Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, January 25, 2010

ADUHHHH KAH TARUNA..... HUHUHU

بسم الله الرحمن الرحيم

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia.

Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini.

"Dah mampos buat cara mampos la."
Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan.
Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya.
Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa saya tidak lagi membawa imej persendirian, sebaliknya membawa imej satu kumpulan jalan sisi untuk Islamic State.

Jadi dengan ini.
1. Saya memohon maaf kepada seluruh warga Malaysia umumnya, warga Johor khasnya atas keterlanjuran saya.
2. Berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.
3. Menarik semula artikel luar norma kemanusiaan itu dari blog saya sebagai tanda saya akui kesalahan saya.

Yang benar,
AdukaTaruna


Print sereen dari blog aduka taruna yang disifatkan sebagai menghina almarhum sultan johor. Klik pada image untuk besarkan. Ataupun korang boleh klik kat SINI utk tengok dari GOOGLE CACHE SNAPSHOT


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

8 comments:

Ketawa Behak2 said...

Aku harap lepas ni biarlah si AT ni masuk penjara. Kurang ajar sangat mulut dia ni. Selepas TGHA & TG Harun Din di keronyoknya, dia bantai pulak Sultan Johor.

Dia rasa dia dah hebat....hah...biarkan dia hebat pulak di dalam sel besi lepas ni.

Frodo Baggins said...

>>____<<


padan muka aduka taraguna itu!
blog beliau semua org dikutuknya

nurekin said...

tu ar pnjang gle komen blog dia..smer ngah kutuk dia..kan dh kena..
msti tdo mlm x lena tuh

Anonymous said...

Agak2 la sikit nk balun...

Org Johor memang stia ngan Sultan.

Lepas ni, tak tau la nasib dia..

CINTA RASUL said...

Maaf sahabat. Aku nak tinggalkan jejak di shoutmis tapi tak bisa link rupanya. Untuk itu aku tulis disini saja ye?

Cinta Al-Aqsa said...

aku anak johor. korang kenal sgt ke sultan tu yang nak back-up sgt? heh. kalau korang kenal raja kitorg, aku rasa korang akan kuarkan ayat lagi teruk dari Aduka tu..

Anonymous said...

keh..keh..keh.. sultan johor dulu tu pernah belasah rakyat dgn kayu golf.. dia tu sultan tp manusia biasa jugak. x maksum pun. x lari dari kesalahan. cuma salahnya adu kata runa ni, org tu dah meninggal pun jgn la caci maki sampai mcm tu sekali. aku x back up sultan pun apatah lagi nak back up si adu kata ni. cuma kalaupun bapak aku jahat tp bengang gak aku kalau org caci maki Allayarham bapak aku mcm tu.

Anonymous said...

AT poyo je mamat ni..org kutuk die kat blog delete pule..takut? dalam blog mcm2 ckp..dulu kaw2 hentam umno,lepas kene reman hentam pas n PR pule..adui2..