Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, April 23, 2009

Dulu SPRM Mendakwa Adanya Bukti Untuk Mensabitkan Fairus Tapi Kini Lain Jadinya



Posted on Thursday, April 23 @ 09:40:47 MYT by Paktam
Oleh addin77

"
PULAU PINANG - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mendakwa namanya telah dibersihkan daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



Ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa telah dimaklumkan oleh pegawai SPRM berhubung perkara itu petang tadi. "Saya dimaklumkan bahawa nama saya telah dibersihkan dan kes ini telah pun selesai. Saya bersyukur bahawa akhirnya kebenaran berpihak kepada saya," katanya. Mohamad Fairus, 33, yang dikaitkan dengan siasatan rasuah membabitkabn projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan Ketua Menteri 1 pada 8 April lalu. Beliau juga melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 16 April lepas atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah. Mohamad Fairuz berkata, berkat kesabarannya mengharungi saat getir dikaitkan dengan isu rasuah kuari, akhirnya membuahkan hasil apabila kebenaran berpihak kepadanya. Beliau yang mendapat anak lelaki semalam menganggap berita baik ini sebagai kegembiraan berganda buat dirinya. "Inilah berkat kesabaran kita berjuang kerana agama dan bangsa, Alhamdulillah," kata Mohamad Fairus.

Sumber : Pahangdaily

http://addin77.blogspot.com

BUJANG SUSAH:

Apa nak katakan.. Dah SPRM tu kira mcm kelab penyokong UMNO.. ikut aja la apa yg umno suruh buat.. suruh duduk, duduk.. suruh berdiri, berdiri.. suruh sikat rambut, sikat... sama la jugak dgn SPR.. malu aku jadi rakyat malaysia mcm ni.. klau boleh aku nak jadi rakyat monggol jer.. wakakakkaka...

0 comments: