Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, June 10, 2009

10 LALUAN MAUT

KUANTAN 1 Jun - Kementerian Kerja Raya telah mengenalpasti 10 laluan maut ekoran kekerapan berlakunya kemalangan sehingga mengorbankan nyawa berpunca daripada reka bentuk permukaan jalan yang berbahaya.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sepanjang tahun lalu, seramai 57 pengguna maut dan cedera ketika melalui jalan-jalan tersebut.

Laluan tersebut ialah:

1. Kilometer 8, Seksyen 189, Jalan Muar-Melaka, Tanjung Gading, Johor.

2. Kilometer 16, Jalan Batu Pahat-Kluang, Johor.

3. Seksyen 35.2, Jalan Damar Laut, Pantai Remis, Perak.

4. Kilometer 35.2, Jalan Kangar-Mengkuang Layar, Perlis.

5. Seksyen 833.1, Jalan Butterworth- Alor Setar, Kedah.

6. Seksyen 399, Jalan Kuala Terengganu-Kemaman, Terengganu.

7. Seksyen 39, Jalan Kuantan-Segamat, Pahang.

8. Seksyen 259.5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan.

9. Kilometer 33.5, Seksyen 468, Jalan Klang-Teluk Intan, Selangor.

10. Seksyen 41.8, Jalan Serting-Tencah, Negeri Sembilan.

"Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk menaik taraf jalan-jalan tersebut supaya ia selamat digunakan.

"Kerja-kerja menaik taraf laluan tersebut dijangka selesai pada hujung tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat pegawai kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini hari ini. - Utusan


BS: Perghhh.. jalan kat aku pun termasuk ler... eeeeiiii takutnya...

3 comments:

lalink7 said...

aduh..jalan di tempat ku pun ada..aduhai..hebat tul tempat tue..
mungkin tempat2 neh ada penunggu setia la...aduhh..
seram..

Pontianak Degil said...

Herm, aku ni buta jalan. bagi la kereta, kene ade tourist guide kat sebelah. :P

rahmanw said...

salam....
baca doa naik kenderaan....
pandu secara berhemah.....
selebihnya bertawakkal kepada ALLAH...
INSYAALAH,mendapat perlindungan ALLAH....
disamping tu,amalkan baca ayatul kursi selepas membaca doa naik kenderaan....

wallahua'lam