Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, April 23, 2009

Jabatan Kebajikan Masyarakat Yang Banggang!!! - malaysiakini

Khamis, April 23, 2009 Posted by Isa 4:09:00 AM

Apabila difikirkan secara mendalam, apa yang tidak kena dengan perlaksanaan terma undang-undang, pra-syarat atau syarat tertentu dalam sesuatu permohonan bantuan daripada kerajaan. Apakah pengubal syarat permohonan tidak cekap atau benggap, ataupun pegawai pelaksana tugas yang bodoh lagi menyusahkan.

Perkara ini sudah lama berlaku, terutamanya jika bersangkutan permohonan bantuan kewangan samada SME Bank, Bank Pertanian (Agro Bank), Tekun, Mara dan pelbagai lagi yang melibatkan dana kerajaan, pasti ada ruang dalam borang permohohan samada yang bertanyakan nombor ahli umno anda atau pun sila dapatkan tandatangan dari wakil rakyat atau ahli parlimen kawasan anda (maksudnya sokongan dan tandatangan orang umno), selain daripada itu pasti permohonan anda akan ditolak.

Apa yang aku sebutkan diatas hanyalah sebahagian daripada bentuk diskriminasi kepada rakyat yang tidak menyokong parti yang menaungi kerajaan, maka anda pasti tercicir serta ketinggalan dan dengan berat hati jadilah pembangkang seumur hidup. Jika cerdik sikit, daftarlah sebagai ahli umno, dalam peti undi lu sendiri mau ingat.

Berbalik kepada nawaitu asal posting ini adalah perkara yang membuatkan aku betul-betul menyampah dengan Jabatan Kerajaan ini adalah kerana sikap pendek akal penjawat awam daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, dalam ertikata lain aku letakkan kesalahannya pada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat - Datuk Meme Zainal Rashid, yang buta kayu dan buta hati, tiada perikemanusiaan lansung.

Maklumat lanjut anda semua boleh baca disini (The NST), dan anda buatlah penilaian dan kesimpulannya sendiri, wajar atau tidak hak mereka dinafikan hanya kerana perkara remeh sebegitu.

Dimanakah rasionalnya tindakan tersebut? Apakah mereka ini tiada perasaan bosan serta berkeinginanan seperti manusia lain? Apakah besar sangatkah dengan bantuan RM100 ke RM200 sebulan itu, apatah lagi dalam keadaan ekonomi sekarang ini seminggu dah liau..

Jika ada dikalangan pembaca blog ini yang ada akses dengan Dato-Dato, Datin-Datin, Para YB samada UBN atau PR dan para NGO sekalian. Sila ketengahkan isu ini dalam mesyuarat kabinet ke? Rukun-tetangga ke? Mesyuarat Rela ke? Mesyuarat JKKK ke?

Dan yang lebih molek sila usulkan ke Parlimen. Dan tak lupa juga buletin dari parti pembangkang sila mainkan peranan anda dalam memperjuangkan nasib rakyat yang dhaif dan miskin.

Isa: Jangan buat-buat lupa, waktu pilihanraya ada dikalangan mereka yang berkerusi roda, ada yang dipapah dan pelbagai lagi, undi mereka masih ditagih. Tetapi mengapa hak mereka dinafikan?

0 comments: