Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, April 3, 2011

ENGGANG SEMBELIH LEHERNYA SENDIRI

بسم الله الرحمن الرحيم

Sembelih enggang, lima askar digantung tugas



Seorang pegawai dan empat anggota tentera lain-lain pangkat yang menyembelih seekor burung enggang di Taman Negeri Royal Belum di Gerik, Perak baru-baru ini, dikenakan tindakan gantung tugas mengikut Akta Angkatan Tentera 1972.

soldiers slaughtered hornbill at belumMenteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semua yang terlibat itu juga akan dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.

"Berdasarkan siasatan, ada pemburu lain yang menembak enggang itu sehingga jatuh. Apabila melihat keadaan burung itu yang lemah (hampir mati), anggota-anggota tentera terbabit telah menyembelihnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Keluarga Kelab Anak Rantau di Bagan Datoh, di Shah Alam hari ini.

Ahmad Zahid berkata walaupun anggota tentera terbabit bukan pihak yang bertanggungjawab menembak burung enggang itu, mereka sepatutnya menyelamatkannya dan bukan bertindak menyembelih burung tersebut.

Sehubungan itu katanya, kementerian tersebut terpaksa mengambil tindakan disiplin ke atas semua anggota tentera terbabit.

Akhbar sebelum ini menyiarkan berita bergambar menunjukkan beberapa anggota tentera sedang memegang seekor burung enggang yang telah disembelih dan gambar itu tersebar di beberapa laman web.

Perbuatan itu mendapat bantahan orang ramai termasuk Persatuan Pencinta Alam.

- Bernama

Note: kah..kah..kah..kah.. Tak nampak ke zahid hamidi cuba selamatkan integriti ATM tu.. "ada pemburu lain yg tembak..askar ni tolong sembelih jer.." kah..kah..kah..kah.. tu pun dah kira bagus dia tak kata burung tu yang tembak dan sembelih lehernya sendiri.. kah..kah..kah..kah.. gambar dah terpampang terpaksalah kata mcm tu. cuba xder gambar.. dah tentu zahid kata ini semuanya adalah berita fitnah dan palsu.. kah..kah..kah.. sama la macam cerita polis rogol gadis.. ketua polis akan kata "Bukannya anggota polis.. tetapi orang awam yang menyamar sebagai polis.." kah..kah..kah..kah..naik jelak aku dengan sandiwara tukang karut kera jaan ni..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

manjeamusyuk said...

xskola betul dorang neh.

kesian tgk burung tu

Najib Tong Nazak said...

nasib baik Zahid Hamidi bodoh ni x kata itu burung enggang mainan je hahaha

volume said...

zaid cakap tu gambar super impose, sebenarnya burung tu tengah terbang.. tanpa orang di sekelilingnya..

Anonymous said...

satu penghinaan..tgk tu lambang negeri mana..fikir2kan