilah yang pernah digunakan dalam filem yang berjudul 'Kembara Seniman Jalanan' yang pernah ditayangkan dipawagam pada sekitar penghujung 80an kalau tak silap aku.. Maksudnya ialah seperti Bunga Plastik, ianya kelihatan seperti bunga sebenar walaupun ianya adalah palsu, begitulah juga dengan Air Mata Plastik ini, kelihatan seperti benar hakikatnya ianya adalah palsu. Ianya terhasil dari lakonan..

Air mata Plastik.. Itulah jenis air mata yang boleh dikatakan yang mengalir keluar dari mata Bini Najib, Rosmah Mansor yang kononnya sangat tersentuh naluri keibuannya bila membicarakan tentang sembilan orang rakyat Turki yang terbunuh akibat kekejaman Regim Zionis.

Beliau dirakamkan mengesat air mata oleh jurugambar dari Bernama yang berada di rumah Duta Turki ke Malaysia Serap Attay di Langgak Duta dimana Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia sebanyak AS$45,000 (RM149,709) kepada keluarga sembilan rakyat Turki yang dibunuh tentera Israel dalam insiden kapal 'Mavi Marmara' minggu lepas.

Rosmah Mansor seorang isteri Perdana Menteri yang penuh penuh dengan naluri keibuan menangis bila mengenangkan nasib para sukarelawan yang terbunuh ditangan Komando Israel itu. Beliau dikatakan penuh dengan naluri seorang ibu walaupun beliau tidak datang menjenguk cucu sendiri yang baru dilahirkan..

Menangis konon… tak perlu nak berpura-pura simpati terhadap mangsa yang terbunuh tu..

Jangan jadi HIPOKRIT!!

Kematian orang yang berada nun jauh di Turki yang dia sendiri tidak pernah kenal dia tangisi.. mereka yang dibunuh berada beribu-ribu batu dari Malaysia. Mereka yang dibunuh bukanlah mereka yang mengenali Rosmah dari kecil lagi..

Yang mengenali Rosmah sejak dari kecil lagi ialah Ibu Saudaranya sendiri iaitu Allahyarhamah Sofiah Katas, kematiannya akibat dibunuh secara kejam sewajarnya ditangisi Rosmah..

Tetapi kematian Ibu Saudaranya itu yang dibunuh dengan secara kejam bersama tiga yang lain bukan saja tidak ditangisi malah untuk menjenguk jenazah merekapun dia tidak sudi.. sedangkan jarak dari Kuala Lumpur ke Kampung Batang Rokan, Gemenceh, Negeri Sembilan itu tak sampaipun 200 Batu rasanya..

Demi meraih populariti Rosmah Mengalirkan Air Mata Plastik dihadapan kamera.. - darisungaiderhaka


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

10 comments:

Masturah Idrus said...

salam.

saya perasan jugak masa tengok berita....ingatkan habuk masuk mate..hehe

Shaf Nor said...

Melayu di Parlimen pun dah jadi plastik.
Cuba ikut macam Chua Tee Yong anak Chua Soi Lek.
Di atas keberanian dia meliwat semua Ahli Parlimen Melayu dalam persidangan Parlimen pada 16 Mac lalu, MCA hadiahkan dia jawatan Timbalan Menteri!
Bacalah kisah kehebatan dia di www.merdeka-online.net.
Orang Melayu sekarang dah lumpuh ke… tidur ke?

Fared Isa said...

rosmah ooo rosmahhh....
knp jd mcm ni nakkkk....
mak xpenah ajar pun ko jd hipokrik mcm niiii....
ko bt malu mak rosmahhhh....

http://billyuniversal.blogspot.com/

Anonymous said...

Ado omak ko dio ?

Anonymous said...

bik mama senget..muka cm parit!air mata busuk!!kakakakakakakaaaahh!!!!sengall!!

CUPING MERAH said...

PERINGATAN!!

Bukan isteri perdana menteri tetapi suami perdana menteri..kah..kah..kah

Anonymous said...

korang sembang2 pasal agama pastu ngutuk orang...

so much for your kindness..

igt korang tuhan ke tahu orang tu ikhlas ke tak?

vell paria said...

yer la anon.. aku minta maaf.. bik mama tu mmg ikhlas... dia mmg ikhlas bila mak sedara dia mati dibunuh tp sikit pun dia x nangis. datang jengok pun tidak. ikhlas la tu...

amy.my said...

Salam...

Setiap titisan air matanya mungkin ada sedikit tersentuh jiwa dan raga beliau.Mungkin kita melihat seperti air mata plastik atau adakah debu-debu yang menyinggah? Hanya beliau sahaja yang tahu.


Tetapi adakah kita atau beliau mampu berjuang seperti Rachel Corrie?Mana mungkin kan...

yad_element said...

bg sumbangan...
baik... baik.. x sangka ek...
bg sumbangan kat keluarga..
mmg dihargai..

tp igt.. ada lg beribu2 nyawa kat bumi palestin yg hilang kerana kekejaman zionis..

x bg sumbangan plak...

bleh plak muncul time perkara camni berlaku.. hadoi...

dusta... hipokrit...