Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, June 29, 2010

NAK LOMPAT JUGA KE?

بسم الله الرحمن الرحيم

Kalau betui ada 4 lagi Adun nak lompat, biar depa lompat



Tak habih-habih PRK Selangor ni. Ingatkan bila dah selasai retreat 2 hari, Majlis Pimpinan Tertinggi pun dah selesai mesyuarat, keputusan pun dah dibuat boleh la reda sat kecoh PKR di Selangor.

Rupa-rupanya tak reda jugak. Hari ni timbul pulak desas-desus kata ada 4 Adun PKR Selangor nak melompat keluar pasai tak puas hati Khalid masih jadi MB. Yang lagi menarik siap dinamakan lagi 4 orang Adun tu.

Malaysian Insider melaporkan:

Meskipun Parti Keadilan Rakyat (PKR) selesai mengadakan sesi pemukiman dengan melakukan rombakan kecil di sebalik desas-desus wujudnya desakan mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digugurkan, hari ini wujud spekulasi baru mendakwa empat ADUN parti itu akan keluar kerana beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Desas-desus baru ini mendakwa empat ADUN iaitu Haniza Mohd Talha dari kawasan Taman Medan, Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Amirudin Shari (Batu Caves) dan Suhaimi Shafie (Sri Muda) sudah memutuskan untuk meninggalkan PKR.

Khabar angin mendakwa keempat-empat mereka akan keluar PKR sebagai tanda protes pucuk kepimpinan memutuskan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar. TMI

Dan memang standard depa-depa yang dinamakan tu semuanya menafikan khabar angin tu. Aku harap khabar angin ni tak betui. Aku harap depa memang takdak terniat pun nak keluar PKR.

Tapi aku nak ingatkan kalau betui depa nak keluar PKR, jangan ada pulak yang pi pujuk depa. Biar depa keluar. Biar betul-betul ujud "pembersihan" dalam PKR.

Buat apa simpan wakil rakyat tak boleh harap macam tu. Ada masalah tak puas hati sikit terus gertak nak lompat parti. Langsung tak fikir tanggungjawab depa dengan pengundi yang mengundi depa.

Buat payah ja simpan wakil rakyat jenih macam tu. Kata la depa ada masalah peribadi dan kali ni kita boleh tolong selesaikan masalah depa. Apa jaminan lain kali depa takdak masalah lagi. Takkan memanjang kita nak kena tolong selesaikan masalah peribadi depa.

Kalau nak kira ada masalah peribadi, semua wakil rakyat ada masalah peribadi. Takdak pulak terfikir sampai nak lompat parti, khianat kepada kepercayaan yang parti bagi, khianat kepada kepercayaan yang rakyat bagi.

Kalau betui depa memang ada niat nak lompat biar pi depa lompat. biar depa jadi kupang tembaga. Pilihanraya depn senang sikit nak pilih calon yang benar-benar boleh diharap.

Lagi pun kalau takat 4 orang Adun lompat, Selangor masih Pakatan Rakyat pegang. Apa nak takut.

Cenangau Daunkari


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

5 comments:

Anonymous said...

Tembak je mereka ni biar mamposss

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

Ni la si bodoh yg berjuang kerana duit bukan kerana rakyat. tak puas hati nak lompat. kepala bapak dia org ajar mcm tu ke? gua pun tahu MB khalid ni ada sikit lembab. tapi kan boleh diperbaiki. bawak la dalam mesyuarat. bawak la berbincang. panggil la anwar beri nasihat. ni tidak.. x puas hati ugut nak lompat.. woi bangsat.. ko nak mampos pun peduli apa kita org.. pengundi hangpa ni hapah pun x dpt apa.. kami ni gaji mcm tu jugak. makan beras hancur jugak. hangpa yg dapat gaji.. dapat elaun. kami sokong hangpa bkn dpt apa pun. kami sokong hangpa nak suruh hangpa ubah malaysia ni. suruh hapuskan rasuah. hapuskan kerajaan yg korup. biar ekonomi malaysia setabil.. biar rakyat malaysia hidup tak susah sgt mcm skrg ni.. yang hang plak dok nak melompat je kerjanya. hang dah xder kerja lain ke? hang ni memang spesis haiwan ke? apa punya bodoh hang ni semua....!!!! org PKR ni memang saling tak tumpah mcm puak-puak umngok jugak la.. bangang punya orang...!!!

Muara said...

Apa nak heran.., kita kan ada lagu yang popular.. lagu lompat sikatak lompat. lompat tinggi-tinggi, lompat biarlah tepat, kalau tidak patah gigi! ye ke.. lupa
Biarlah mereka nak lompat, saya lebih suka kalau pkr hanya tinggal Presiden dan penasihat keadilan saja, lepas tu wan azizah dan anwar masuk pas lagi senang cerita. Biar tak ada isu berkenaan pkr dan umno tak ada alasan untuk memburuk-burukkan anwar dengan mengatakan pkr memperjuangkan kepentingan peribadi semata-mata.
Ya lagi pun dalam pkr kan cuma insan-insan yang tak puas hati dengan mahathir dan pak lah saja, bukan mereka masuk pkr kerana perjuangan semta-mata! sebab itu jati diri sebagai pemimpin tak ada didalam diri mereka. yang ada adalah wang besar wang besar! Projek besar!

Anonymous said...

perjuangan lain ideologi camtu la,dah namanya PR,pakatan rogol,pakatan rosak,pakatan reput,pakatan rompong,pakatan rapuh,pakatan rongak dan bla bla bla...
bodoh

Anonymous said...

apa ceta dorg ni? lompat ke tak? .. yg sorg tu muka mcm ezam. kikikikk...