"Najib dan kabinet dia dah jadikan Malaysia kuboq (tanah perkuburan) da'wah.
"Mak ayah yang masuk Islam tak boleh nak dakwah anak dia sendiri sampai jadi Islam. Bunuh da'wah, bunuh amar ma'ruf. Nahi mungkar dah lama depa bunuh," katanya ketika kami berbual dalam telefon. Saya tak sempat jumpa dia petang semalam. Hanya dapat berbual dalam telefon sahaja.
"Sampai ugama kita pun Ong Tee Keat , Koh Tsu Koon, Bernard Dompok yang tentukan boleh da'wah ka, tak boleh ka, ni dah melampau Najib ni," katanya lagi.
Datuk Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan), Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Tan Sri Bernard Dompok (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi) adalah antara anggota kabinet Najib.
"Bagi tanah kat penduduk kampung baru Cina depa marah sangat, depa juai (jual) ugama tak pa pulak. Susah payah Nabi Muhammad da'wahkan Islam, depa senang-senang juai ugama. Bunuh amar ma'ruf".
Keputusan itu (lihat petiakn berita di bawah) bercanggah dengan perintah Allah yang mewajibkan kita melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar. Nabi Muhammad s.'a.w. dahulu berperang apabila da'wah Islam dalam keadaan aman disekat oleh penguasa-penguasa angkuh dan zalim.
Keputusan itu juga membunuh hak ibu atau bapa yang memeluk Islam melaksanakan tugas membentuk anak-anaknya seperti yang tergambar dalam riwayat berikut: Setiap anak Adam itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibu bapanya yang menjadikan ia Yahudi, Majusi dan Nasrani.
Bunuh ajaran Islam (amar ma'ruf nahi mungkar) rupa-rupanya boleh pulak dalam hukum hakam depa. Yang tak boleh bagi tanah tapak rumah kat orang Cina penduduk kampung baru.
Kalau Cina yang kaya raya macam kompeni KL Kepong, bagi sampai 22,000 ekar pun tak pa. Kalau Cina kaya raya macam kompeni YTL, bagi tanah rezab Melayu pun tak pa.
Bagi tanah tapak rumah kat Cina rakyat biasa tak boleh. Sebab tu la sampai la ni menggelejat marah sangat sebab bagi tanah kat Cina kampung baru. Macamlah orang-orang Cina di Malaysia ni tak bayar cukai hingga tak ada hak apa satu pun.
Sedih sangatlah kononnya. Sebak. Piirahhh!
Bagaimana pula nasib Melayu yang macam nak mampuih meneroka tanah untuk tempat berteduh dan cari makan? Cari makan, bukannya kerana nak kaya.
Berikut apa yang peguam Haji Salleh Buang tulis (PDF di sini):
Kes Sidek & 461 Ors lwn. Kerajaan Negeri Perak [1982] 1 MLJ 313, Raja Azlan Shah CJ (Malaya) memutuskan bahawa “Setinggan tidak ada hak di sisi undang-undang atau ekuiti” (Squatters have no rights in law or equity).Petikan berita bertajuk "Anutan anak ibu bapa tukar agama kekal" (Utusan Malaysia 24/4/09):
Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan terbaru berkaitan dengan kes K. Pathmanaban dari Ipoh yang membawa tiga anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.Berkaitan:
Kata Mohamed Nazri, keputusan itu adalah berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.
Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Tiga kanak-kanak berkenaan iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan hanya menggunakan bukti sijil kelahiran.
Agama anak: Kabinet diminta kaji semula (Siasah 25/4/09)
BUJANG SUSAH: Yg mana menyokong dan merelakan tu nanti jawab la sendiri. Yg mana x setuju tp langsung xder usaha nak menegur malah jauh sekali untuk memperbaiki, tu pun akan di ibaratkan sebagai setan bisu. Yg mana pandai dalam ilmu agama tapi dok diam jer, malah ada pula yg merelakan dan menyokong, sendiri mau igt laa... anjing pun klau x setuju dgn tuan, dia akan menggigit.. Klau dah agama sendiri kena pijak pun masih dok diam jer, lebih mulia anjing dari manusia yg mcm ni. Wallahualam..
0 comments:
Post a Comment