Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, April 20, 2009

Tengku Anis, Chief Mafia of Kelantan

DYMM Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Bt Tengku Abdul Hamid telah memusnahkan ekonomi Negeri Kelantan dan memporakperandakan perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri dengan mencampuri hal-hal urusan Kerajaan yang sepatutnya di tentukan oleh Menteri Besar dan Ahli Exconya serta pelaksanaannya dilakukan oleh Pegawai-Pegawai Pentadbiran dibawah Setiausaha Kerajaan.


Beberapa cara yang zalim diamali oleh Raja Perempuan untuk menghimpun khazanah rakyat negeri Kelantan. Ini di jalankan melalui syarikat-syarikat dan Yayasan yang konon nya dibawah naungan KDYMM Al-Sultan. Diantaranya ialah Petranis Holdings Sdn Bhd yang digunakan untuk memohon kawasan pembalakan dan perlombongan tanpa syarat-syarat yang diperlukan oleh Enakmen Negeri. Syarikat tersebut digunakan untuk meyakinkan Institusi-Institusi Kerajaan bahawa KDYMM Al-Sultan dibelakang dan menyokong permohonan tersebut, walaupun KDYMM Tuanku Al-Sultan tidak tahu-menahu, lebih lebih lagi yang membabitkan kawasan konsesi yang pernah diluluskan kepada pelabur-pelabur lain. Ini ada kaitan dengan satu kawasan lombong manganese dan satu lombong emas di Gua Musang. Seorang pengarah Petranis Holdings Sdn Bhd telah dihadiahkan sebuah kereta mewah Mercedes Benz E-200 bernilai RM350 Ribu. Ini adalah imbohan daripada seorang pengusaha kerana beliau memberi laluan kepada konsesi balak dan perlombongan tanpa batasan dengan kuasa melalui Raja Perempuan.


Yayasan Kraftangan digunakan untuk merampas tanah-tanah peneroka di Gua Musang. Ramai peneroka-peneroka yang telah mengusahakan tanah mereka selama beberapa tahun dan ada yang sudah mendapat hasil dari tanaman tersebut, tetapi telah di rampas oleh seorang pengusaha kepada Yayasan Kraftangan yang bernama Ho Tin Tik iaitu juga seorang muflis. Pengusaha tersebut menghadapi musuh yang ramai dan beliau mendapat perlindungan dari Raja Perempuan Kelantan. Persoalannya kenapakah Raja Perempuan begitu mempercayai kepada seorang muflis?


Yayasan tersebut juga digunakan untuk menjalankan kegiatan sekatan jalan di depan Istana Batu dibandar Kota Bharu. Jalan tersebut yang sepatutnya digunakan untuk lalulintas awam telah disekat dan dibangunkan dengan gerai-gerai perniagaan dengan perbelanjaan Kerajaan Negeri sebanyak RM2 juta dan hasilnya adalah hanya lebih kurang RM3 ribu sebulan. Itu pun dibahagi dua antara Kerajaan Negeri dan Raja Perempuan.


Beberapa kuncu-kuncu atau barua-barua didalam dan luar Kerajaan telah menjalankan kegiatan rakus dan tamak arahan Raja Perempuan. Mengetuai kumpulan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri adalah penjawat awam nombor dua dalam pentadbiran Negeri iaitu Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Hj Shkori Mohamad. Tidak ketinggalan adalah Pengarah Tanah dan Galian Dato’ Hj. Kamaruddin. Dato’ Shkori bertugas untuk mempengaruhi Ahli-Ahli Exco supaya diluluskan atau dibatalkan sesuatu permohonan pelaburan, kawasan balak, kawasan melombong dan sebagainya. Pegawai-pegawai kerajaan yang menentangnya akan diberi amaran atau ditukarkan. Dalam perkara ini Dato’ Shkori amat berkuasa, sehinggakan Dato’ Setiausaha Kerajaan, Aiseri Alias telah dikutuk, difitnah dan dicemuhi dari kiri, kanan, belakang, depan hanya kerana Dato’ SUK itu tidak mengikut membuta-tuli telunjuk Raja Perempuan. Kesemua Ahli-Ahli Exco telah berjaya dipengaruhi atau diperdayakan oleh Dato’ Shkori.


Untuk menyempurnakan tugas Raja Perempuan, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu Dato’ Azman diheret sama, sehingga banyak tindakan mahkamah dari mangsa-mangsa ditolak awal oleh mahkamah. Pelabur-pelabur merasa takut untuk memasuki Kelantan dan ini akan diikuti oleh kemelesetan ekonomi.


Ramai mangsa-mangsa telah memohon pertolongan dari YM Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang dan juga bapa saudara kepada Raja Perempuan, untuk menyelesaikan masaalah mereka, akan tetapi janji tinggal janji dan hamba rakyat merasa sangat kecewa dengannya.


Kesemua keluarga keluarga KDYMM Al-Sultan telah diketepikan dan tidak dilayani dengan hormat oleh Raja Perempuan. Sebaliknya adik-beradik dan seluruh keluarganya walaupun yang jauh dan tinggal di Thailand telah diberi projek-projek tertentu.


Kami rakyat Kelantan menyeru kepada Raja Perempuan supaya insaflah dan berhentilah rompakan harta khazanah negeri milik rakyat. Tuanku sudahpun mencecah umur 60 tahun dan tidak akan hidup dengan sihat selama-lamanya. Ingatlah doa rakyat yang teraniaya akan dimakbulkan oleh Allah Taala. Adakah kemewahan dan kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan negeri Kelantan terhadap Tuanku masih tidak mencukupi sehinggakan terpaksa menganiaya rakyat? Insaflah dan bersyukur kerana KDYMM Al-Sultan telah mengamalkan Sunnah Nabi dan hanya mempunyai dua isteri.


Kepada KDYMM Al-Sultan Kelantan, patik amat berbangga dan megah kerana memiliki seorang Sultan yang mengambil berat ke atas rakyatnya dan patik rakyat Kelantan menyeru dan memohon supaya Kebawah Duli Tuanku mengambil tindakan sewajarnya keatas sesiapa sahaja yang mencemar nama baik Kebawah Duli Tuanku. Patik-patik rakyat Kelantan menjunjung kasih dan sembah kepada KDYMM Al-Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra dan masih ingat dengan jasa dari Almarhum Sultan Mohamad ke-4, Almarhum Sultan Ismail, Almarhum Sultan Ibrahim dan Ayahanda Tuanku Almarhum Sultan Yahya Petra.

0 comments: