BAITULMAQDIS - Seorang wanita Israel secara tidak sengaja membuang sebuah tilam yang mengandungi wang hampir AS$1 juta (RM3.4 juta) di dalamnya.
Berikutan kelalaian itu, wanita tersebut bertindak melakukan pencarian di beberapa kawasan tapak pelupusan sampah di sini semalam.
Wanita tersebut berkata, dia bertindak membuang tilam lama itu selepas menghadiahkan sebuah tilam baru kepada ibunya pada Isnin lalu.
Dia mula mengingati bahawa terdapat wang yang disimpan di dalam tilam buruk itu kelmarin.
"Saya bangun pagi dan menjerit apabila saya mengingati wang itu," kata wanita dari Tel Aviv itu.
Dia kemudian mencari tilam itu tetapi ia sudah dibawa oleh pengumpul sampah.
Usaha mencari di tiga tempat pelupusan sampah turut gagal menemui tilam itu.
Wanita tersebut menyatakan wang hampir AS$1 juta itu mengandungi mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Dia enggan menjelaskan cara wang itu berjaya diperolehinya.
"Itulah sahaja wang yang saya ada di dunia ini," kata wanita tersebut.
Pengurus sebuah pusat pelupusan sampah, Yitzhak Borba memberitahu kakitangannya membantu wanita itu mencari wang tersebut.
Menurutnya, tilam itu sukar untuk dicari di celah-celah 2,500 tan sampah yang tiba pada setiap hari. Borba berkata, tahap keselamatan yang tinggi mampu mengelak pencari harta berharga tidak akan mengunjungi pusat pelupusan itu.
Wanita itu berkata, wang berkenaan disimpan dalam tilam kerana dia pernah mengalami pengalaman yang traumatik ketika berurusan dengan bank. - AP
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
2 comments:
salam.. hmm.. mcm kes dulu2... tp bgus gak smpan snirik, xyah bayar duit kat bank.. hmm.. papehal tnye dulu sblum buat seswatu.. hehe
tau xper bro...
Post a Comment