Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, April 24, 2009

Dapatkah umno jadikan deb sebagai umpan

Asal usul DEB

Semua orang tahu DEB (Dasar Ekonomi Baru) itu adalah untuk menjamin ekonomi orang Melayu. DEB ini lahir akibat rusuhan kaum yang tercetus pada tahun 13 Mei 1969. Parti-parti politik ketika itu telah menggunakan perkauman sebagai senjata terakhir mereka. Pada hari berdarah itu, datanglah segala cerita, si pulan membawa penyapu nak halau kaum ini dan si pulan buat begitu serta begini. Ia berlanjutan sehingga menyebabkan banyak nyawa terkorban dan bangunan-bangunan terbakar.

Setelah dikaji peristiwa berdarah itu, UMNO mendapati kaum Cina terlebih kaya di mana ini membuatkan mereka rasa Kuala Lumpur ini mereka yang punya. Hal ini juga menjadi punca ketidakseimbangan dalam ekonomi bagi setiap kaum di Malaysia. Parti yang memerintah pun mewujudkan DEB bagi kaum yang miskin ketika itu kononnya ialah kaum Bumiputra (di mana ia juga mewakili Melayu).

UMNOPutra atau Bumiputra?
Tahun demi tahun, 13 Mei 1969 menjadi sejarah hitam. DEB berterusan, dan ia telah disalahguna pula. Peluang-peluang perniagaan yang bertunjangkan DEB berlegar-legar di kalangan Bumiputra elit sahaja (UMNO elit). Golongan Bumiputra miskin hanya ternganga tidak tahu apa-apa. Berita di kaca TV yang dimiliki UMNO lazimnya melaporkan yang Melayu sudah berjaya hasil perjuangan mereka. Begitulah UMNO yang sering berlagak seperti Tuhan. Mungkin UMNO lupa bahawa kekayaan milik Tuhan itu tidak Tuhan khaskan pada golongan bersongkok sahaja. Malah Tuhan berikan pada semua ibarat air dari perigi yang perlu digali untuk dinikmati semua.

Bermain-main dengan perkataan liberalisasi
Hari ini, UMNO yang sememangnya gagal dalam membaiki ekonomi semua kaum hasil amalan rasuah dan legaran kekayaan di kalangan mereka sahaja (sehingga membuatkan Pak Haji PAS masuk UMNO kerana nak cari makan), terpaksa menarik salah satu elemen DEB. Apa dia elemen itu? 30% ekuiti Bumiputra telah dihapuskan. Istilah 'diliberalisasi' digunakan bagi mengaburi sesetengah pencinta DEB yang malas membuka kamus. 'Diliberalisasi datangnya dari perkataan liberalization. Liberalization bermaksud the act of making less strict atau pun suatu tindakan mengurangkan hak. Jadi jika Najib kata elemen DEB iaitu 30% ekuiti Bumiputra diliberalisasikan ini bermakna, 30% ekuiti Bumiputra dikurang-hak atau pun dihapuskan. Dikurang-hak atau pun dihapuskan banyak mana? Sebanyak 30% lah. Jadi 30%-30% = 0 (telur ayam). Tiada lagi ekuiti bagi Bumiputra.

Bermain-main dengan perkataan ekuiti
Ada orang tanya ekuiti itu apa pula? Tahi hidung Mahathir Kutty ka? Ekuiti itu lahir dari perkataan Inggeris, equity. Ia bermaksud hak samarata. Apakah 30% itu samarata? Mengikut UMNO, ia samarata kerana jika DEB itu tidak diperlakukan begitu, akan wujud lagi satu tragedi berdarah.

18% = DEB Gagal atau UMNO Gagal?
Ada orang tanya lagi, sekarang ini orang Bumiputra hanya menguasai 18% ekuiti sahaja. Ini bermakna UMNO gagal mencapai sasaran sebanyak 30% bahagian ekonomi seMalaysia, apakah akan terjadi lagi tragedi 13 Mei 1969?

Lalu Hanief pun menjawab, entahlah kita tunggu dan lihat pada 13 Mei 2009 iaitu 40 tahun selepas 13 Mei 1969 ini. Mungkin ia berlaku, mungkin tidak berlaku. Itu bergantung pada penyertaan orang ramai yang kita tahu, mereka berupaya menggunakan akal dan tangan mereka bagi menggali perigi daripada membunuh kaum lain sekali gus tidak menjadi alat parti politik.

Tujui Peringkat Mentah!
Kita semua tahu, orang Melayu tak punya kilang dan lazimnya banyak menjual produk negara asing. Ilmuan Arab ada mengingatkan, jika orang Islam hendak maju, maka mereka perlulah mencipta pen yang mereka gunakan untuk menandatangani sesuatu perjanjian terlebih dahulu.

Kita semua boleh fikirlah, kalau kita jual daging lembu milik orang, banyak mana untung kita boleh dapat? Takkanlah kita nak menipu dan menekan macam sesetengah peniaga? Berapa lama kita boleh bergantung-harap pada pembekal itu? Bila dia tak mahu bekalkan daging pada kita, mana kita nak cari daging? Bila pembekal naikkan harga, kita nak buka harga berapa pula? Inilah sebabnya, kita kena lakukan kerja berat itu sendiri. Pergi pada peringkat yang paling mentah. Kalau meniaga daging lembu, pergilah pada menternak lembu kemudian baru lihat pada bab mengiklan, menjual, mengeksport, menambah ternakan dan lain-lain.

Apo Nak Dibuek Jang?
Apa nak buat sekarang? Jangan termakan perangkap satu lagi 13 Mei, tak kiralah di Penanti ke atau di mana-mana pun. Kita undi PAS dalam Pakatan Rakyat. Sebab ekonomi Islam adalah penyelamat daripada segala masalah. Islam tak bela Melayu sahaja, Islam tidak perlukan peratus itu dan ini, sebab jika kau pergi ke Makkah, ada pelbagai bangsa mengelilingi atau pun tawaf Ka'abah tanpa sebarang peratus hak pusingan mengelilingi Ka'abah mengikut kaum. Termasuk bangsa Cina dan India yang berpakaian sama dengan yang lain tak pilih bulu. Jadi janganlah kita takut untuk sokong sistem ekonomi Islam.

p/s: Tak perlu hairanlah, kalau DEB tak berjaya mengangkat ekonomi Bumiputra. Kita semua kena ingat 2 sebab sahaja. Sebab kronisme (berlegar di kalangan UMNO elit sahaja) dan sebab kita tidak memiliki kilang sendiri. Apa salahnya orang Melayu ada kilang sendiri? Habis sudah duit cukai rakyat untuk bina kilang sendiri. Habis ke mana? Ke wanita seksi? Aduhai racun 3 Ta (Wanita, Takhta, Harta).

(CF - http://hanief.blogspot.com/2009/04/)

0 comments: