Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, April 30, 2009

Ekonomi Malaysia. Adakah kita dijalur yang betul?



Posted on Thursday, April 30 @ 00:00:00 MYT by Paktam
Oleh zeinedean

"

Semasa awal tahun 70an Kerajaan Malaysia dibawah Tun Razak sudah mulai program Perindustrian di samping Pertanian dan Pelombongan yg memberi pulangan lumayan pada perekonomian Malaysia!



Program buku hijau dilancarkan dan projek prasarana seperti jalan dan perlabuhan di bina!

Lebuhraya Segamat Kuantan, Jabor Jerangau, Jeli ke Gerik dan Perlabohan Kuantan serta Pasir Gudang juga dibina!

Program pertanian ia itu Felda, Felcara, Risda dan Mardi dilancarkan untuk mengangkat ekonomi negara ke arah negara pertanian yang membanggakan!

Disamping itu banyak Industri elektronik masuk ke Malaysia dan ianya bertumpu ke Pulau Pinang, Sg. Way dan kemudian ke Johor dan Melaka. Ini menambahkan lagi kerancakan sektor ekonomi negara!

Di zaman Tun Mahathir gerakan menjadikan Malaysia negara Industri diambil dengan serius sekali agar kita ikut jejak Korea Selatan, Jepun dan Taiwan .

Malaysia sekarang ini berbangga disamping jadi negara Pertanian yg membanggakan juga jadi negara Perindustrian yg disegani di rantau Asia Tenggara!

Tapi adakah kita sebenarnya di jalur yang betul?

Masalah Subprima Mortgage di USA buat kita tersentak dengan buaian mimpi kita dan tiba tiba ekspot kita merudum jatuh kerana permintaan berkurangan! Pakej ransangan ekonomi dilancarkan agar masaalah ini dapat diimbangi dengan merancakkan sektor lain untuk menampung ekonomi yg mula merudum!

Sekarang ini baru kita sedar bahawa enjin perekonomian kita 95% bergantung pada ekspot dan faktor ekonomi dalaman kita ternyata terlalu kecil. Malah kita dianggap negara yg ketiga tertinggi bergantung kepada ekspot selain Hong Kong dan Singapura di rantau ini!

China bergantung kepada ekspot sebanyak 15% dari pertumbuhan GDP, Indonesia sebanyak 20~25% tertakluk kepada harga pasaran komoditi dan India juga terbilang kurang dari 30%!

China dan India secara tiba tiba sedang menjadi kuasa besar yang pernah mereka pegang semenjak ratusan tahun dulu dan mengambilnya kembali! Mereka akan terus menjadi Adikuasa Dunia di ratusan tahun kedepan dan kita sebagai negara kerdil tidak akan dapat menyaingi mereka!

Kebergantungan kita kepada lebih dari 80% tenusu (kambing dan lembu)dari luar negeri dan kita juga mengimpot sayur sayuran, beras, gula, jagung dan segala macam hasil tani sedangkan kita punyai jutaan hektar tanah yang subur untuk menyokong Industri Pertanian kita!

Sebelum terlambat kerajaan harus pulihkan sektor ekonomi yg sememangnya tidak diambil berat oleh Mantan PM Tun Mahathir agar negara tidak lagi tergantung kepada ekspot semata mata dengan menggiatkan lagi ekonomi dalaman.

Diharap para Petani di beri galakan serta subsidi baja, benih dan perbagai macam lagi supaya mereka menjadi Peladang Berjaya dan makmur!

Seandainya pekerja di berhentikan kerja maka mereka tidak segan silu lagi boleh menjadi Petani berjaya dan dengan sendirinya ekonomi dalaman kita dirancakkan oleh kita sendiri!

Sesuatu harus dilakukan sebelum nasi menjadi bubur!!!


BUJANG SUSAH:

Kalau inilah kerajaan yg memerintah malaysia, sampai kiamat la nampaknya ekonomi malaysia ni tidak akan setabil. Apatah lagi berangan nak jadi negara maju. Pemimpin dok x habis2 tamakan harta negara yg dibahagi-bahagikan kepada anak bini serta kroni2. Malaysia negara yang cukup mewah dengan hasil buminya, tetapi rakyatnya banyak lagi yang hidup susah. Ekonomi negara di tahap yg amat kornik. Ada ke pemimpin2 kita yg nak ambil pusing? Mereka semua tiap2 hari memikirkan tentang sevival politik mereka. Menipu rakyat dengan slogan "Ketuanan Melayu". Dan melayu2 yg mudah lupa selalu didodoikan dengan nyanyian itu. Apabila ekuiti 30% melayu dimansuhkan, tiada pula dari kalangan pemimpin2 mereka yg melenting. Tiada yg rasa tidak puas hati. Melayu sekali lagi didodoikan dgn lagu "pemansuhan ekuiti 30% melayu bertujuan agar melayu dapat bersaing di peringkat global". Kerana kita melayu bangsa yg bodoh dan mudah lupa, sedikit pun kita tiada rasa kesal. Terima dengan senyuman walaupun hak yg selama ini dijadikan gong yg dicanang di seluruh pelusuk kampung kini disumbatkan dalam jamban.

Rata2 "orang lain" (bukan melayu) yg aku temui akan ku tanyakan tentang perkara ini. Mereka menyambut baik dengan perubahan ini. "kerajaan takut sama kita lo...". kita disini maksudnya "orang lain". Mana ketuanan melayu? Semua hampas belaka. Nyanyian itu hanya dapat memerangkap segelintir manusia yg bernama "melayu bodoh". Sekarang ini masanya mereka2 yg rakus ini cuba pula menjalan jarum mereka untuk "orang lain". Kerana senario politik sekarang sudah berubah. Dimana ramai "orang lain" di situlah BN/UMNO akan kalah. Jadi caranya, terpaksalah tunjukan bahawa kerajaan sekarang tidak berpihak kepada melayu. Memang "orang lain" suka.. tetapi mereka bukan seperti "melayu bodoh". Mereka tidak dapat digula-gulakan dengan beras sekampit dan sehelai kain pelikat. Kerajaan apa nak peduli dengan segelintir manusia yg bernama "melayu bodoh" ni. "melayu bodoh" ni, apa saja yg kerajaan buat pastinya mereka akan katakan kerajaan bagus. So tiada sebab kerajaan ingin peduli kepada mereka. sudah barang tentu undi solid yg akan diperolihi dari "melayu bodoh" ini. Padahnya org melayu yg x berapa bodoh dan pandai jua yang menanggung. Nak kata apa lagi? Itulah hakikat bangsaku. Kita marah klau "org lain" kata bangsa kita bodoh. Tetapi kita buta apabila pemimpin kita yg sebangsa dengan kita memperbodohkan serta mentertawakan kita.

Aku nak berikan sedikit soalan kepada golongan "melayu bodoh" disini. Sebelum ini suara kamu semua seiring dengan suara pemimpin kamu. Hidup melayu.. Ketuanan Melayu.. so sekarang ni apa slogan kamu? siapa yg hidup? melayu lagikah? Aku nak tanya lagi, dan aku berikan contoh di melaka. Kerana melaka adalah negeri yg kuat mempertahankan kebodohan ini. Boleh tunjukan pada aku berapa banyakkah bangunan2 besar di bandar2 atau pekan2 yg dimiliki oleh orang melayu? Silap2 memang x jumpa pun melainkan bangunan tu milik ali ketam, anak syarikat ali ketam dan kroni2 ali ketam. Rakyat biasa apa yg dapat? habuk pun xda. Pantai yang indah (pantai kelebang) tempat perkelahan yg menarik dan jua tempat mencari rezeki buat nelayan2 kecil (melayu) habis semua ditambak. Demi kerakusan pemimpin yg mengejar projek. Negeri kecil yg paling banyak babi diternak (paya mengkuang). Apa yg kerajaan dah buat? Ada kerajaan ambil peduli? Ada ali ketam selesaikan isu itu demi melayu? Itu diantara contoh dimana terdapatnya mejoriti golongan "melayu bodoh". X dapat turun ke laut lagi untuk mencari rezeki dan terpaksa berhadapan dgn risiko banyak penyakit yg di sebabkan oleh babi, UMNO jugak yg bagus katanya. X bodohkan melayu klau mcm ni?

Bolehkan malaysia maju selagi ada "melayu bodoh" ni? Dapatkah ekonomi malaysia di tingkatkan selagi ada "melayu bodoh " ni?

1 comments:

Anonymous said...

Types Of Psychotic Medication
http://roundandbrown-review.com/ - synthroid
Generic Synthroid (Levothyroxine) available! 20% off! No prescription!
Levothyroxine is a chemical or rather synthetic thyroid hormone that is responsible for the body’s metabolism factor.
[url=http://roundandbrown-review.com/]synthroid online[/url]
Information on Synthroid
Order low cost Synthroid medication at one of reliable online pharmacies.
generic synthroid

Generally, Synthroid is prescribed for the following reasons: - In case the thyroid production in your body due to reasons like hypothalamus in the brain, radiation, surgery and disease of the pituitary gland - If you have the problem of thyroid cancer.