Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, June 10, 2009

LUAHAN HATI SUAMI DAPAT KAWIN LAGI

Alhamdullillah ade jugak makhluk Allah yang berfikiran macam nie...
Amin...

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun.Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan',kata isteriku.Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih-sengih aje lah I at that time.'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana
naknikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!'

Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapilepas
I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.Sebab apa ? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun.
Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu
aje lah. Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya

I tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah. Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kandah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.


Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota. Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam. Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.

Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari ... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ... Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kanbanyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.

Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak. Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kandah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak) Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga ehidupanmereka. Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...... lagi haru ...

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kananak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kannak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kanraya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu. Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cubabab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial.

Wallahualam.

suami orang-


BS: Hehehe.. betul ker? atau saja ayat jer power ni... hehehe.. Xder boleh la kata, yer x? dah ade cerita pun x guna.. Kalau kawin kerana nafsu mmg la kita akan berfikiran mcm tu. Rasulullah kawin tu dgn janda yg susah.. ada anak ramai.. org miskin.. yg kita ni nak kawin dgn anak dara cun melecun memang la x betul.. cuba betulkan dulu niat tu.. klau dah jodoh boleh kita kata xnak ke... bukan kita ada kuasa nak menentukan jodoh pun. Tp dalam cerita ni ada kebaikannya. moralnya jgn kawin kerana nafsu atau kepentingan dunia semata-mata. Klau tengok awek yg lawa2 tu, igtlah susah payah jatuh bangun serta pengorbanan isteri kita selama ni. tp klau isteri yg memang betul2 mcm tu laa.. ada jugak isteri yg mcm "big mama.." klau yg mcm tu patut di tendangkan jer.. jgn tambah lagi satu.. tp 4 terus.. hehehe.. nasib baik aku x kawin lagi.. ada can nak ngorat awek cun melecun... wakakakaka...


4 comments:

lalink7 said...

la.........
panjang lebar ingat luahan hati bujang susah tadi..rupanya luahan hati bujang senang...hoho...

bestnye kalu semua lelaki memahami dan terpikir benda yang sama....

p/s kalau pilih yang cun melecun sangat nnt anda sakit jantung, darah tggi n kencing manis sume...mana taknya asik jeles jela memanjang..pehtue nak kongkong..huhu..melainkan poket anda tebal..haha mungkin pempuan cun mlecun itu terikat dengan anda..sila pilih jln yang selamat utk menemui kebahagian..(pesanan penaja) peace :p

BUJANG SUSAH said...

Jodoh boleh main pilih2 ker...? bukan ke jodoh pertemuan dan ajal maut tu Allah yg tentukan.. ada kat mana2 kitab ke bgtau manusia boleh tentukan jodoh mereka sendiri... hehehhe.. melainkan klau kita guna kitab buku tiga lima sebagai rujukan.. wallahualam.

lalink7 said...

memang jodoh dan ajal di tangan TUHAN..
tetapi..zaman sekarang kaum lelaki (umum) kalau nak cari awek nak yang cun2 aje..kan itu memilih namanya bukan memilih jodoh..
Yang pastinya memang JODOH Allah S.W.T yang tentukan..

Wallahualam..

Anonymous said...

HAHAHAHA.lawak ah pakcik suami orang neh.hihi.pandai-pandai.kenapa semua nak yang cantik2 eh?haihhh.