Sebuah syarikat tempatan, Greenbase Utama Sdn. Bhd. muncul sebagai syarikat pertama di dunia yang berjaya menukar sampah sarap menjadi petrol dan diesel.
Lebih menarik, proses berkenaan tidak menghasilkan bahan buangan kecuali arang yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan industri.
Kualiti minyak berkenaan pula menepati standard Euro 4 selain tidak mempunyai unsur sulfur.
Pengerusi Eksekutif Greenbase, Tan Sri Halil Abdul Mutalib berkata, pada masa ini loji pertamanya mampu menghasilkan 5,000 liter minyak daripada lima tan sampah sarap dalam masa sehari.
Katanya, proses berkenaan bermula dengan pemotongan sampah sarap yang boleh diuraikan seperti plastik, kertas dan kayu menjadi kepingan kecil.
''Semua bahan ini akan dimasukkan dalam kebuk khas untuk tempoh yang tertentu dan 80 peratus daripadanya akan ditukar menjadi minyak mentah.
''Selebihnya ia menjadi arang berkualiti tinggi yang tidak menghasilkan asap,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian loji milik Greenbase di Seksyen 28 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Halil berkata, pihaknya mengalu-alukan para pelabur yang berminat untuk menjalinkan kerjasama.
Katanya, industri itu menjanjikan pulangan lumayan dan berdasarkan perkiraan pihaknya, pelaburan antara RM50 ke RM60 juta mampu menghasilkan pulangan RM30 juta dalam masa setahun.
''Kos pengeluarannya amat rendah dan ia membolehkan minyak berkenaan dijual lebih rendah atau setanding dengan harga pasaran,'' katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Halil berharap teknologi yang dimiliki pihaknya dapat mengurangkan beban pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam aspek pengurusan bahan buangan yang semakin kritikal.
Sehubungan itu, katanya, Greenbase akan menjalinkan kerjasama dengan PBT untuk memanfaatkan bahan buangan yang akan dilupuskan mereka.
''Dengan ini PBT tidak perlu lagi membuka tapak pelupusan sampah yang baru, lagipun kewujudan tapak pelupusan sampah mengundang pelbagai masalah alam sekitar,'' katanya.
- UTUSAN
BS: Kalau sampah tu jer masukkan dalam tangki petrol kenderaan kita boleh x ? hehehhee
1 comments:
ini mcm da ckop bgos..
myk mrh bley la aku m'rempit non stop..
Post a Comment