Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, January 26, 2010

ZUL... DAH BUAT PERMOHONAN NAK JADI AHLI UMNO KE ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Zulkifli Nordin diserah kepada Lembaga Disiplin

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Mesyuarat Biro Politik PKR hari ini memutuskan untuk menyerahkan nasib anggota Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin kepada Lembaga Disiplin parti itu.

Pemimpiin PKR dalam sidang media selepas mesyuarat berakhir jam 3.30 petang tadi memberitahu, Lembaga Displin diberikan masa sebulan untuk memutuskan kes tersebut disamping mengemukakan cadangan tindakan kepada majlis pimpinan pusat (MPP).

Zulkifli didakwa melampaui batas perbezaan pendapat apabila membuat laporan polis ke atas anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam isu penggunaan nama Allah.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dalam kenyataannya di sidang media itu berkata, Biro Politik PKR memandang berat dan menyesali tindakan anggota Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin yang membuat laporan polis terhadap anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Bagaimanapun, menurut Saifudin yang membacakan keputusan itu, PKR menerima hakikat bahawa Zulkifli berhak untuk memberikan pandangan dan ia akan dihormati.

Bagaimanapun, katanya, tindakan Zulkifli itu dianggap biro paling berkuasa dalam PKR itu sebagai membelakangkan mekanisma parti.

Sehubungan itu, katanya, mereka telah bersetuju mengambil tindakan berikut:-

1) Setuju kes ini dibawa kepada Lembaga Disiplin parti dan ia perlu bersidang secepat mungkin iaitu tidak lebih dari satu bulan.

Tindakan yang perlu diambil adalah mengkaji aduan, menyiasat aduan, mendengar penjelasan Zulkifli dan membuat keputusan.

Keputusan yang boleh dibuat adalah memberikan amaran, mengantung keahlian atau memecat taraf keahlian Zulkifli Nordin dalam PKR.

2) Menyuarat itu juga mengarahkan Zulkifli agar jangan membuat sebarang kenyataan berkait dengan hal ini sehingga proses ini diselesaikan mengikut saluran parti dengan cara yang baik.

Sementara itu, Zulkifli seperti dilapor Malaysiakini memberi jaminan akan akur dengan apa jua keputusan PKR.

"Dalam mana-mana parti, termasuk PKR, berhak ambil tindakan jika perlu untuk maslahah (kebaikan) parti. Tetapi saya juga berhak pertahankan diri," lapor web itu.

Sepanjang siasatan dijalankan juga, Zulkifli diarahkan menutup mulut dan dilarang membuat kenyataan media. Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, perkara itu tidak boleh dihalang kerana ia dibuat berdasarkan peruntukan parti. Bagaimanapun, beliau akan terus bercakap berhubung isu kalimah Allah jika dirasakan perlu. Pengerusi Lembaga Disiplin PKR adalah Syed Kamaruzaman. - http://www.harakahdaily.net


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

0 comments: