Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, June 29, 2010

CERITA BANGANG SAJIAN KERA...JAAN UNTUK RAKYAT

بسم الله الرحمن الرحيم

KERAJAAN AKAN SENARAI HITAM KONTRAKTOR ISTANA NEGARA JIKA BENAR TAK BAYAR UPAH PEKERJA-mstar



Kementerian Kerja Raya bercadang menyenaraihitam kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan Istana Negara di Jalan Duta jika terbukti mereka tidak membayar gaji kepada pekerja-pekerja asing. Abu Mansor berkata, beliau telah mengarahkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

"Saya bersimpati dengan pekerja asing walaupun masuk haram, tetapi mereka telah diketepikan hak kebajikan. Saya telah minta CIDB pagi tadi supaya segera menyiasat jika kebenaran ini ada dan mengikut data-data dari Kementerian Dalam Negeri".

"Jika benar syarikat-syarikat yang melaksanakan projek ini, walaupun projek ini merupakan projek design and build, maka kementerian tidak akan teragak-agak untuk mencadangkan supaya kontraktor berkenaan disenarai hitam pada masa akan datang," katanya semasa menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)bagi kementerian itu pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Note:
Aku pun simpati jugak. Tapi ini x salah ke pada undang2 negara? mengambil pekerja tanpa permit? Mana pergi Kementerian Dalam Negeri? Malaysia ni dah x guna undang2 lagi ke? bila kontraktor kroni guna ramai2 pekerja asing yg masuk secara haram boleh pula? Mereka ni x merbahaya kepada keselamatan negara ke? Org buat kartun dok tunggang langgang korang haramkan kerana berbahaya kepada negara kata korang.

Apa punya bodoh menteri dan undang2 kat malaysia ni...!!!!

Ni apa kejadahnya senarai hitamkan di masa akan datang ni? Kalau masa sekarang x boleh ke? Dimasa akan datang perkerja tu semua dah jadi arwah dah pon. Dimasa akan datang kontrktor ni dah jadi billion air dah pun. Apa kejadahnya nak senarai hitam? kontraktor ni jugak yang buat stadium kat terengganu tu. Runtuh sampai la nie pun xda apa2 tindakan. Stadium pun x repair.. Tapi x kena black list pun. Mana badan yg bertanggung jawab untuk menyiasat? Kenapa kerajaan xder ambil tindakan pun.? Dah la x diambil tindakan siap bagi projek baru lagi plak tu.. Semua dah kenyang makan rasuah ke? kontraktor ini telah berjaya menaikkan harga istana dari 400 juta ke satu bilion ringgit. Senang2 jer kerajaan bagi topup. Siapa sebenarnya kontraktor ni kepada umno? Ni cerita bangang apa yg dok korang sajikan pada rakyat ni...?


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

0 comments: