Begitu jugalah harapan seorang isteri yang dipaparkan kali ini. Dia begitu kecewa dengan sikap dingin terhadap dirinya. Walaupun sangat menyayanginya namun sikap tersebut membuatkan isteri amat kecewa malah terfikir untuk mengakhiri saja perhubungan. Kadang-kala, masalah tidak akan selesai dengan hanya memendamkannya sahaja. Namun bukan semua mampu berkongsi cerita, begitu jugalah dengan saya.
Sudah lama saya terfikir untuk bercerita namun tiada kekuatan yang muncul. Mungkin sudah masanya seruan Allah sampai dan saya sudi berkongsi rahsia hidup ini. Saya pernah ke pejabat agama, meminta kaunseling namun disebabkan masa menunggu terlalu lama dan anak kecil diletakkan di bawah jagaan emak, niat itu terhenti begitu saja. Mungkin orang melihat masalah saya ini agak kecil tetapi hakimilah saya bersama dengan suami. Apa, bagaimana, mana dan sebagainya kerana saya buntu, kecewa dan sedih. Adakah ini jalan terakhir buat saya? Berpisah?
Kami baru berkahwin empat tahun. Umur saya dan suami berjarak 9 tahun. Saya tidak berpelajaran tinggi manakala suami sebaliknya. Suami adalah pilihan saya kerana suami kelihatan seperti lelaki beriman dan dapat membimbing saya setelah berkahwin kelak berbanding dengan calon yang dipilih emak. Saya menolaknya dengan baik dan sedikit pun tidak menyesal. Ketika itu, saya sentiasa berdoa kepada Allah agar diberikan jodoh yang baik.
Saya datang dari keluarga yang bermasalah. Semuanya berpunca dari sikap ayah yang tidak bertanggungjawab. Ayah hanya memberi wang kepada emak bagi hal yang penting-penting sahaja, sikapnya terlalu kedekut. Malangnya ayah berkira soal belajar, katanya kalau belajar kena bayar, lebih baik tak payah belajar. Disebabkan itulah saya ingin berkahwin cepat selepas tamat SPM kerana hidup saya penuh dengan kesedihan dan kurang kasih sayang.
Impian saya, selepas kahwin suami akan menyayangi, malangnya ia hanya angan kosong. Suami jenis tidak banyak bercakap, tidak begitu menyusahkan, memberi apa saja yang diminta tetapi dia tidak pernah mengajak saya solat berjemaah. Meminta bantuan apa yang penting saja. Jarang berborak kalau pun kami duduk menonton televisyen bersama. Namun karakternya berlainan bila bersama kawan-kawannya. Begitu sporting, pandai buat lawak, mendengar masalah orang, tapi dengan saya bersikap acuh tidak acuh.
Saya ditinggalkan bersendirian dari pagi membawa ke malam dengan anak kecil dan bila balik, suami hanya bermain dengan anak tanpa mempedulikan saya. Suami sangat sayang kepada anaknya, sangat mengambil berat. Suami memang baik, tidak pernah marah tetapi persoalannya di sini, bagaimana saya sebagai isterinya kalau suami tidak begitu memerlukan saya? Pernah saya menangis bagai anak kecil kerana bila mengajak suami berjalan-jalan, dia langsung tidak endahkan.
Saya berdikari sepenuhnya menjaga anak, tiada yang membantu dan apa salahnya kalau saya mahu berhibur bersama suami. Kadang-kala, saya merasakan perhubungan dengan suami sangat hambar, bosan dan menjemukan. Bila pakai cantik, sambutnya balik dari kerja, suami langsung tiada respons. Apa yang dibuat, langsung tidak dipuji. Kerjanya bermain dengan anak. Saya selalu bercakap dengan suami supaya menegur kalau ada silap saya, tapi malangnya suami tidak berkata apa. Langsung tiada perbincangan antara kami.
Mungkin saya tidak penting di matanya dan pernah bila hal cerai saya ungkit, suami seakan merelakan hal itu berlaku kerana dia memang tidak suka berhadapan dengan perkara sebegini. Mengharapkan suami menelefon, SMS atau apa pun, jauh panggang dari api. Namun saya dapat rasakan perhubungan dengan suami masih kuat kerana anak. Kalau tidak mungkin dah bercerai-berai. Puan, apa lagi patut saya buat untuk mengembalikan kasih-sayang antara kami?
Saya begitu pasti, dia tiada perempuan lain dan saya amat menyayangi keluarga. Kami pernah berbincang tetapi pergerakan suami hanya sekejap dan kemudian kembali ke tabiat lama. Semuanya diibaratkan mencurah air ke daun keladi. Masa tiada anak, suami mahu juga memeluk tapi selepas ada anak, semuanya berlalu begitu saja. Saya umpama patung. Hal begini membunuh jiwa ini. Saya kini langsung tidak merasa bahagia atau bersemangat untuk meneruskan hidup sebagai seorang isteri.
Bila saya merajuk kerana berkecil hati dengannya, kalau empat hari tidak bercakap, empat hari jugalah suami tidak menegur. Bila ditanya, masih sayang, jawapan suami iya. Bantulah saya, ingin merujuk kepada emak, dia juga mempunyai masalahnya sendiri.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Monday, June 8, 2009
ISTERI KECIWA
(Email Dari Sahabat)
Isteri Kecewa Hubungan Dengan Suami Hambar
Setiap isteri mendambakan suami yang selalu membelai dan memanjakan diri atau lebih tepat lagi suami romantis. Tapi hakikatnya tidak ramai suami yang bersikap begini. Bertuahlah isteri yang memperolehnya.
0 comments:
Post a Comment