Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, April 27, 2009

"Ratu Anai-Anai Diluar Jendela PKR.."

Posted on Sunday, April 26 @ 23:39:06 MYT by TokAyah
Oleh usinwafer

"
Didalam PKR lebih-lebih lagi Wanita PKR sememangnya mengenali Aminah Abdullah,56, atau lebih dikenali sebagai "Kak Min"iaitu gelaran yg diberi oleh Presiden PKR Datuk Wan Azizah Wan Ismail....

beliau adalah Mantan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang yg telah mengumumkan keluar dari PKR pada tahun yang lalu..kini "Kak Min" akan muncul di Penanti sebagai calon bebas/alternatif setelah beliau menawarkan diri bertanding disitu....


Tidak dapat dipastikan apakah "agenda/tujuan" beliau begitu berminat utk menawarkan diri sebagai calon ADUN Penanti kerana beliau masih lagi menyembunyikan rahsia itu kepada umum..

Mengikut dari sumber-sumber dan maklumat-maklumat yg saya dapat.."Kak Min" sememangnya berhasrat utk bertanding di dalam Pilihanraya Umum yg lalu tetapi dibatalkan atas alasan "belum ada kemampuan"....kemudian alasan beliau utk PRK Penanti ini pula disebabkan "dan ada sedikit kemampuan dari segi kewangan dan masa yang terluang..anak-anak pun dah besar"..


Dari pemikiran kedua saya...alasan yang diberikan beliau tidak "kukuh"....adakah semasa pilihanraya umum yg lalu beliau sememangnya sudah dapat merasai kesan "tsunami" jika beliau menyertai mana-mana parti politik selain Pakatan Rakyat...


Menurut sumber itu lagi...didalam PKR ada yang tidak suka kepada "Kak Min" dan dia pernah dimalukan...mungkin disebabkan itu beliau mengundurkan diri dan seterusnya membawa diri..


Kini adakah dengan pengumuman beliau utk menawarkan diri sebagai salah seorang calon bebas PRK Penanti utk memberi "signal" kepada PKR utk menerimanya semula ..kerana sudah tentu banyak rahsia-rahsia PKR yg digenggam beliau?


Adakah dengan ugutan ini akan menyebabkan PKR menerimanya semula..sebelum hari pencalonan PRK Penanti..?


Sememangnya alasan yg diberi "Kak Min" tersirat seribu agenda "dirinya" sendiri..ini dapat dilihat dengan kenyataan beliau... "sekiranya PKR main kotor..saya pun boleh main kotor.saya boleh dedahkan apa yang berlaku dalam parti itu..ini baru permulaan..saya akan dedahkan banyak perkara lagi nanti..."


Kita sama-sama nantikan apa yg akan dilakukan PKR Pulau Pinang terhadap "Kak Min"....


Samada "Kak Min" akan terus menjadi Ratu Anai-Anai DiluarJendela PKR atau dibawa masuk semula sebagai "Kelkatu terbang bebas" didalam rumah PKR...


Pemikiran nakal saya berkata adakah PKR akan melantik beliau WANITA pertama menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri 1..dI Pulau Pinang..?...dalam politik macam-macam boleh jadi....

http://apadianie.blogspot.com/
keluhan peniaga pasar malam
"

BUJANG SUSAH: Wahhh... banyak duit kak min nampaknya? Sanggup ambil risiko untuk jadi calon bebas. Bukan nak tuduh.. just nak tanya jer... Ada parti yg taja kak min ke? Klau duit kak min sendiri lagi baik kak min tolong org susah dari nak dapatkan jawatan. Tapi klau dah org taja apa lagi yg nak dikatakan. Sudah-sudah la tu kak min. Tak payah la nak tongkat dunia ni. Umur yg dipinjamkan Allah untuk kita ni semakin lama semakin pendek. Adalah lebih baik kak min gunakan sisa2 umur yg ada tu untuk buat kebajikan. bangunkan ummah bukan bangunkan pangkat atau harta. Kita kembali ke sana pun esok cuma bawak sehelai kain putih jer. selebihnya amalan dan ketaqwaan yg akan diperkirakan disana. Allah suruh kita berebut amal bukan berebut jawatan. Wallahualam.

0 comments: