Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, April 27, 2009

Eksklusif: Saiful Saman, Blogger Cucumatkilau Tampil Mempertikaikan Tindakan Beliau Di Muka Hadapan Akhbar Sensasi Sinar Harian Hari Ini !!

Kami sungguh terkejut bila dimaklumkan melalui email oleh pihak-pihak tertentu di seluruh negara, perihal wajah salah seorang krew kami Blogger Cucumatkilau keluar di "frontpage" akhbar Sinar Harian hari ini (26 April 2009). Menurut laporan akhbar terbabit "Hingga kini pahangdaily masih belum terima writ saman RM2 juta daripada Saiful Bukhari Azlan" dan beliau juga hairan kerana Saiful kata akan memberi info siapakah penulis blog terbabit selepas writ saman diserahkan. Persoalannya sekarang siapak penulis blog berkenaan" lapor akhbar itu. Cucumatkilau juga dilaporkan berkata bahawa blog ini tidak berdaftar secara sah dengan mana-mana pembekal server di Malaysia dan hanya didaftar dengan "blogspot.com" sahaja. Ini bermakna Saiful seolah-olah telah menyaman sebuah syarikat yang tidak mempunyai "pemiliknya". Beliau turut membicarakan soal "penyakit misteri" yang menyebabkan Saiful melenting, malah mempertikaikan antara penyakit misteri dengan "laporan perubatan yang mengatakan beliau tidak diliwat oleh Doktor Pusrawi" itulah yang sepatutnya menyebabkan Saifaul marah. Persoalannya sekarang, kenapakah sampai ke hari ini Saiful masih mendiamkan diri dan tidak berani untuk menyaman Dr.Mohammad Osman dan Hosital Pusrawi serta semua media alternatif dan arus perdana yang menyiarkan laporan tersebut. Malah beliau boleh mendapatkan bukti laporan perubatan itu kerana ia telah dicetak dalam hampir kesemua media-media terbabit.

Jika Saiful kata beliau "diliwat Anwar" bermakna laporan perubatan itu adalah tidak betul dan merupakan satu "fitnah jahat" untuk merosakkan kes beliau. Tetapi kenapa Saiful dan peguam handalannya Zamri Idrus "tidak berani" untuk menyaman semua pihak terbabit, jika benar beliau bercakap soal maruah dan harga diri. Sedangkan semua pihak terbabit berdaftar secara sah dengan kerajaan dan mempunyai premis tetap masing-masing, untuk memudahkan peguam Saiful menyerahkan surat saman. Tidak mungkin orang yang bercakap soal maruah seperti Saiful tidak sedar "kesilapan" ini?. Jika mahu dibandingkan pendedahan tentang "penyakit misteri" yang beliau alami dengan pendedahan tentang "laporan perubatan yang mengatakan dia tidak diliwat", makanya yang mana satukah yang paling "panas" dan menganggu kes liwat beliau?. Kes penyakit misteri tidak didedahkan kepada umum, ia hanya disiarkan dalam blog ini sahaja. Tetapi kes "laporan perubatan" itu telah disiarkan dalam media yang dibaca oleh majoriti rakyat Malaysia. Bangunlah Saiful dari lamunan, jangan mencari publisiti murahan hanya kerana memikirkan anda sahaja berada di pihak yang benar?. Ingatlah, jika benar ini adalah kes Anwar "liwat", sila bawa ke Mahkamah Syariah dan bukannya memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi yang sudah pasti banyak menimbulkan keraguan. Kenapa perlu dicutikan Hakim Mahkamah Sesyen (SM Koomathy) dan terpaksa tukarkan dengan Hakim lain semata-mata untuk membenarkan perpindahan mahkamah baru-baru ini. Bukankah ini menimbulkan keraguan kerana jika hakim bercuti, kes boleh ditangguhkan dulu. Walhal dalam banyak kes, jika peguambela bercuti atau sakit pun kita boleh memohon penangguhan perbicaraan. Kenapa dalam kes pindah mahkamah Anwar ia dibuat secara tergesa-gesa dan secara tidak profesional dan menyebabkan rakyat sangsi atas segalanya.

[PDO mengucapkan terima kasih kepada akhbar Sinar Harian kerana melaporkan kenyataan daripada salah seorang krew PDO yang paling panas dan sensasi iaitu Cucumatkilau. Sebelum ini PDO difahamkan bahawa Cucumatkilau juga telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan kes Saiful ini. Pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman telah mengambil masa lebih lima jam untuk menyiasat beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. Menurut maklumat Cucumatkilau telah ditekan supaya mengaku yang blog ini adalah kepunyaan peribadi beliau. Sungguh tidak profesional pihak polis menjalankan tugas, malah mereka juga telah merampas beberapa buah hardirk komputer dari Cybercafe yang pernah digunakan oleh blogger terbabit. Pihak polis dilihat menjalankan siasatan memihak kepada Saiful, sedangkan selepas itu Cucumatkilau ada membuat laporan polis kononnya Saiful menfitnah blog ini. Tetapi, jangankan untuk menyiasat Saiful, memanggil Saiful pun mungkin tidak dilakukan. Inilah bukti jelas bahawa Saiful "ditatang bagai minyak yang penuh", sedang rakyat biasa akan dipandang "sebelah mata" oleh mereka. Apakah ini caranya kerja polis di Malaysia. Sama juga dalam kes "Liwat Saiful" itu. Saiful buat laporan kata dia diliwat, terus polis menyiasat Anwar. Tetapi Anwar membuat laporan polis selepas itu mengatakan yang Saiful membuat "fitnah" terhadap dirinya, jangankan polis mahu menyiasat malah tidak mengambil langsung keterangan Saiful. Maka, bagaimana kita mahu melihat kes ini dijalankan secara adil?].

(CF - http://pahangdaily.blogspot.com/)

BUJANG SUSAH: Si saiful ni belajar dah la bodoh.. perangai plak mcm munafik jer..

0 comments: