Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, May 2, 2009

KISAH TIGA PENCACAI NAJIS...

1. PKR, Pas 'umpan' BN-Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 1 Mei - Semuanya adalah gimik politik semata-mata untuk mengumpan supaya Barisan Nasional (BN) meletakkan calonnya bagi bertanding Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidikan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamad Mustapha Ishak berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sengaja mewujudkan konflik kononnya berlaku pergeseran, seolah-olah memberi peluang kepada BN untuk meraih kemenangan.

Sedangkan, jelas beliau, Penanti merupakan gelanggang pertarungan yang dicipta oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menaikkan momentumnya sebelum menghadapi kes liwat beliau di mahkamah pada Julai ini.

2. Menunjukkan PKR, Pas rakus kuasa - Utusan Meloya

BUTTERWORTH 1 Mei - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas berebut mahu meletakkan calon masing-masing pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini hanya menunjukkan sikap mereka yang rakus kuasa.

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, parti-parti dalam gabungan itu lebih berminat untuk memastikan ahli parti masing-masing menjadi wakil rakyat dan ia semakin jelas setelah mereka memerintah negeri ini.

"Dulu mereka tidak pula berebut untuk bertanding atau meletakkan calon seperti yang berlaku sekarang tetapi apabila Pulau Pinang di bawah pakatan pembangkang, barulah nampak semua parti terlibat mahukan kerusi.

3. Bukti pakatan pembangkang rapuh - Utusan Meloya

BUTTERWORTH 1 Mei – Tiadanya kesepakatan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas untuk memilih calon Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti membuktikan betapa rapuhnya hubungan parti dalam pakatan pembangkang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, hakikat itu membuktikan bahawa wujud jurang dalam pakatan pembangkang ekoran perbezaan prinsip dan ideologi yang sangat ketara.

Beliau berkata, walaupun pemimpin pakatan pembangkang bersungguh-sungguh mempertahankan hubungan dalam parti itu, tetapi sentimen di peringkat akar umbi menggambarkan keadaan sebaliknya.

‘‘Walaupun hanya terdiri daripada beberapa parti sahaja, pakatan pembangkang tidak mempunyai kesepakatan dalam membuat keputusan. Ini elemen yang sangat jelas.

0 comments: