بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.
Semoga kita semua dipeliharaNya...
Ada sesiapa yang boleh mebantu saya tak?
Apa yang boleh kita lakukan sekiranya kita mendapat tahu saudara kita dicabul/dirogol oleh saudara lelaki tirinya sendiri yang masih bersekolah.
Ibu tirinya cuba melindungi anaknya sendiri. Bapanya pula seolah terkunci mulutnya dari membuat sebarang tindakan.
Budak itu sudah mengadu kepada guru di sekolah dan seringkali juga memberitahu saya bahawa dia takut berada di rumah itu.
Buat pengetahuan semua, dia merupakan anak angkat dan baru berusia 12thn, menghidapi disleksia dan iq nya tidak mencapai tahap umurnya.
Pihak sekolah ada membuat laporan kepada JPN dan JKM, tetapi kes ini diam begitu sahaja.
Apa yang perlu dilakukan bagi melindungi anak itu?
Mohon bantu saya.
Jika sesiapa yang dapat membantu sila email (noorsafinas@yahoo.com)
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
4 comments:
saya rasa bawa saje budak 2 ke balai polis utk bt report, dan ditempatkan di pusta perlindungan. ibu bapa patut melindungi dia bkn mendiamkan diri dan membiarkan perlakuan insan terkutuk itu berterusan ke atas bdk perempuan tersebut. fizikal dan emosi bdk perempuan tersebut dah cukup terseksa hari demi hari. sehingga trauma tggl di neraka tersebut. bawa ia keluar... drpd malu dgn manusia malu lg dgn Allah sbb tak pandai menjaga "anak anugerah Allah" tersebut.
Buat report dan sila ke rumah kebajikan...itu lebih selamat.
BUJANG SUSAH,KO DAH TNGK KE VIDEO KLIP ANUAR.HAHA..LAMBAT LA,INGT KN KO DH LETAK DH KT SINI VIDEO KLIP TIPU TU.HAHA..AKU DLU YG JUMPA.NI VIDEO NYA..NANTI JNGN LUPA SHARE KT RAMAI2 YE.HEHEHEHE
http://www.youtube.com/watch?v=DNEWGYPd1MU&feature=player_embedded
Jangan tunggu lama, pergi aja ke balai polis, kesian pada budak yang baru berumur 12 tahun, dengan keadaan dia macam itu, bertindak segera.
Post a Comment