بسم الله الرحمن الرحيم
JOHOR BAHRU: Akibat melarikan anak dara jiran yang masih di bawah umur untuk dijadikan isteri, seorang kelindan lori kini bertarung nyawa selepas dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai saudara gadis berkenaan sehingga buah pinggang rosak dan kemaluannya hampir hancur.
Kejadian berlaku beberapa hari selepas mangsa bersama gadis berusia 14 tahun yang juga kekasihnya melarikan diri dari rumah mereka di Tebong, Melaka ke kediaman seorang kenalan di Jementah, Segamat, untuk melangsungkan perkahwinan secara rahsia.
Ibarat mencurah minyak ke dalam api, keluarga gadis berkenaan yang terkilan dengan perbuatan pasangan kekasih itu bertambah berang apabila mendapati mereka sudah berkahwin.
Difahamkan, mangsa, R Vijendren, 20, dan gadis berkenaan dibawa pulang ke kampung halamannya di Melaka sebelum dibelasah kira-kira 30 lelaki pada minggu lalu.
Mangsa dimasukkan ke Hospital Segamat sebelum dipindahkan ke Hospital Muar. Abang mangsa, R Suresh, 26, berkata keadaan adik bongsu daripada lima beradik itu kini masih kritikal.
Menurutnya, ketika kejadian, dia turut berada di tempat kejadian, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana kumpulan terbabit seolah-olah hilang kawalan ketika membelasah Vijendren.
"Kami tidak menyangka keluarga gadis berkenaan menyerang adik secara tiba-tiba. Saya cuba menghalang, tapi turut mengalami kecederaan sehingga terpaksa menerima enam jahitan di kepala.
"Gadis berkenaan dibawa pergi oleh keluarganya manakala adik saya ditinggalkan dalam keadaan menyayat hati," katanya.
Suresh berkata, lebih membimbangkan, Vijendren kini terpaksa bergantung pada rawatan dialisis buah pinggang seumur hidup berikutan kecederaan parah pada organ berkenaan.
Katanya, buat masa ini, adiknya masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dan keluarganya sudah membuat dua laporan polis, masing-masing di Balai Polis Segamat, pada 17 Jun lalu dan kelmarin pula di Balai Polis Muar.
"Selain buah pinggang, kemaluan adik saya juga hampir hancur. Kami akui kesilapan adik melarikan gadis berkenaan namun tindakan pihak terbabit melampaui batas menyebabkan masa depannya hancur," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohd Nasir Ramli mengesahkan menerima laporan daripada keluarga mangsa.
"Kejadian berlaku di Melaka namun keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Muar dan kes itu kini dirujuk ke Balai Polis Melaka untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, semalam. - [HM]
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
10 comments:
hmmmmmmmm... so sad ...why must they belasah him so hard ... this thing can be discussed ... this is how if we use our nafsu not logical mind ..even though he was wrong ... its not fair to do tht ... coz tht girl agreed to marry him ..
salam..
moral: jgn bwk lari gadis orang..
kawin nak bahagia bukan merana..
Perghh...budaya membelasah..sgt kejam.islam juga yg adil dan mengamalkan ihsan...tp tak ramai yg nakkan islam!sedih~
Latest post:Bagaimana Mr.Bean diislamikkan?
Salam sahabat!
Bagus lah kena belasah! Satu pengajaran untuk mamat mamat kat luar sana yang suka mengusung anak dara orang dan melarikan anak dari ibu bapa mereka! Pandanglah hari depan... jika orang lain yang buat kepada anak-anak engkau esok hari macam mana?
Patut pun kena belasah... tapi teruk sangatlah sampai pecah kemaluan...
sampai alat sulit and buah pinggang rosak?duhh,x berbaloi sungguh hang bawak anak org lari...gamak nya tak kawen lagi la mamat nie pasnih,wee~
salam ziarah bujang...
ape khabar?
dah lame aku x blogwalking...
dasat laaa orang zaman skang ni
PAdan muka..
Nak anak org, buat la cara baek...
Dah saket bru sdar buat salah...
Tak b'baloi-baloi...
salam... dasyatnyerr ksah ni.. hu3
bahaya betol.. even mamat tue bukan islam tapi keluarga si gadis tue x patot belasah camtue.. skrang da jadi kes polis.. bukannyer nak back up si mamat tue coz die pon salah gak coz g bawak lari anak gadis orang tanpa berjumpe ngan kuarga si gadis tue.. kalo da nak sangat kat gadis tue cube la berbaik2 ngan family die.. adoiya..
keciannye...
xpatt taw..sampai cm 2 skali...hukuman yg xsetimpal bg dy...lau nk pukul boleh tp biarlah sekadar pengajaran jgn la ....sampai cam 2 skali...
Post a Comment