Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, April 19, 2009

“Why Islam” Pada Bas Di San Francisc



Posted on Sunday, April 19 @ 15:57:39 MYT by TokAyah
by membelaislam

whyislam2
Pada awal tahun 2009, satu kempen untuk berdakwah kepada orang-orang bukan Islam di Amerika Syarikat (terutamanya di San Francisco) telah dilancarkan. Kempen berbentuk iklan pada bas dan kereta kabel di bandaraya yang berpenduduk 1.4 juta dan terkenal dengan budaya gay dan sekular.

Dari iklan tersebut ianya telah berjaya menarik perhatian serta minat orang-orang bukan Islam untuk memanggil nombor telefon yang tertera.

whyislam3


Kempen ini diterajui oleh Islamic Circle of the Bay Area [http://www.icnabay.us/] dengan kerjasama Council on American-Islamic Relations (CAIR - https://www.cair.com/) dan www.whyislam.org di bawah Pertubuhan ICNA (Islamic Circle of North America).

Selain untuk menyeru orang-orang bukan Islam untuk bertanya dan pelajari tentang Islam ianya juga bertujuan untuk cuba mengubah “stereotyping” dengan tanggapan salah kebanyakan orang-orang Amerika terhadap Islam.

whyislam1

Namun setiap yang baik tetap ada bangkangan. Terdapat juga di beberapa laman blog yang tidak senang dengan kempen yang dijalankan. Namun hasilnya dalam empat minggu kempen dijalankan, mereka telah mendapat lebih 600 panggilan telefon dan seramai 6 orang telah mengucap dua kalimah shahadah. Kempen itu kini telah dilanjutkan lagi.

Iklan-iklan ini terpampang pada sekitar 170 buah bas 10 kereta kabel.

Sama-sama kita mengucap syabas terhadap bersungguh mereka dan kita sama-sama doakan kejayaan mereka untuk mengubah persepsi salah orang ramai di Amerika Syarikat semoga lebih ramai yang memeluk Islam.

whyislam4

whyislam5

Malah berita terbaru melaporkan kini sudah banyak bandaraya lain di Amerika Syarikat [seperti Fort Lauderdale, Seattle, New York] turut serta dalam kempen yang sebigini -malah ada juga yang dalam bentuk “billboard”. Gambar ini dikatakan di lebuhraya Interstate 76 di Pennsylvannia.


Bujang Susah: Ermmm.. kat malaysia ni klau org non muslim nak berjinak-jinak dgn islam pun dikatakan menghina islam. Nak jalankan hudud,takzir dan qisas pun org yg mengaku islam sendiri yg menentang. Bukannya nak tolong sampaikan kepada non muslim yg hukum Allah tu sempurna. malah menakut nakutkan mereka. kot-kot rasanya ada yg takut. Contohnya qisas adalah hukuman balas. klau kita terajang org, nnt org akan terajang kita balik jika sabit kesalahan. bermakna klau bunuh org, ahli keluarga org tu boleh meminta pesalah itu dibunuh jua. jika sabit kesalahannya. Rasa2nya siapa yg takut sgt tu ek? hehehehe....

0 comments: