بسم الله الرحمن الرحيم
Kumpulan Pro-Mahasiswa yang membantah penggunaan sistem pengundian elektronik (e-undi), hilang penguasaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) hari ini.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi kumpulan Pro-Aspirasi memperolehi 21 kerusi berbanding Pro-Mahasiswa yang mendapat 18 kerusi MPP. Baki dua kerusi dikuasai calon ‘bebas’.
Pada sesi lalu barisan Pro-Mahasiswa merampas MPPUM dengan memperoleh 21 kerusi. MPPUM menawarkan 41 kerusi. Pro-Mahasiswa bertanding di 33 kerusi.
Walaupun pengurusan universiti tidak menggalakkan pertandingan berdasarkan kumpulan tetapi fahaman ‘politik’ Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi masih menjadi amalan secara tidak langsung. Pro-Mahasiswa memegang falsafah perjuangan yang alirannya seakan-akan menyerupai Pakatan Rakyat manakala Pro-Aspirasi pula sebaliknya. Dalam pada itu tempoh pembuangan undi pilihan raya kampus UM hari ini dilanjutkan sejam dipercayai ekoran masalah teknikal.
Ini kali pertama UM menggunakan sistem e-undi. Sehingga sesi pengajian lalu, Universiti Malaya menggunakan sistem pengundian normal.
“Pengundian yang bermula 10 pagi sepatutnya berakhir 5 petang tadi tetapi dilanjutkan sejam kerana
beberapa masalah, antara masalah teknikal pada sistem komputer… menyebabkan ada pelajar yang tidak dapat mengundi, jadi masa dilanjutkan,” kata Presiden kumpulan Pro-Mahasiswa Shafie Hashim.
Penggunaan sistem e-undi pada pilihan raya kampus kali ini dibantah oleh sebahagian pelajar universiti berkenaan.
Selain Universiti Malaya, universiti-universiti yang mengadakan pilihan raya hari ini ialah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Pergurusan Sultan Idris, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Kelantan. -MI
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
2 comments:
PRK USM, hanya 1 kerusi dimenangi oleh Pro-M, yg selebihnya dikuasi oleh Pro-Aspirasi..
Harapan kami, calon yg menang akan menjalankan tanggungjwab mreka dengan bersungguh2 dan ikhlas kerana Allah.
barisan mpp upm yg lepas, mpp pro mahasiswa ramai tak buat kerja pun..duduk goyang kaki.bila mpp pro aspirasi buat kerja,pro mahasiswa hebohkan dlm blog mereka yg mereka yg buat semua kerja tu.hakikatnya pro mahasiswa goyang kaki.hanya tahu berpolitik tp tak buat apa2 pun untuk mahasiswa.jauh sekali nak tunaikan manifesto mereka
Post a Comment