Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, April 22, 2009

Email buat Duli Raja siraden Sheikh Teluk Intan

(218) ABO @ Bukit Gantang -
Email ini dari patik pacal yang hina mempersembahkan untuk bacaan ke bawah Duli Raja Segala Raden yang kini bersemayam di Istana Teluk Intan yang lip lap lip lap siang juga malam. Menjunjung Duli.

Adapun email ini dikirim, bukan mahu menyembah derhaka, jauh sekali untuk menderhaka, kerana patik pacal yang hina sungguh teruja dengan kurniaan bintang yang telah Tuanku berikan kelmarin. Patik juga merasa sungguh terharu apabila sehari selepas kurniaan bintang SDKA itu benar2 meruntun hati patik bila melihat alam ciptaan Tuhan turut 'menangis' gembira.

Sungguh benar Tuanku, kelmarin jam 5 petang hampir 200 buah rumah hamba rakyat di Bachok, Kelantan remuk dibadai angin taufan. Sayugia patik menyusur bicara ini memaklumkan bahwa sejak malam tadi, hampir separuh dari negeri Tuanku dari Kuala Berlumpur hingga ke Kuala Peh..Liss diterkam cahaya kilat dan petir, yang sabung menyabung. Benar Tuanku, pada pagi ini, seluruh negeri Tuanku ini juga lencun bermandikan air, kabus hingga ke tengahari. Itulah penghargaan alam kerana kemurahan Tuanku menganugerahkan bintang2 kepada segala raden di dalam kerajaan langit Tuanku. Ampun Tuanku ! Hamba pacal yang hina memulakan bicara peringkat kedua..

Maafkan patik Tuanku, bukan patik mahu menjulang derhaka kepada Tuanku kerana patik engkar hadir bertamu di majlis Tuanku tempohari. Sesuai dengan persalinan patik sebagai seorang raden, sudah pasti patik amat kalis akan sindrom spesis 'melayu mudah lupa'. Tidak Tuanku. Patik pacal yg hina tidak begitu Tuanku. Terus terang patik menyambung bicara, patik tidak dapat hadir ke majlis doa selamat di hari keputerahan Tuanku di Masjid Diraden Ansoniah itu kerana patik dan sekelian hamba rakyat terasa gementar sangat-sangat Tuanku.

Sesuai dengan persalinan patik dan sekelian hamba rakyat, ke majlis Tuanku di masjid itu senanglah hanya dengan hanya memakai ketayap dan kopiah putih berkain pelikat sahaja, Tuanku. Benar Tuanku ! Ampun Tuanku, kerana niat untuk bersama Tuanku meraikan majlis itu tidak dapat dipenuhi. Patik dan sekelian hamba begitu gerun Tuanku, bila menghampiri Masjid Diraden Ansoniah pada senja itu Tuanku, gerun kerana melihat laskar2 bertopi merah dan berbaju perisai, juga tok2 SILOP melingkari seluruh masjid itu Tuanku. Patik dan sekelian hamba rakyat bimbang disaman kerana tidak memakai helmet ke masjid, Tuanku ! Sedangkan saman tak pakai helmet itu hari pun, patik dan sekelian hamba rakyat belum mampu membayarnya. Ampun Tuanku !

Patik serta sekelian hamba rakyat juga begitu terkesima melihat bala tentera yg sungguh2 berjaga di setiap pintu masuk masjid Tuanku, adakah negeri Tuanku telah diserang Garuda ? Sedangkan esok hari Tuanku begitu ceria mengurniakan darjah kebesaran SDKA kepada sekelian raden yang Tuanku pilih ? Molek sungguh patik pacal yang hina ini menyambung bicara, sekiranya suasana ceria itu seperti hari anugerah bintang, nescaya majlis doa selamat di masjid Diraden Tuanku akan dipenuhi oleh puluhan ribu hamba rakyat Tuanku. Apakah memanda menteri Si bendahara Pasola tidak menasihati Tuanku ? Malang sungguh jika mamak Bendahara hanya menjadi si buta dihadapan Tuanku. Jika patik menjadi Tuanku, sudah pasti patik akan humbankan memanda Pasola itu ke lubang kubur, kerana kemuliaannya ada disitu, menjadi pengali kubur. Bukan memanda Bendahara di negeri Tuanku.

Akhir kalam patik menyusur bicara, patik gumbira dan sangat berterima kasih kepada Tuanku kerana Tuanku sedar walaupun Tuanku seorang kerabat DiRaden, tapi Tuanku tak aksyen. Ampun Tuanku..Duli Raja segala raden, siRadenraja Sheikh Teluk Intan.

1 comments:

anak posmen chemor said...

ampun tuanku,
harap Tuanku mengambil tindakan ke atas Mamak Bendahara tuanku,
Mamak itu telah mendurhakai Tuanku,
kerana mahu menyemak statusnya sebagai lantikan Tuanku bukan pilihan rakyat Perak..ampun Tuanku..

sini

http://anakposmen.blogspot.com/

dan sini

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/23/mstar_berita/20090423074149&sec=mstar_berita