Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, June 7, 2009

Bloggers tu apa menatang.. kerbau ke..?

Assalamualaikum..
Aku nak sambung sikit berkenaan cerita ummiAnni yang berkaitan dgn tajuk dia atas. Mcm yg kita sedia maklum. Apa itu bloggers ? seperti kata penyapujagat dalam blog Al-Banjari online. Namun bloggers antaranya yg memainkan peranan penting dalam situasi politik la ni. Sebenarnya memang semua sedia maklum akan kebenaran itu. Tetapi itu hanya bila bloggers itu diperlukan saja. Bila dia rasa dah selesa dgn kedudukan kita dilupakan tertongeng bontang. Siap boleh tanya lagi "bloggers tu apa menatang ?" Dalam soal menjaga kebajikan bloggers ni PKR jauh lebih baik dari PAS.

sebagai contoh: dari blog adukataruna

1. Permatang Pauh - PKR bertanding... masalah ni tak timbul... blogger dapat kerjasama penuh dari pihak urusetia penerangan PKR.

2. Kuala Terengganu - PAS bertanding... blogger... ha..? blogger tu mende..?

3. Bukit Gantang - PAS bertanding... blogger..? hangpa sapa..? pas media..? pooorah..! sampai team BloggersNetwork@Perak bengkek sebab dapat "KEJARsama" penuh dari urusetia penerangan PAS... cit...

4. Bukit Selambau - PKR bertanding... blogger..? full acsess ke semua sidang media... pas media geng BloggersNetwork@Penang pun dapat. semua PC berjalan dengan kehadiran para blogger yang bekerja secara sukarela... untuk liputan pulak... siap dapat pakai streamyx lagi. langsung tak de rungutan dari para bloggers.

5. Batang Ai - PKR bertanding... walaupun jauh diseberang laut, tapi rakan-rakan bloggers yang berada di Batang Ai memaklumkan bahawa semuanya berjalan dengan baik... dapat kerjasama penuh dari urusetia penerangan PKR... good job... walaupun kalah, tapi tetap berbaloi sebab semua kemudahan yang ada telah digunakan sebaik-baiknya.

6. Penanti - PKR bertanding... aku pergi masa penamaaan calon je... tapi akses semua 1st class... siap dibagi sebijik rumah untuk blogger... nak cerita lebih-lebih aku tak reti pasal aku tak de kat sana... kalau nak tau, tanya geng-geng BloggersNetwork@Penang... yang aku tau, sampai hari ni tak de rungutan.

Dalam bab ni aku tgk PAS ni mcm lebih sayangkan media arus perdana yg rajin buat cerita bohong dari bloggers2 (pro PR) ni yg sering bercerita tentang kebenaran. Sebenarnya bloggers bukan nakkan pengiktirafan pun. just nak diberikan laluan untuk membuat liputan. tu jer pun PAS x boleh kasi ke? bukan mintak duit hang pun. Hang pulun la mentekedarah duit hang tu sampai buncit. kami bloggers x terliur sikit pun. PAS ni dah jadi UMNO ke? tengok perangai dalam bab ni mcm nak sama jer. Hang jgn igt hang bagus sgt. Aku klau x kerana info dari bloggers2 ni semua aku pun x tau mana yg benar mana yg salah. Klau nak harapkan harakah yg kluar 2 kali minggu tu pun susah, kejap2 habis laa.. belum sampai laa.. lewat laa.. dan seribu satu alasan.. harapkan harakah on line.. lembab mcm siput.. org klau beranak sampai anak tu dah kawin dan dapat anak lagi baru berita nak kluar. Aku ni klau bab org perkecilkan sumbangan org lain ni memang aku x puas hati. Tapi inilah nasib bloggers. Bak kata kulupSakah.. Klau dan kerbau tu kerbau jugak laa..

Aku nak jadikan tulisan kulupsakah sebagai satu sajak yg aku tujukan khas buat bloggers2 pro PR.

Kerbau Kerbaulah jua..

sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot lah dia. Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.
Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..
di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal...

Wassalam.

7 comments:

baginda said...

aku bukan kerbau...hahahha

Unknown said...

WEH BEORY ROMATIKA... DULU KAT KAMPUNG AKU GUNA KERBAU.. LA NI DAH TUKAQ KERBOTA... LEBIH CEPAT LEBIH PANTAS DALAM BENDANG JA...

rahmanw said...

salam...
rileks la bro....
ko pun dah baca penjelasan wak al banjari kan?
bersikap positif jelah....
aku setuju ngan komen penyapujagat.
tak semestinya dok kat dalam...berita lebih menarik....
kalau betul kita ikhlas dalam berjuang,perlu ke merungut dengan satu2 hal yang tak menyebelahi kita?
amik kisah khalid ibn al walid apabila dilucutkan jawatannya oleh khalifah uthman ibn affan sebagai panglima perang.
biarpun dah tak ada jawatan...perjuanagn khalid al walid tak berubah sebagaimana beliau memegang jawatan....
apabila ditanya orang....khalid al walid mengatakan,"aku berjuang kerana ALLAH.bukan kerana jawatan".
sedangkan dipihak sayyidina uthman pula mengatakan akan kebimbangan jika tentera Islam hanya bersemangat untuk berperang kerana dipimpin oleh Khalid Ibnu Walid dan juga risau jika Khalid Ibnu Walid semakin lupa kepada pertolongan Allah yang lebih utama berbanding kehebatannya yang sentiasa diberikan kemenangan.

jadi....kalau kita gelarkan diri kita pejuang...perlu ke kecik ati dengan perkara2 macam ni?
kena ingat...kita berjuang di atas pentas PAS LILLAHITAALA untuk menegakkan syiar islam kat malaysia ni....kita bukan berjuang UNTUK PAS...ada beza tu bro....
semoga kita istiqamah dengan perjuangan...
insyALLAH....amin....

wallahua'lam...

BUJANG SUSAH said...

Aku pun bukan jugak la baginda.. wakakaka..


Budak kampung.. ko ni kubota ke.. hehehhee...

Rahmanw.. terima kasih kerana mengingati.. gua tau bro.. gua bukan berkecil hati pun. sbb gua memang xder kat sana pun. cuma sebagai rakan2 bloggers gua simpati la kat kawan2 seperjuangan kita yg dianaktirikan tu. Kan dia buat untuk memberi info kebenaran kepada org lain.Masalahnya bukan baru ni jer PAS buat mcm tu. tengok jer la pada setiap PRK. langsung x kasi muka pada bloggers. Kita sebagai ahli ni pun kan kena menegur klau pimpinan atau parti kita buat kesilapan. Xkan nak diam jer.. x der perubahan untuk kebaikan la mcm tu kan. PAS klau betul2 matang kena la take serious dan fositif untuk menangani permasalahan ni. Mungkin nampak kecil, tp kudis yg kecil tu la klau x diobati akan jadi kurap seluruh badan. Gua komen pasal gua sayang kat PAS laa.. Gua nak PAS jadi parti terbaik yg menegakkan syiar islam untuk semua. So yg x betul kena la perbetulkan. agar x ada masalah sebegitu lagi selepas ni.

Thanks all 4 yr comments..

lalink7 said...

saya sutuju dengan RahmanW..
yea2..

rahmanw said...

salam....
kesilapan kita apabila mendedahkan kelemahan kita untuk tatapan umum hingga tersenyum sengih la musuh kerana boleh menyelit untuk ambik kesempatan.....
tapi pernah ke kita selaku blogger duduk semeja dengan pemimpin2 PAS dalam mencari jalan penyelesaian diatas permasalahan ni?
maaf...aku tak tau samada para blogger pernah berbincang atau tidak dengan pemimpin PAS....
kalau ada,aku minta maaf...ianya adalah kesilapan aku...
kalau tak ada,maka salahlah cara kita meluahkan ketidakpuasan hati kita HANYA didalam blog....
musuh sentiasa peka dalam mencari kesilapan kita....
kena ingat...
kelam kabutnya pemerintahan sayyidina ALI RA bukan disebabkan puak2 kafirun...tapi kerana perbalahan diantara umat islam tu sendiri hingga tercetusnya perang saudara....

wallahua'lam...

BUJANG SUSAH said...

Thanks 4 yr comment man.. cuma bagi aku ini bukan satu keburukan yg nak kita tonjolkan . cuma ini satu kekurangan pada satu2 parti tu. bila ada suara2 dari para2 blogers ni la parti tu sendiri kena menilaikan . klau dia xnak pandang perkara2 yg mungkin boleh dianggap remeh spt ini, akhirnya nanti yg ruginya mereka sendiri. wallahualam.