Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, June 28, 2010

TERKINI PANAS...!!! ULAMA MUDA KATA MEREKA DITIPU

بسم الله الرحمن الرحيم

SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escala...tor, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,”.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Note: Aduh, penipuan apa ini wahai Datuk Seri Najib Tun Razak? Penipuan apa ini wahai Datuk Seri Shahidan Kassim? Penipuan apa ini wahai UMNO Cawangan Dataran Merdeka? Jeliknya permainan politik kamu.


Note: Umno Cawangan Dataran Merdeka... hehehe

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

10 comments:

Anonymous said...

saman je la derrrrr.........

BUJANG SUSAH said...

Dilarang sama sekali mengunakan perkataan "der" dalam blog ini. takut si sialpool buat report ugutan membunuh pula nanti.. hehehe

vell paria said...

ok.. kita tengok berapa kuat semangat ulama muda ni. jangan dua tiga hari lagi tiba2 buat kenyataan media yang sememangnya dia dtg sana sbb nak join umno.

Bergantung berapa seriusnya isu ini dan kesannya kepada umno dan berapa kuat jati diri serta semangat ulama muda ni nak mempertahankan agama islam..

Seandainya mereka tiba2 di ugut untuk di ISAkan dengan tuduhan palsu yg mengatakan kereka terlibat dgn JI ? adakah mereka lebih sanggup dipenjarakan atau mereka akan menukar kenyataan di atas?

Kita sama2 lihat...

Hanyalah sebatang lilin.. said...

Pemimpin2 Umno sanggup buat apa saja untuk kekal berkuasa. Mereka sudah hilang sokongan melayu/muslim dan terpaksa mengunakan golongan2 ulama muda untuk menarik minat orang melayu kembali menyokong mereka.

Umno tidak relevan lagi pada orang2 melayu, banyak dasar2 Umno bertentangan dengan Islam. Jadi jika ada ulama2 yang menyertai Umno, maka Ulama itu boleh dikira Ulama palsu walau sebesar mana pun serban dan jubahnya. Contohnya Ulama Umno yang dulu2 seperti mashitah dan Ustaz Firdaus jadi syaitan bisu buat selama2nya. Suara2nya hilang begitu saja. Segala2nya takut hilang jawatan dan pulussss. Begitulah jugak dengan ulama2 muda jika mereka menyertai Umno nescaya akan menjadi syaitan pekak dan tuli...oleh itu ulama harus menjauhi Umno kerana apa yang ada dalam Umno hanyalah cerita2 donggeng dan sandiwara yang pentingkan kroni, pulus, jawatan dan projek. Tidak ada kebenaran dan keadilan dalam Umno, cuma yang ada hanyalah pak2 angguk dan 'Yes Men'..

Lang said...

ini bukan negara matahari naik bro... kalau di sana ketua dia sanggup letak jawatan namun perkara sensitif dia tak kan ganjak seinci pon... sini lain bro... Pertahan diri, bini dan kroni selagi terdaya.. Rumah, tanah dan harta dah stanby di luar negara.. kalau umno kalah jer confirm cabut lari.. kalau tunggu confirm masuk penjara..

apa boleh jual... kasi jual... apa boleh gadai, kasi gadai... apa boleh rembat, kasi rembat... tengok je la gamaknya. yang bodohnya penyokong2 dia laa.. buta tuli bodoh bongok bingai mamai tongong..

iqbalsyarie said...

dah tahu dah...mmg penipu ajew..huh...semua jenis buta hati..tak takut Tuhan..
Latest post:Bagaimana mahu menyatakan sayang yg sebenarnya?

Anonymous said...

"Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC"

Persoalan:

1...
"dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall"... siapa yg bawa masuk?

2...
Perkataan KAMI... kami tu bermaksud ramai. Adakah yg ramai2 tu, x seorang pun yang kenal siapa yg bawa mereka masuk melalui bangunan sebelah Mall?

Tak juga diberitahu kami itu berapa org... mungkin 44 org. Mungkin juga yg join 40 dan yg tak join 4 org.

echah mashuri said...

sy sedang mengkaji dn meneliti tntg politik skrg...

sgt takut hendak memilih siapa mjd pmimpin nnti...

Anonymous said...

kalu dah betui kena tipu pi la report poliska samanka,uishh,nasib baik takdak palit2 darah hahaha,jalan2 sesat termasuk dalam pwtc,pastu kedarah makan,dah kenyang,burppppp,saya kena tipu,lawak ahlul PAS ni hahahaha

Anonymous said...

ularmak PAS,belit jangan tak belit ya