Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, January 31, 2010

WANITA TAK BERSALAH DITEMBAK, DITENDANG, DIPIJAK DAN DIPAKSA MEMBUAT PENGAKUAN TANPA SEBAB

بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang Ibu Tunggal Ditembak Tanpa Sebab

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.


Dipaksa untuk membuat pengakuan

Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.

Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.

Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.

Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.

Kemalangan jalan raya, kata polis

Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.

Norizan (gambar kanan) berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.

Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini. - berita penuh klik DISINI

note:
Polis Malaysia yang baik hati...


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

12 comments:

greenhall said...

Astaghfirullah Al-Azhim


kejam betul.. dah macam binatang gayanya polis kita. mentaliti pun dah terang2 macam binatang..

Anonymous said...

Mana ke sahihan berita ni?

setakat nak reka cerita x der hal la

Anonymous said...

hi ada jugak org bodoh mcm anon kat atas ni.. x tau la, si bodoh ni baca x habis ke atau mmg dia ni jenis manusia bebal. klau cerita ni x betul berani ke pompuan tu tampil kedepan. siap pasang peguam lagi tu. apa la bongok ko ni. ko ni mesti polis anjing jugak kan.. kah..kah..kah.. woi bodoh...!!! lain kali baca la sampai habis...!!! pastu kalau rasa xder bukti dan ini semua adalah fitnah semata2, ko pegi la buat report biar tuan blog ni kena tangkap kerana memfitnah. yang ko menyalak mcm anjing ni buang karen jer apahal....!!! tu la.. dulu suruh ko sekolah ko nyorok dlm jamban.. ko pegi main teng teng.. ko pegi tengok blue kat umah member ko.. dah beso bodoh nak mampos... pegi la sambung study dulu.. belajar undang2 dulu ke.. pastu baru boleh nak mempertikaikan org lain eh..keh..keh..keh... klau dah bodoh tu buat cara bodoh jer laa. lagi banyak ko bercakap lagi banyak terserlah kebodohan ko tu.. wakakakakakakaka.....

- najis malaysia

Anonymous said...

Salam.Yang keluarkan gambar adik Nurin pun polis punya kerjakan.Yang tembak orang dekat kes Batu Burok, polis juga . Yang rompak pendatang pun polis juga. Yang angkut tilam Anwar dulu polis juga.

Polis Malysia kan sapa tak kenal.

~UmmU SoLehah~ said...

err...T____T

Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (dimukanya), begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya; ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap siksa-Nya. Dan Allah sangat Penyayang kepada hamba-hamba-Nya. [ali- Imran :30 ]

perbuatan Jahat mereka akan mendapat balasan setimpal dari ALLaH..

IntanBerlian said...

esh teruk sampai mcm tu.nyawa orang tu...

Unknown said...

Yela yang baik2 semua dari Umno-BN yang fitnah semua dari bloger pas kan.
baca yang ni pulak

http://ijoks2009.blogspot.com/2010/01/lagi-penghinaan-terhadap-ulamak.html

Unknown said...

xberperikemanusiaan lgsug.. agak polis2 jenis mcm nie xbelajar undang2 ker..harap polis dapat berusaha utk mengubah spekulasi org ramai terhadap polis atau nama POLIS MALAYSIA juga yg buruk..dlm setandan pisang xkan lar semuanya busuk.. kan kan kan..

Pacifist said...

walaupun sy menentang penyalahgunaan kuasa.saya tidak percaya tindakan polis begitu kejam.jika mereka tidak melakukan jenayah tidak mungkin sebegitu ramai anggota polis semasa insiden itu berlaku.sehingga berlaku tembakan dan sebagainya.mereka pun ada akal.bkn mudah utk melepaskan tembakan tanpa sebab.tidak kira samada mereka penjenayah @ sakit mental.jika sampai mengancam org lain,polis perlu bertindak mengikut keadaan ketika itu.kita sbg org awam tidak tahu risiko pihak polis bila berdepan dgn ancaman.kita hanya tahu menyalahkan.bila anggota polis@mangsa jenayah terkena musibah.tiada siapa yg tampil utk membela.untung betul jd penjenayah di Malaysia.sepatutnya penjenayah yg perlu terima risiko jika melakukan jenayah.kepada peguam,kamu ptt mengesyorkan supaya undang-undang jenayah dipinda kerana hukumannya tidak lg menggerunkan pelaku jenayah.hina anggota polis hanya denda rm 100 dan banyak lg sekyen2 yg tidak lagi sesuai utk zaman ini

umno anjing said...

Bro Pacifist.. gua malas nak cerita banyak.Lu percaya atau tidak tu lu punya fasal. tapi lu buat kenyataan mcm org x sekolah.. Ini satu pendedahan, juga satu penyebaran. berkaitan dgn kredibiliti pihak polis yg sepatutnya mengawal ketenteraman awam dari jenayah.. bukan membuat jenayah.. kalau ini fitnah tindakan boleh dikenakan pada siapa yang menyebarkan. masalahnya klau x betul pompuan tu nak suka2 tuduh polis ke? berani ke dia? lu kalau x kena penampar polis tanpa sebab lu berani ke nak buat tuduhan? lu kalau kena tembak kena pijak kena terajang dgn org xkan lu nak kata lu jatuh pokok? kalau pompuan tu melakukan jenayah kenapa x sumbat pompuan tu dalam penjara? paling tidak pun hadapkan ke mahkamah. Otak lu singkat la bro.. wala x kena tempat... apa nak susah2.. lu x percaya kan.. artikal dah ada muka pompuan tu dah terpampang siap dgn bukti lagi.. kalau rasa ini semua fitnah apa nak susah2.. dgn pantas la lu pegi report polis... amacam? lu menyalak2 pun bukan datang hasil pun kan.. gua rasa lu ni setakat lepasan SPM je kan. pastu jadi Konstable.. nampak sgt la ketidakmatangan lu..

Pacifist said...

kaso bhs saudara saiful?sy beri pendpt je.tau la awok cerdik.sy rase mesti ada yg x kena dlm insiden tu.takkan 10 kereta polis kejo kete die.mesti ada saloh beso.polis pun saloh jugok jika salohgune kuase.tp kita kena lihat punca utame.bior dua-dua dpt keadilan.dia x kabo pun pasel kwn lelaki die.mungkin dia bersama pd mase n tempat yg saloh.mungkin kwn lelaki die ada wat hal.pastu mase kene stike dia ada skali.tu la yg jd camtu.pepun sy simpati jugok kat die.tp awok cepat sgt nok ngudohkan polis.awok ade keh ngan polis ke?

Anonymous said...

polis malaysia mamang antara yg teruk..dgn rasuah berleluasa..rakyat pan x percaya kat polis..mmg xleh percaya polis malaysia ni..