Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, June 8, 2009

PESANAN BUAT LELAKI

WAHAI PARA SAHABAT SEKALIAN PARA SUAMI SEKALIPUN YANG BAKAL MENJADI SUAMI. MUDAH-MUDAHAN PESANAN INI DIMANFAATKAN BERSAMA UNTUK KERUKUNAN DALAM MEMBINA KELUARGA BAHAGIA..

1. Selalulah menghargai usaha penat lelah isteri, terutama isteri yg bekerja dan sama2 terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap pndanglah mukanya dan buka telinga luas2. Biar apa yg dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yg diterima drpd isteri dgn bijak serta prihatin.

3. Jgn sekali2 membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dgn mak anda kecuali masakan/cara menghias istri anda lebih baik dan canggih drpd emak anda.

4. JGN DEMAND SEKS SEKIRANYA ISTRI TAK ADA MOOD ATAU LETIH. AGAMA SURUH KAHWIN BUKAN SEMATA-MATA UNTUK PENUHI NAFSU SYAHWAT SAJA.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama2lah menjaga anak. Benih drpd suami juga. Ada suami, istri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jgn sesekali duduk tersandar depan TV atau relak2 sedangkan istri bila balik dr kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semuanya sampai giliran isteri tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust tau tak!

8. Kalau nk ajak member ke rumah, beritahu istri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yg best2 dan mengemas rumah cantik2. Bayangkan perasaan istri kalau tetamu dtg terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan istri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sesekali menyakat istri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut..?

ALHAMDULLILLAH SYUKUR.. ALANGKAH LEGANYA HATI ISTERI MENDAPAT SUAMI YANG BUKAN SAJA MENYAYANGI DIRINYA TETAPI PRIHATIN DAN PENUH TANGGUNGJAWAP. .


BS: Untuk lelaki jer ka.. perempuan xda ka? hangpa tunggu noo... hehehe..

3 comments:

lalink7 said...

awak boleh buat camne ke?
huhuhuh..
jangan setakat bagi panduan je tau..
hehehe..
jgn marah ye nnt kna jual..
:p

BUJANG SUSAH said...

Salam dik.. nak tau kena try dulu laa.. kawin dgn abg nak... hehehehe..

lalink7 said...

huhuhuhuhuh..
terkene getah la plak..
hadoi...
(maaf balik dulu ye)..Orang rumah da panggil..