Posted on Wednesday, April 22 @ 18:31:24 MYT by Reformis
Oleh addin77"
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan bahawa mereka menerima 53,512 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini.
Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said, berkata Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Pertama 2009 akan dipamerkan selama seminggu mulai hari ini di 994 tempat pameran di seluruh negara. Justeru itu kepada rakyat Malaysia yang memohon bertukar tempat mengundi dan baru mendaftar sebagai pemilih diharap dapat membuat semakan status mereka.

Sekali imbas kita nampak bahawa SPR benar-benar nampak telus dan adil seperti misi mereka. Maka kami cuba mendapatkan maklumat serta tinjauan daripada rakan-rakan di seluruh negara tentang perkara ini. Maka kami akhirnya mendapat satu maklumat sulit dari Sarawak Bumi Kenyalang tidak termasuk Sabah yang berada di Malaysia Barat. Laporan mengatakan bahawa pihak SPR tidak telus dan jujur dalam mengadakan kempen menggalakkan rakyat Malaysia berdaftar sebagai pengundi. Menurut sumber kempen yang dilakukan di Sarawak amat "tidak memuaskan" bila pihak tidak menjalankan program pendaftaran pengundi baru secara serius dan agresif.
Senario ini tidak berlaku sekitar tahun 80 an dan awal 90 an dulu. SPR dilihat terlalu senyap dan berhati-hati melaksanakan tugasan mereka. Tindakan ini seolah-olah menunjukkan mereka cuba "mengawal pendaftaran pengundi baru" dikalangan golongan muda.
Ini juga menunjukkan seolah-olah ada satu strategi yang dibuat antara SPR dan kerajaan Barisan Nasional yang mahu agar ramai pengundi muda tidak didaftarkan bagi melayakkan mereka membuang undi dalam pilihanraya umum akan datang. Mereka takut pengundi muda akan melakukan agenda perubahan dan menyebabkan negeri Sarawak yang menjadi aset paling berharga bagi memberi "nyawa" kepada UMNO dan Barisan Nasional terus memerintan negara ini tidak dijatuhkan. Meraka lebih rela dan mengharapkan pengundi saluran satu iaitu golongan veteran dan tua sebagai "senjata" untuk memastikan agenda itu tercapai.
Sumber : Pahangdaily

0 comments:
Post a Comment