Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, April 19, 2009

Dr M: BN tidak patut mengaku kalah di Penanti - malaysiakini


Apr 19, 09 3:50pm
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah dan perlu meletakkan calon dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.

"Saya fikir kalau kawasan itu kawasan Umno, kita tentu bertanding, ini pasal kita ingat ini kawasan parti lawan, kita tak nak bertanding.

"Jadi kalau kita nak tunggu kawasan Umno, nanti tidak ada kawasan Umno, kita tak bertandinglah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum Arah Tuju Melayu Muda anjuran Pemuda Umno Raub hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa BN akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihanraya kecil DUN Penanti atau sebaliknya, lapor Bernama.

Kerusi itu kosong selepas bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Adun Penanti Khamis lalu.

Sebelum itu dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata, BN tidak pernah takut untuk meletakkan calon di mana-mana kawasan termasuk kubu kuat PAS di Kelantan.

Katanya, Umno perlu bertanding, jika tidak ia akan mengecewakan ahli dan penyokong BN di kawasan tersebut selain mencemar semangat dan maruah pejuang parti terdahulu.

Jambatan bengkok

"Apabila kita tidak bertanding ini akan menunjukkan kemerosotan Umno di mana-mana kawasan yang ada pilihanraya," katanya.

Dr Mahathir juga berkata ahli Umno dan BN perlu terus membuat teguran jika terdapat kesalahan yang dilakukan pemimpin parti.

"Kita perlu bersikap kritis secara baik dan tidak hanya setia kepada pemimpin walaupun mereka jelas melakukan kesilapan."

Selain itu, beliau turut mengingatkan pemimpin Umno terutama generasi muda supaya tidak mencari jalan mudah untuk memperoleh kedudukan dan kuasa termasuk melalui amalan rasuah yang akhirnya akan membinasakan parti.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada projek jambatan bengkok menyeberangi Selat Johor perlu disambung semula pembinaannya, Dr Mahathir berkata pembinaannya tidak sepatutnya dihentikan langsung.

"Bohong kalau kata rakyat Johor tidak mahu jambatan ini dibina," katanya.

Baru-baru ini terdapat banyak gesaan terutama daripada kalangan ahli politik dan perniagaan dari Johor, supaya kerajaan menimbangkan semula keputusan yang dibuat pada 2006 untuk membatalkan projek jambatan bengkok itu.

Bujang Susah: Amacam puak2 umno.. otai hang dah bersuara tu... ada berani ka?

2 comments:

Unknown said...

Bagus juga BN bertanding. Bolehlah simangkuk tua yang membawa sial kepada UMNO tu turun berkempen. Lagi cepat UMNO masuk kubur.

Najib akan menjadi bodoh sekiranya menjadi robot kepada situa ini yang mempunyai saham pembunuhan almarhum ustaz Ibrahim Libya.

Anonymous said...

Salam mountdweller.. si pencacai tua ni kata dulu melayu mudah lupe.. dia yg terlupa sebenarnya yg melayu ni xkan lupa sejarah memali. cuma bagi saya melayu umno jer yg mudah lupe.