ALOR SETAR - Tetak kepala jiran dengan parang, bakar kereta sendiri dan cuba bakar rumah sendiri sebelum mati membunuh diri dengan meminum racun.
Itu adalah tindakan Cheong Loy Fook, 46, yang mengamuk di Taman Dahlia Fasa I di sini pada pukul 4. 45 petang semalam.
Menurut isteri jiran yang ditetak, Yap Choon Hooi, 57, ketika kejadian, dia bersama suami, Yee Kuan Fook, 62, sedang berehat di ruang tamu rumah mereka.
"Tiba-tiba Loy Fook menyerbu masuk ke rumah kami dan terus menetak kepala suami saya sebelum keluar semula tanpa mengapa-apakan saya.
"Saya cuba meminta pertolongan daripada jiran ketika dia membakar kereta Proton Wiranya yang diletakkan di hadapan rumah," ceritanya kepada pemberita di sini semalam.
Choon Hooi berkata, sebelum itu, dia terdengar suara Loy Fook seolah-olah bertengkar dengan seseorang tetapi dia dan suaminya tidak mengendahkan kelakuan jirannya itu yang didakwa mengalami masalah mental.
Difahamkan, selepas membakar kereta berkenaan, suspek masuk ke rumahnya lalu mengunci pintu pagar dan menyimbah minyak petrol di ruang tamu rumah.
0 comments:
Post a Comment