Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, April 24, 2009

rayuan buat SS Mufti Perak - jangan jadi anjing

anak posmen chemor Filed Under: Labels: , ,

Rayuan buat Mufti Banjarku..ulun handak bapadah !

Salam buat Dato' Seri Dr SS Haji Harussani bin Zakaria Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan. Dato' Seri..tinggal beberapa jam sahaja lagi satu program budaya mungkar akan berlaku di dalam Pengkalan TLDM Negeri Perak. Apa cerita?

Apakah Dato Seri tidak tahu akan program ini... saya dan penduduk daerah Seri Manjung ingin memaklumkan kami yang cintakan Islam sebagai Addin dan takutkan bala Allah bila-bila saja boleh berlaku.

Dato' Seri.. Saya dan penduduk Islam Manjung tidak mempunyai kuasa, tidak mempunyai autority untuk bersuara yang kami tidak suka budaya mungkar ini..Bahkan anggota TLDM yang menetap dalam Pengkalan TLDM itu sendiri pun tak suka akan program tersebut. Justeru itu kami memohon pada Dato Seri, bersuaralah akan hal program tersebut.. beritahulah pemerintah akan program mungkar ini adalah tidak ada dalam ajaran Islam.

Dato' Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato' Seri bersuara sewaktu program ini berlaku pada tahun 2007 dahulu di Bandaraya Ipoh. Dato' Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato Seri bersuara bila Dato Seri IR Nizar bin Jamaludin bekas MB Perak yang mohon Sembah Derhaka kepada Paduka Sultan Perak. Dato' Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato Seri bersuara bila ada manusia bernama Nga Khor Meng yang ingin mendekati Islam dengan membaca Al-Quran.

Dato' Seri, Saya dan penduduk Islam Seri Manjung tidak mahu derhaka pada Allah S.W.T. Hanya ini sahaja yang kami mampu lakukan. Hanya ini sahaja tempat kami menyatakan rasa bencinya kani akan program tersebut. Moga-moga Allah S.W.T memahami niat kami. AMIN YA RAB BAL ALAMIN. (artikel asal dari bro ManjungMari)




BUJANG SUSAH: Jika kena pada di sebelah kumpulan yg bkn di sokongannya, semuanya x betul. pemberita x nak tanya pun kelam kabut mengoffer diri utk buat kenyataan. Bila kena kat sebelah dia... semuanya harus sana sini... sifat seekor anjing..

“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177)


0 comments: