بسم الله الرحمن الرحيم
Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun. Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjungi isterinya, bernama Maria.
“Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyangi Maria, tapi ada satu perkara yang asyik bermain-main dibenak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dengan abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dengan abang selama ni?”
Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, “Ya abang, Maria mengaku pernah curang dengan abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni..”
Hanya 3 kali..?” Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat untuk memaafkan isterinya,”Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?”
Perlahan jer.. si isteri mula membuka lebaran cerita lama, “Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank?”
“Ya, abang ingat peristiwa tu” jawab si suami.
Si isteri menyambung cerita, “Abang pasti ingat yang pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman untuk abang mulakan perniagaan..”
“Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yang maria buat tu untuk masa depan kita jugak”, kata si suami.
”Kali ke 2 pulak?”
“Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak dan perlu buat pembedahan?” si isteri menyambung cerita
“Ya, abang ingat” jawab si suami.
“Kalau macam tu, abang pasti ingat yang Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan untuk abang tanpa bayaran apa-apa pun..”
“Ohhh... maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yang maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? “, kata si Tan Sri.
Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, “Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi….”
"Haaa...." ... Tan Sri terus pengsan kat situ jugak… - ISA
Note: 248 undi tu.. isteri dia relax je, YB ni plak yg pengsan
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
10 comments:
Salam..
Segar, sinis...kah..kah...kah..kah sesuai disantap bersama sarapan pagi ini..kah..kah.kah..kah..
Haha..
Besarnyer pengorbanan istri demi suami tercinta...
BS,
diharap dapat mendelete SPAM yg x berguna contohnya di "On Jul 03 Anonymous commented on soal jawab agama istihadah atau haid" merosakkan n3 org je..cilake sungguh.. sape lagi yg dengki ngan kite kalo x puak2 ApNo..
Hanya sekadar bersuara tanpa niat berbuat dosa.
Itu lah keangkuhan manusia sekarang ini sanggup membelakangi agama, sanggup melakukan perkara terkutuk demi pangkat dan darjat.
Tahukah anda semua berdosa besar andaikata si isteri melakukan perzinaan samada dengan keredaan suami atau sebaliknya.
itu bukan cara yang diajar oleh Islam sebaliknya itu adalah kesan pengajaran yang ditinggalkan oleh omputeh dan masih diamalkan oleh orang melayu.
Bertaubatlah semuga dosa dosa yang lepas diampun oleh Allah Subhanahu wataala.
Andaikata terdetik dihati si suami tidak memaafkannya walaupun dimulut dia mengatakan memaakan nya maka kekallah siisteri dalam neraka untuk selama lamanya.
Walla Hua'lam.
kalau cerita ini betul ... tak heranlah budak perempuan yang masih sekolah hisap rokok dan mengandung tanpa nikah...
patutlah haru biru malaysia jadinya, gara-gara pemikiran yb dan asistannya yang tak ada agama...!
Hikhik , senyum kambing aku :P
Kisah dan teladan nie mmang patut di sebar2dan dipanjang2kan semoga memberi pengajaran dan peringatan kepada yg masih Lalai dan Leka.tahniah bujang senang semoga usaha anda dirahmati Allah.
Bro..
walaupun lu dah bagi izin untuk ambik artikel dalam ni..tapi mengenangkan lu susah..wa tetap mintak izin lu jugak untuk copy artikel ni..huhu..
salam dan solawat
Maknanya Maria bagi try setiap org ke seramai 248 orang tu..?? $%^&*(
http://muhammadzulkey.blogspot.com
mmg dier cari pasal.tuh..aish~~~
Post a Comment