Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, April 29, 2009

Ezam Tubuh GEMAR bubar GERAK untuk SERANG Pakatan di Penanti?


Ezam Mohd Noor menghadapi delima masa depan sekembalinya “Bapa Pembangunan Mega Malaysia” Tun Mahathir kembali kedakapan Umno. Ezam yang mempunyai hasrat tersirat untuk bertanding dan menjadi calon BN di Penanti kini bercekai namun terpaksa akur dan terus tinggal sebantal dengan Tun yang amat dibencinya dulu kerana rasuah yang ditentang keras oleh Ezam.Walaupun Ezam pada hakikatnya masih mempunyai beberapa “kotak” lagi bukti relevan untuk menjatuhkan Anwar, namun kotak-kotak Ezam tidak mempunya apa-apa nilainya lagi di mata Tun. Ezam umumkan dulu bahawa beliau kembali bersekedudukan bersama Umno kerana Tun keluar parti. Sekarang Bagaimana? Apakah tindakan Ezam seterusnya di dalam Umno?

Mampukah Ezam sekadar bersembunyi di sebalik kekotak untuk mengelak daripada dikesan dan diajar cukup-cukup oleh Tun yang suatu masa dulu amat “terasa hati” dengan apa yang telah Ezam katakan dulu. Tun Mahathir bukalah pemimpin yang mudah lupa, malah Tun akan ingat satu persatu tentang apa yang Ezam telah katakan dan kini hanya menunggu giliran sahaja untuk Tun menentukan takdir Ezam dalam Umno. Sudah tentu dalam senarai teratas Tun Mahathir sekarang ini ialah Nazri Aziz yang berlaku kurang sopan dan menghina Tun baru-baru ini. Ezam sebagai pemimpin muda yang berpotensi perlu segera berfikir tentang nasib yang bakal menimpanya samada mahu menyokong atau mendokong agenda turun temurun Umno.

GERAK yang ditubuhkan Ezam untuk menentang rasuah zaman Mahathir dulu kalau diteruskan akan menjadi tali gantung untuk Ezam buat masa ini kerana bukan sekadar tingkahlakunya diperhati, malah percakapannya juga sedang didengar. Untuk menyelamatkan diri, Ezam sepatutnya segera bubarkan “GERAK” iaitu Gerakan Anti Rasuah kepada pergerakan baru yang diberi nama “GEMAR” iaitu Gerakan Makan Rasuah. Dengan cara itu barulah Ezam boleh ngam dengan kehadiran Tun dalam Umno.

0 comments: