Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, January 30, 2010

UNTUK PEMIMPIN PAS YANG PEKAK DAN BODOH...!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Pandangan Teman: Beberapa Isu Berkaitan Dengan Pas.

Teman dah tulis sebelum ini bahawa dasar islam sesebuah parti tidak menjamin parti tersebut akan menjadi sebuah gerakan Islam yang tulin dan sanggup melaksanakan kebenaran dan keadilan islam yang murni dalam dunia realiti. Menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan hanyalah satu langkah permulaan .

Apa yang penting selepas daripada itu ialah isi perjuangan dan kepimpinan pula perlulah terdiri dari sejumlah insan tuhan yang pintar dan berkesan dalam memimpin berdasarkan roh islamiah , terutama dalam menghadapi suasana kini yang jelas serba kacau bilau dengan pelbagai aliran pemikiran yang songsang.

Tak semestinya seorang yang kelihatan berilmu tinggi, zuhud, berserban besar , berjubah labuh dan berjanggut lebat serta panjang boleh sewenangnya dilantik sebagai pemimpin.

Rasulullah S.A.W , peribadi agung yang diiktiraf oleh Allah sebagai kekasihNYA ,pun mempunyai para sahabat yang zuhud dan mempunyai taraf kealiman yang tinggi , tetapi tidak kesemua mereka dilantik menjadi pemimpin/ketua. Mengapa? Rasulullah S.A.W melihat kepada kualiti kepimpinan dalam setiap diri para sahabatnya. Para sahabat yang tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berkesan, diserahkan dengan tugas lain yang turut menyumbang kepada kebangkitan Islam, seperti menjadi pendakwah sepenuh masa yang juga merupakan tugas yang mulia.

Dalam hubungan ini, teman pernah tak bersetuju dengan anjuran TGNA supaya UMNO mengubah dasarnya kepada Islam dan Pas , kata TGNA lagi, akan segera dibubarkan . Seperti yang berulangkali teman tegaskan , perubahan dasar tak akan membawa apa-apa erti selagi jelas dan nyata para pemimpin Parti Melayu itu masih meneruskan kezalimannya , korup, bangang dan tersangat celaka terhadap perjuangan Islam yang berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Oleh kerana itu teman mahukan Parti atau mana-mana organisasi yang berjuang atas dasar Islam mempunyai barisan kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang efektif, berjiwa besar, pantas , rajin bekerja, bijaksana, cerdik , adil, mempunyai kemahiran MENDENGAR yang tinggi( inilah kemahiran komunikasi yang senang diucapkan tetapi sukar untuk dilaksanakan) dan yang seumpama dengannya.

Teman memang benci dengan UMNO kerana kemunafikan yang jelas bagi orang yang melihat dengan mata kasar secara objektif dan matahati. Tetapi maniskah bahasa teman, kalau teman katakan , Pas sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam yang merupakan parti harapan rakyat Malaya hari ini, semakin hanyut kerana sebilangan barisan kepimpinannya yang kelihatan seperti semakin bebal dan meleset?

Ada orang kata, Pas semakin menyimpang dari dasar perjuangannya. Bukan!!!. Yang menyimpang adalah para pemimpin Pas yang kelihatan tidak adil dan cerdik bahkan yang paling teruk ialah berpenyakit pekak walaupun ada telinga yang disahkan 'normal' tetapi kurang mahu mendengar hati nurani ahli dan penyokongnya .

Ini adalah persepsi teman setelah memerhatikan kelakuan dan tindakan sebilangan pemimpin Pas sejak setahun dua ini. Teman rasa, teman bukan keseorangan merintih melihat kebebalan sebilangan pemimpin Pas dalam mengharungi medan politik yang semakin mencabar.

Teman tak mahu menyenaraikan isu-isu yang menyangkut tentang kebebalan setenggah pemimpin Pas kerana tidak baik untuk diungkit perkara yang sudah berlaku. Cukuplah dijadikan panduan dan sempadan dan tidak diulangi lagi.

Cuma , teman hari ini ingin menyatakan dengan sedihnya bahawa Jawatankuasa Disiplin Pas yang melakukan siasatan ke atas kesalahan dan mengenakan tindakan disiplin ke atas Khalid Samad dan Hasan Ali kelihatan amat mengelirukan dan tidak adil.

Alangkah baiknya nasib orang yang jelas terbukti beberapa kali mencederakan reputasi Pas dan PR , sekadar diambil tindakan 'amaran' , dan tidakkah malang nasib orang yang pernah di'Isakan' kerana perjuangan Islamnya dan sering muncul ke depan membela Pas dan Pakatan Rakyat sehingga dibenci oleh parti gerombolan, dikenakan tindakan disiplin yang lebih berat?Inikah rupabentuk keadilan Islam? Atau adakah ianya sebuah permainan yang telah siap diatur siapa pemenangnya?

Mungkin ada segelintir ahli Pas yang kurang 'wisdom' akan berkata: "Kamu boleh dengan senang mengkritik sebilangan pemimpin Pas dibalik PC atau lap-top kamu, tetapi pemimpin Pas yang ada sekarang telah berjuang dengan susah payah , siang dan malam".

Maka teman jawab: "kalau tak mahu berjuang dengan susah payah, berhenti jadi pemimpin. Kalaulah berjuang dengan dengan susah payah melalui pidato yang berapi-api tetapi tak ada kemahiran mendengar , letak jawatan menjadi pemimpin dan lebih awla dan afdhol mengajar kitab kat Masjid".

Ah, panjang teman menulis kali ini . Lama benar teman tak update blog. Teman bukan sihat sangat. Tetapi oleh kerana tak mampu memendam rasa sedih dengan tindakan sebilangan pemimpin Pas, teman cuba sedaya upaya menulis hari ini.

Dan bukan tujuan teman sengaja menulis kerana niat untuk mengajak orang membenci perjuangan Pas, tetapi sekadar mengingatkan sebilangan pemimpin Pas agar cuba dengan segera membaiki kualiti kepimpinan yang berkompentasi tinggi supaya dapat diterima oleh rakyat jelata dan atas dasar kasih sayang teman pada perjuangan ini.

Dan rasanya baik sekali teman nyatakan disini bahawa teman semakin cenderung untuk meraikan kempen me'reform'kan Pas khususnya serta pemimpin dan ahlinya.

Maaf kalau ada yang terasa hati sekiranya teman terkasar bahasa kerana maklumlah tahap pendididikan pun tak berapa tinggi dan tahap kesihatan semakin merosot hari demi hari. Dan teman tak tahu lagi bila blog yang serba dhaif ini akan diupdatekan seterusnya.

Salam perjuangan dan takbir!!!!! - sheikh teluk intan


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

8 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

pas sekarang ni dah pandai berpolitik

1.yang seorang tu pas tulin macam mana pun tak kan pegi

2.yang satu lagi jumpa sapa pada malam kemenangan pakatan rakyat ke atas selangor ..jeng jeng

tu yang kena jaga takutmelopat ma

Nur Farhana Adnan said...

berharap agar pemimpin2 pas ikut dasar perjuangan Islam. Xsanggup tgk ummat berpecah belah...

Ampatuan Jr said...

Betui kata mikeme tu,tak semua yg berserban besor berjambang dan cakap berdego-degor tu elok jadi pemimpin Islam.Atas dasar itu, moh kita cadangkan kpd TGNA supaya lantik Tuan Ariffahmi ganti Hasan Ali di Selangor sebab teman rasa si Hasan tu ejen UMNO.Kalo Tuan Ariffahmi tu ok sebab datangnya pun dari keluarga yg sememangnya pemimpin.Lagi pun Tuan Ariffahmi tu punya rekod yg cemerlang semasa dia jadi CEO dulu.

korang ni mmg sial said...

Pemimpin2 bangang mcm asan ali ni apa dia tahu..? gantung bendera pun x pernah. x pernah berembun mengawal pondok panas. kluar duit sendiri nak beli bendera dan poster. mengemas semula semua poster dan bendera selepas selesai pilihanraya. Akhirnya PAS tewas juga. Kami ni pendokong bawahan yang berjuang dinegeri yg diperintah adun2 serta ahli parlemen BN kemudian akan dipandang sepi dan dianaktirikan oleh YB umno. dicaci dihina. Yang asan ali ni senang2 je dia jadi pemimpin tanpa melalui susah payah. Lepas tu buat apa2 tindakan ikut kepala bapak dia jer.. babi punya asan ali...!!!

Woi.. asan ali babi.. lu letak la jawatan.. berjuang dalam umno je. nak tau nasib lu akan jadi mcm jamaludin radzi, osman jailu, ezam mohd noor dan khairi jamaluddin ke x. jadi pencacai umno ketika diperlukan je. pukimak lu!!! lu igt lu bagus ke...? rakyat bawahan mcm aku ni yang hidup merempat, nak sekolahkan anak pun susah, makan pun kdg2 miss.. lu duduk kat atas tu boleh la suka2 kluarkan kenyataan bangsat lu tu. lu mana ada hidup susah.. babi punya asan ali..!!!

Tuan ibrahim, kalau rasanya ilmu agama tinggi tp x boleh jadi seorang yg adil baik ko berhenti jer la jadi pemimpin. ko cium jer la bobtot asan ali babi tu. woi laanat...!!! ko jgn main politik laa.. ko dok kat surau mengajar budak2 mengaji lagi afdal. Dapat pahala. dari ko duduk dalam politik ni mengumpulkan dosa. ko igt dgn kopiah putih ko tu ko dah rasa bagus sgt ke...? dgn kopiah ko tu ko dah dijamin masuk syurga ke? x aku ambik kopiah ko tu buat lap tayar moto aku dah cukup baik dah. babi punya pemimpin...!!!

Anonymous said...

kepada KORANG NI MEMANG SIAL....

Maaf kalau saya mencelah...
Inilah salah satu perkara yang boleh merosakkan perpaduan... Yang boleh melambatkan kemenangan ISLAM...

Kalau saudara sebagai orang Islam, kritiklah dengan membina... bukan mengHINA...

Saudara ada kata saudara sekeluarga hidup susah, tapi terfikirkah saudara apa yang menyebabkan lagi saudara hidup susah??? Kerana SAUDARA SENDIRI...

Susah senang itu semua urusan Allah... Klu mereka kurang ambil tahu tentang rakyat, bagitahu... tapi bukan begini caranya...

Saudara juga ada kata pasal dosa pahala... Tapi sedar tak, yang saudara sendiri berkemungkinan mengurangkan pahala saudara sendiri... Mengeluarkan kata-kata kesat, menghina pemimpin, malah menyalahkan mereka kerana saudara bersusah-payah untuk hidup...

Bukan tidak boleh menegur pemimpin, tapi jangan disertakan dengan caci-maki...

Maafkan saya kalau saudara tidak setuju dengan pandangan saya...

Anonymous said...

ha..ha..ha..ha.. tima kasih anon sebab ingatkan aku. tapi aku rasa lagi baik ko ingatkan pemimpin2 bodoh mcm mereka2 ni. (masa yg aku komen sebelum ni).dah ditegur baik2 pun buat pekak badak je bistu nak buat mcmana lagi? nak timang tinggi2 ke? sekarang ni mereka2 ni dah tak mengeluarkan kenyataan membabi buta lagi. tak tahulah kerana mereka dah sedar atas kesilapan mereka atau mereka sayangkan jawatan mereka. wallahualam. bab dosa pahala biar Allah yang mengadili untuk aku. Adakah kita rasa kita sudah cukup pahala untuk mengadili orang lain? adakah kita dah dijamin masuk syurga? dalam komen aku diatas aku x sentuh berkenaan dosa pahala. aku cuma sentuh berkenaan pentadbiran serta kepincangan yang dibawa anasir2 busuk ni dulu. kalau anda x setuju aku pun tak paksa. kita punya pendapat masing2.

muslimah tgnu said...

kepada kawan2 seagamaku di atas. sila bertenang. jangan kerana pemimpin-pemimpin bercelaru, kita bertelagah, mencaci menghina, mengumpul dosa. menegur tidak salah, namun ade caranya. jangan mengutuk tak tentu hala, nanti jiwa anda merana. berilah pendapat dengan berhemat dan berhikmat, bukan mengikut nafsu serakah. sekian. harap dapat mengingatkan orang lain dan diri sendiri. ameen~

Anonymous said...

kahkah kah kah..
tergelak besar aku tgk org2 pas ni...
bodoh sebenarnya...bodoh bingai pulak tu....