Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, April 27, 2009

Edisi Siasat: Kontroversi Isu Tanah TOL Di Indera Mahkota, Rupanya Projek Tersebut Sudah Di Jual Kepada Orang Luar Bagi Dijadikan Restoran Sea Food


KUANTAN - Susulan pendedahan panas PDO berhubung kes "tanah TOL" di Taman Pasdec Makmur (Atabara Perdana), baru-baru ini. Maka nampaknya isu ini semakin mendapat perhatian ramai pihak terutamanya pihak-pihak yang terbabit. Pembinaan bangunan kekal atas tanah TOL terbabit sesungguhnya amat dikesali dan mengecewakan sebahagian besar penduduk tempatan kawasan itu. Tambahan pula tanah yang di rezabkan sebagai tapak surau dalam "master plan" itu sepatutnya diserahkan semula kepada jawatankuasa penduduk (KRT) taman berkenaan. Namun, akibat daripada tindakan "rakus" pihak yang kononnya "berkuasa", akhirnya tanah itu telah dirampas secara "rela dalam paksa" daripada penduduk untuk dijadikan premis perniagaan berbentuk restoran "Ala Food Courts". Tapak yang terletak di belakang kedai serbaguna 24 jam 7Eleven dan Pasaraya Tunas Manja Indera Mahkota itu kini sudah hampir 90% disiapkan (foto) oleh pihak berkenaan. Siasatan kami mendapati banyak pencabulan dan penyelewengan yang berlaku terhadap tanah terbabit. Susulan daripada itu, difahamkan pihak jawatankuasa taman telah membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini. Kes ini kini dalam siasatan mereka dan PDO amatlah berharap ia dapat disiasat dengan adil dan telus terutamanya isu pembinaan bangunan kekal atas tanah TOL yang jelas bercanggah dengan undang-undang pihak berkuasa tempatan dan Kanun Tanah Negara sebenarnya.

(CF - http://pahangdaily.blogspot.com/)

BUJANG SUSAH: SPRM boleh diharap ke? Rasanya kes yg mcm ni duduk dalam bakul sampah jer la jawapannya. SPRM ni klau report tu ada terkena pada puak2 BN/UMNO ni, umpama ikan plastik yg di suakan umpan la. Bodoh jer muka dia. Tengok la kes khairy dan ali rustam. nak lagi best kes jamaluddin dan osman jailu. Masa dia dalam PKR dia dituduh rasuah. SPRM pun tonggang terbalik, siang malam pagi petang buat siasatan dan mencari bukti. Tak payah buat report pun xper. Pernah tengok x mcmana gerombolan dubuk mengonggong mangsa? Macam tu la SPRM ketika itu. Dua ekor katak ni masuk jer umno, SPRM tonggang terbalik mencari bantal untuk tidur. mengambil alih kerja tun pak lah... tidur.. tidur...tidur... z..z..z..z..z..zzzzzz...........

0 comments: