Apr 24, 09 4:35pm
Keputusan kabinet semalam - anak kekal agama asal ibu bapanya walaupun salah seorang menganut Islam - sewajarnya dirujuk kepada mufti, kata Datuk Seri Harussani Zakaria.
Mufti Perak menyarankan kerajaan mendapatkan pandangan Majlis Mufti-mufti Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan berhubung Islam bagi mengelak timbulnya kekeliruan, lapor Bernama.
"Dalam agama Islam, mana-mana bapa atau ibu yang menganuti Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak tersebut sudah berumur lebih 15 tahun dan boleh memilih agamanya sendiri," Harussani dipetik berkata hari ini.
Ketika mengumumkan keputusan kabinet, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan itu sebagai langkah penyelesaian berhubung pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa menukar agama.
Menurut agensi berita itu lagi, beberapa NGO Islam turut menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan itu kerana mendakwa ia dibuat tanpa mengambil kira undang-undang sedia ada dan pandangan pihak-pihak yang berkenaan.
Keputusan itu menafikan hak pihak yang memeluk Islam, kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abdul Latif pada sidang akhbar yang turut dihadiri wakil-wakil badan lain termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Dakwah dan Kebajikan Saudara Baru Islam SeMalaysia.
Selain keputusan membesarkan anak di bawah umur mengikut agama asal ibu bapanya, kabinet juga memutuskan pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil.
Nazri dilaporkan berkata, langkah itu selaras dengan pendirian jemaah menteri bahawa enakmen syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.
Tambahnya, keputusan itu berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.
Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam; Menteri di JPM Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Bujang Susah: Aku xnak komen banyak2.. Aku pun bkn ahli ilmuan agama.. Cuma aku nak tanya mufti harus sana sini. tentang kenyataan ni...
("Dalam agama Islam, mana-mana bapa atau ibu yang menganuti Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak tersebut sudah berumur lebih 15 tahun dan boleh memilih agamanya sendiri," Harussani dipetik berkata hari ini.)
Betul ke dalam islam boleh buat mcm tu? Bila dah 15 tahun ke atas boleh suka2 tukar agama? Klau mcm tu murtad ni x salah la yer? baguslah mufti.. yer laa.. nnt ko jwb la sendiri bersama2 pemimpin2 ko yg merelakan perkara ni eh..
Aku ulang sekali lagi apa yg Allah katakan sebagai seekor anjing...!!!!!!
“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177)
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
0 comments:
Post a Comment