Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, January 25, 2010

HUKUM MAKAN TELUR BUAYA

بسم الله الرحمن الرحيم



Soalan: Saya ada kemusykilan mengenai hukum pemakanan terhadap dua bahan tersebut iaitu :
1- Telur penyu, tuntung dan telur buaya = Bolehkah ianya dimakan??
2- Bhgn dalaman dari binatang buas dan berbiasa(harimau/ ular)seperti hati dan hempedu = Bolehkan dimakan samada mentah atau dimasak?? kerana ada pendapat kata ianya utk dibuat ubat…

jawapan:
wa’alaikumussalam.
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

1a. Buaya - menurut pandangan yang sahih bahawa adalah haram memakannya, kerana ia juga duduk didarat dan mempunyai taring, walaupun ia menghabiskan masa yang lama didalam air, akan tetapi sebab yang awal tadi mendahului hukum (binatang darat yang bertaring). Ensaiklopedia Fiqh Kuwait mengatakan bahawa buaya diharamkan oleh Mazhab Syafie dan Hanbali :

وللاستخباث في التمساح ; ولأنه يتقوى بنابه ويأكل الناس .

“Kerana kotornya buaya dan sesungguhnya ia kuat pada taringnya dan buaya memakan orang”

Sudah tentu telur buaya juga haram dimakan.

1b. Penyu - Binatang yang memang tinggal di laut dan juga yang tinggal di darat, tiada khilaf dikalangan ulama’. Akan tetapi, binatang yang hidup didalam dua alam, wujudnya khilaf dikalangan ulama’, ternasuklah penyu. Berkata Dr Abdullah Faqih :-

أجاز العلماء أكل السلحفاة لعموم قوله تعالى : (كلوا مما في الأرض حلالاً طيباً ) وقوله أيضا (وقد فصل لكم ما حرم عليكم ) وقالوا عن تذكية السلحفاة: ما يعيش في البر يذكي بلا خلاف في ذلك ، وما يعيش في البر والبحر ككلب الماء والسلحفاة فاختلفوا فيه بين من قال بالتذكية، ومن لم يقل بها ، والأولى التذكية خروجا من الخلاف .

“Ulama; membenarkan memakan penyu atas umum perintah Allah swt :- (Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik 2:16 8) dan juga firmannya (padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu 6:119) dan mereka bercakap mengenai rekomendasi penyu : apa yang hidup di darat, tidak ada perselisihan mengenainya, dan apa di bumi dan laut seperti anjing air dan penyu tersedapat khilaf dikalangan mereka, mereka yang rekomen berkata : sesiapa yang tidak mempercayainya, dicadangkan mula2 sekali keluar dari perselisihan”

Ibn Qudamah rh. didalam al-Mughni mengatakan bahawa penyu boleh dimakan sekiranya disembelih. Katanya :

كل ما يعيش في البر من دواب البحر , لا يحل بغير ذكاة , كطير الماء , والسلحفاة , وكلب الماء , إلا ما لا دم فيه , كالسرطان , فإنه يباح بغير ذكاة .

“Semua yang hidup didarat dari kalangan binatang laut, tidak halal tanpa disembelih, sebagaimana burung laut, penyu, anjing laut, melainkan ia tidak berdarah seperti ketam dihalalkan tanpa sembelih”

Dikalangan ulama’ yang berpegang kepada pandangan ini membenarkan memakan telur penyu.

2. Mengenai berubat dengan menggunakan barangan2 haram, disini saya mengambil petikan pandangan Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, didalam bab (ضرورة الدواء) dalurat kerana berubat, didalam buku halal dan haram (ms 49-50) (terjemahan Ustaz Zainys, al-ahkam) :-

وأما ضرورة الدواء -بأن يتوقف برؤه على تناول شيء من هذه المحرمات- فقد اختلف في اعتبارها الفقهاء.. فمنهم من لم يعتبر التداوي ضرورة قاهرة كالغذاء، واستند كذلك إلى حديث “إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكم”.
ومنهم من اعتبر هذه الضرورة وجعل الدواء كالغذاء، فكلاهما لازم للحياة في أصلها أو دوامها، وقد استدل هذا الفريق -على إباحة هذه المحرمات للتداوي- بأن النبي صلى الله عليه وسلم رخص في لبس الحرير لعبد الرحمن بن عوف والزبير بن العوام رضي الله عنهما لحكة -جرب- كانت بهما. مع نهيه عن لبس الحرير، ووعيده عليه.
وربما كان هذا القول أقرب إلى روح الإسلام الذي يحافظ على الحياة الإنسانية في كل تشريعاته ووصاياه.
ولكن الرخصة في تناول الدواء المشتمل على محرم مشروطة بشروط:
أن يكون هناك خطر حقيقي على صحة الإنسان إذا لم يتناول هذا الدواء.
ألا يوجد دواء غيره من الحلال يقوم مقامه أو يغني عنه.
أن يصف ذلك طبيب مسلم ثقة في خبرته وفي دينه معا.
على أنا نقول مما نعرفه من الواقع التطبيقي، ومن تقرير ثقات الأطباء: أن لا ضرورة طبية تحتم تناول شيء من هذه المحرمات -كدواء- ولكننا نقرر المبدأ احتياطا لمسلم قد يكون في مكان لا يوجد فيه إلا هذه المحرمات.

“Darurat kerana berubat ialah, kesembuhan suatu penyakit bergantung kepada makanan yang diharamkan. Mengenai hal ini, para fuqahak telah berselisih pendapat mengenainya. Sebahagian mereka tidak menganggap berubat dalam keadaan ini sebagai darurat yang memaksa sebagaimana dalam masalah makan. Pendapat ini bersandarkan kepada Hadis:
Ertinya: “Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhanmu dengan sesuatu yang Ia haramkan atas kamu.” (Riwayat Bukhari)

Sebahagian fuqahak pula mengatakan bahawa ia dapat digolongkan di dalam keadaan darurat. Mereka menganggap masalah memakan ubat sama seperti masalah makan (boleh makan yang diharamkan ketika darurat). Dalil golongan yang membolehkan memakan yang haram kerana berubat ialah, Nabi Muhamad s.a.w. pernah memberi rukhsah (keringanan) memakai sutera kepada Abdul Rahman bin Auf dan al-Zubair bin al-Awam r.a. Ini disebabkan penyakit yang menimpa mereka berdua, sedangkan pemakaian sutera adalah dilarang dan pemakainya diancam.

Barangkali inilah pendapat yang lebih hampir kepada roh Islam yang bersifat sentiasa melindungi kehidupan manusia. Sifat ini boleh kita perolehi di dalam setiap pensyariatan dan pesan-pesannya.

Namun, rukhsah (keringanan) memakan ubat yang mengandungi bahan yang diharamkan ada beberapa syaratnya, iaitu:

1. Dapat benar-benar merbahayakan kesihatan jika tidak memakan ubat berkenaan.
2. Tidak terdapat ubat lain yang halal sebagai penggantinya.
3. Hal ini disahkan oleh doktor yang dapat dipercayai dari sudut kepakaran dan agamanya.
Dapat kami katakan dari apa yang kami ketahui berdasarkan kepada kenyataan yang berlaku dan bersandarkan kepada kenyataan doktor-doktor yang dapat dipercayai: Bahawa tidak ada darurat perubatan yang sampai ke peringkat terpaksa memakan sesuatu yang diharamkan sebagai ubat. Cuma, kami di sini hanya menetapkan prinsipnya sahaja sebagai langkah berjaga-jaga (ihthiati) kepada orang Islam yang kadangkala berada di suatu situasi di mana tidak ada apa-apa melainkan yang diharamkan sahaja. ” -[tamat petikan]
===========
Sekian, wassalam
————-

Rujukan :
1. Markas Dr Abdullah Faqih. حكم أكل السلحفاة. url : http://www.islamonl ine.net/fatwa/ arabic/FatwaDisp lay.asp?hFatwaID =71513
2. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. al-Halal wa al-Haram fi Islam. cet. 27. Kaherah : Maktabah Wahbah, 2002.
3. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. al-Halal wa al-Haram fi Islam. terjemahan Ust Zain. URL : http://al-ahkam. net/forum2/ viewtopic. php?t=7098

Sumber : http://soaljawab. wordpress. com/


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

1 comments:

Anonymous said...

eeeeeeeeeee takutnya........