Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, April 7, 2011

BUNUH DIRI SELEPAS JUMPA SPRM

بسم الله الرحمن الرحيم

Mustahil Sarbani boleh bunuh diri, kata rakan-rakannya



Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.

Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.

Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan “mengawal” isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.

Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

“Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

“Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil,” katanya.

“Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang,” kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

“Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri),” katanya lagi.

“Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

“Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang,” katanya dengan nada beremosional.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada sidang media itu, SPRM berkata, “antara pukul 10.15 pagi hingga 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur di mana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.”

“Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam,” kata kenyataan itu.

SPRM mengesahkan bahawa Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang telah ditahan pada 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang.

“Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada 2 April, pukul 12.30 tengah hari.

“Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

“Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi.

“Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan,” katanya lagi.

Kenyataan itu menambah, lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

“Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan,” tambah kenyataan tersebut.

“Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini.

“SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga si mati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil sebarang tindakan,” kata kenyataan itu lagi.



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

11 comments:

MaTsHaH®عکاس آزاد said...

ada bela ni... kah, ada ada saja ni, politik sgt bahaya...

green said...

berhantu betul sprm tu

Tajul Muluk said...

Persoalannya!

Adakah lojik allahyarham dengan berpakaian seragam lengkap pergi ke Pejabat SPRM untuk bunuh diri?

Nas aqlinya, kalau tentu nak bunuh diri takkan tunggu kesokan hari selapas bebas dan tak pasal-pasal pergi Pejabat SPRM. Naik Twin Tower lagi tinggi atau gantung diri dalam bilik boleh.

Sama2lah kita renung.
Kepada keluarga allahyarham setinggi takziah diucapkan dan bersabarlah. Kepada anak-anak sentiasalah berdoa untuk kesejahteraan roh allahyarham di alam barzakh. Pohonlah keampunan untuk arwah. Allah maha mengasihani
dan maha pengampun.

AZAHAR BIN AHMAD said...

Apapun takziahlah kepada si mati.. Terlalu berat rasanya keluarga untuk menerima berita ahli keluarganya membunuh diri, wahai pemberita sekelian, insaflah bahawa tulisan "membunuh diri" itu adalah satu penghinaan kepada si mayat mahupun kepada seluruh isi keluarganya. Maka itu tulislah wahai pemberita, terjatuh dari bangunan, kenapa tak boleh ka.... tak laku kah nanti surat khabar kalian itu.... kalau tak ditulis begitu... ingat..... hari ini hari kamu kerana dapat membodek boss kamu, ingat... Allah pasti membalas jua atas apa jua yang kamu lakukan di atas muka bumi ini.
Aku hanya mampu menasihati..

Anonymous said...

bagaimana jika dia benar-benar bunuh diri..sudah pasti kita tidak berlaku adil kepada pihak sprm..

mana mungkin pihak sprm ingin menjejaskan nama mereka sendiri..jika mereka ingin lakukan sesuatu kenapa mesti ditempat sendiri..

kita tidak sepatutnya melontarkan kejian keatas orang yg mencegah kemungkaran rasuah..

otaklunyai said...

Mana2 warga m'sia yg nak bunuh diri tak yah terjun bangunan, tak yah tido kat rel ketapi, tak yah telan racun... gi sprm pasti akan mati... mereka menyediakan perkhidmatan utk mati... malaysia boleh (bodoh)

Anonymous said...

Assalamualaikum BS,

Sedih, berulang lagi kisah sedih ini.

Mudah2an Allah akan tunjukkan siapa yang benar dalam hal ini secepat mungkin.

Anonymous said...

Ada bau ikan la...
Jeng jeng jeng

coretan lia iqmalia said...

takziah kpd keluarganya... nie laa salah satu petande2 kiamat..meletakkan hak yg xharus jd pemimpin tp jd pemimpin..hasil negara tunggang tbalik...tentang rasuah tp amalkan rasuah...

Anonymous said...

salam DER,
1) sblom beliau meninggal beliau menjadi imam smayang subuh, n beliau juga adalah imam ke brape ntah di surau KJ.
2) beliau kembali ke pjabat SPRM tanpa paksaan dan arahan, dgn membawa DOKUMEN... jeng jeng jeng... dokumen jerung2 besar...
3) beliau naik moto kriss (WG*, tahun zaman batu) jalan jauh2, sedangkan pegawai kastam lain siap terpijak2 stengah juta dlm rumah.
4) dari terjun tingkat 3 bangunan SPRM, baik terjun tingkat 6 rumah die! lagi tinggi, terbang lama sket.
5)org2 biase xkan berurusan dgn beliau sebab die ni bangsa xnak amik rasuah!

kpd yg xtau menahu, tolong la jgn fitnah arwah, krn seluruh kastam sgt mengenali beliau dgn sifatnya yg baik, strict n beragama.
al-fatihah buat arwah.

*DER tu bukan ayat nak bunuh lu ek BS.. hakhakhakhakhak...

Anonymous said...

Apalah kurangnya akal yang menuduh kalau belum terbukti. Hanya keluarga, sahabat dan kariah masjid yang mengenali beliau.