Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, April 9, 2011

SUSAHNYA HIDUP DIBAWAH KEPIMPINAN NAJIB

بسم الله الرحمن الرحيم

Inflasi Di Malaysia Sudah Parah; RM 50, Susu Anak Pun Tak Lepas



"Pagi tadi hamba ke Tabung haji. Keluarkan kewangan yang tidak kecapaian untuk bulan ini. Hamba keluarkan RM400. Sebelum ambil anak di PASTI, singgah ke pasar, beli ayam. Hamba tidak mahu beli ayam pada hari Sabtu dan Ahad, kompem RM8 sekilo.

RM6.80 sekilo. Hamba beli seekor. Boleh makan 2-3 hari. RM13 tokey ayam Melayu itu baritahu harganya. 'Esok berapa pulak harganya? RM8 sekilo ke?', tanya saya berseloroh dengan tokey ayam itu. 'Adoi bang, saya pun tak tau lah nak cerita. Pening kepala dibuatnya. Pelanggan dah pening kepala, saya yang jual ni pun pening kepala.' jawab beliau dengan keluh kesah.

Sesudah beli ayam, hamba beli soto 2 bungkus. Sebelum Jumaat, makan soto. Sedap nih.

Setelah ambil anak dari PASTI, tiba-tiba anak bertanya berkenaan janji ayah dia hendak belikan pensil warna yang panjang dan banyak. Adoi... hamba lupa pula sudah berjanji kepada anak hamba yang sulong ini untuk belikan pensil warnanya. Janji mesti dikotakan.

Hamba terus ke kedai buku untuk membeli pensil warna. 'Jannah hendak yang mana? Yang swan ke, faber castel ke? Yang mana?', tanya hamba. 'Nak yang iniiii..', sambil jarinya menunjuk kepada pensil warna 'Princess'. Ada 24 batang semuanya. Harga, RM9.90. Hamba ambil satu.

'Iman?' tanya Jannah. Menyebut nama adik dia. Bermaksud takkan kakak seorang sahaja yang dapat, adiknya pun mesti hendak juga. Hamba ambil 2. RM19.80.

Tidak sampai setengah jam, RM50 habis. Tinggal RM350. 25 haribulan lama lagi....

Hendak ke masjid untuk solat Jumaat, isteri hamba kata susu anak sudah habis. Susu Iman dan Mohammad, dua-dua habis. 'Nanti abang beli susu anak-anak ya. Lepas solat nanti beli le...' isteri hamba memberitahu. 'ye leeee', hamba menjawab.

Setelah bersolat Jumaat, terus ke kedai ubat Cina, beli susu anak. Susu iman RM59.90, susu Mohammad RM28.50, tin kecil. Hamba beli sikit air minum dan kacang, semuanya RM93.70. Hamba keluar seratus, tokey kedai pulang balik RM6.30. Adoi.....

On sahaja kereta untuk pulang ke rumah, minyak kereta pula sudah menyala. Pergi ke Shell, isi RM50. Tinggallah RM206.30 dalam poket baju Melayu. RM200 sahaja tinggal, dalam masa tidak sampai 3 jam.

Kecilnya nilai duit sekarang ini. Nilai RM100 sekarang ini seperti nilai RM20 semasa zaman awal 90-an dahulu. Tak tahulah, inflasi di Malaysia ini sudah mencapai tahap yang gaban ke? -ibnmustaffa.blogspot

Note: Hidup UMporNO be End...!!!! kah..kah..kah..kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

12 comments:

zmah said...

Duit....duit...duit...sepanjang masa

Anonymous said...

Atas berbagai2 sebablah haram mengundi kerajaan dan talibarut BN...sampai bila nak tunggu...takkan sampai anak2 kita kebulur dan penyangak2 yg bertopengkan parti dan nama kerajaan ni kikis semua baru nak sedar....penyangak2 ni bukan sahaja ropak dan menyamun tapi sanggup memusnahkan hidup rakyat.....

sena-kun said...

tak guna punya pemimpin...

manjeamusyuk said...

undilah pemimpin yg mengambilkira & memikirkan poket rakyat...bukan hanya penuhkan poket sendiri saje, bercakap manis & buat2 bodoh mcm xbersalah.

para pemimpin yg memegang kuasa, bacalah sejarah khalifah2 sahabat Rasulullah...

tak tau ke betapa banyaknye seksaaan (di akhirat nanti) kpd pemimpin2 yg menganiaya rakyat..& menyalahguna kuasa mereka.

Hafriz Mohamad said...

huhu... ini sbnarnye bala kpd kita umat Islam yg xtau nk brsyukur diberi keamanan hidup..

bala.. bala.. bala..!!!

Anonymous said...

muka sombong nak mampuihh

putrarahman said...

Minta maaf bukan nak mengata sapa-sapa termasuk tuan punya blog.

Ramai yang merasa susah sebab gaya hidup tak sepadan dengan pendapatan mereka. Semua orang nak beri terbaek kepada keluarga, tetapi disamping itu, kena ukur juga kemampuan diri.

Tak boleh salahkan pemimpin 100%, kena muhasabah diri.

Saya beli susu anak, tak pernah lebih RM20.00 seminggu kerana susu laktogen kotak je.

Anonymous said...

aku suka lah gamba rosmah mansor tu.. gaya penuh berkarisma..

Najib Tong Nazak said...

putrarahman tu bagi anak yg boleh minum susu tu. klau dah mcm anak aku yg minum susu tu asyuk kluar balik je xkan nak sumbat jugak kat mulut dia?

Anonymous said...

bro putar rahman...

beri yang terbaik untuk anak bro...
kalau bro rsa yang 20 inggit dah terbaik, tak pe la
orang lain nak gak beri yang mahal skit supaya jadi lebih pandai (mungkin) dan tak jadi buduh asik nak menyokong dan mengundi bangsat-bangsat tu...

- uNCLe Joe

Anonymous said...

rahman ngape ko tak bg anak ko minum ayer paip or perigi jerrr... lg jimat perrr

Pencinta Mamat Cina said...

hahahahaha...terbaik la brooo...