Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, March 16, 2011

BLOGGER UMNO NI MEMANG DAH GILER

بسم الله الرحمن الرحيم



KUALA TERENGGANU - Seorang lagi mangsa fitnah 'Pegawai ADUN Khalwat' , Mohd Hassan Husin, 49, dari Kampung Gemuruh, Bukit Payung yang membuat laporan polis terhadap sebuah pengendali laman web “darul ehsan today” yang memaparkan gambarnya sebagai tertuduh kes khalwat berlaku di Bukit Toman, Marang, 12 Mac lalu.

Buletinonline dimaklumkan, gambar beliau yang sedang duduk di atas sebuah motosikal di program Hari Keluarga Dun Bukit Payung di Kampung Paya Resak pada tarikh tersebut telah dimanipulasikan.

Mohd Hassan mendakwa malu dengan fitnah yang tidak berasas itu dengan sewenang-wenangnya menyiarkan gambar pada laporan berita tidak benar.Katanya, dengan tersebar luas berita dan gambar tersebut telah menjejaskan reputasi serta dipandang serong oleh masyarakat umum.

“Ini memalukan saya, dengan mereka meletakkan gambar saya pada laporan berita yang ditangkap kerana kesalahan khalwat itu.

“Orang ramai yang mengenali saya akan membuat andaian bahawa saya yang terlibat dengan kesalahan tidak bermoral dan dipandang serong oleh masyarakat,” jelasnya ketika ditemui selepas membuat laporan polis tersebut. Beliau mahu pihak polis segera menyiasat bagaimana gambar tersebut dirakam dan diperolehi oleh pihak pengendali laman web berkenaan.

Menurut Mohd Hassan, laporan berita berunsur fitnah itu sengaja dibuat bagi menjatuhkan kredibiliti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung dan dirinya dengan PAS.

“Gambar saya itu diambil ketika program Hari Keluarga Dun Bukit Payung di Kampung Paya Resak, 12 Mac lalu. Saya hanya duduk suka-suka sahaja di atas sebuah motosikal.

“Jadi dia guna gambar ini seolah-olah orang yang ditangkap khalwat itu adalah saya. Nama saya sebenarnya, Mohd Hassan Husin, 49, dan tidak ada kena-mengena dengan orang yang ditangkap berkhalwat (Mohd Din Jusoh) itu yang berusia 52 tahun.

“Saya tinggal di Kampung Gemuruh sedangkan suspek sebenar (Mohd Din) itu tinggal di Kampung Tok Dir, Bukit Payung,” ujarnya.BO

Note: Blogger umno ni semua memang dah keterlaluan. Lepas satu, satu fitnah dibuatnya. Masalah paling besar ialah bila ada laporan yang dibuat keatas blogger-blogger umno ni tiada satu tindakan pun yang di ambil. Tak apa.. bagi lemak dia orang ni banyak.. langit itu tidak selalu cerah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

Kamal Sanusi said...

Utusan Meloya, Berita Hairan, TV 3suku dan seangkatan ni memang berani di dalam memaparkan berita yang sedemikian kerana ada org yg cepat mempercayainya. Kalau kena saman fitnah pun, pengarang tak takut sebab hakim berada di pihak mereka.

Tapi bila mai bab-bab mengenai kilang makanan yg tidak bersih, makanan tak halal menggunakan tanda halal, restoran menyajikan asam pedas kepala bewak, ubat yg ada geletin babi dan sekasta dengannya, TAKUT PULAK NAK SIARKAN NAMA. GAMBAR SIAP DIKABURKAN lagi tu.... Takut kena saman beb!

penemuan luar biasa said...

macam2 perkara luar biasa.. zaman sekarang nih...

http://aniesandyou.blogspot.com said...

x de makna nyer dia buat seme ni ms dia idup.. hidup pn x berkat

Gadis Bisnis said...

LOWONGAN KERJA SAMPINGAN GAJI 3 Juta/MINGGU

KESEMPATAN EMAS BAGI PARA PEMILIK "WEB-BLOG"..., Kami Membutuhkan 200 karyawan "Online" dengan potensi penghasilan 3 JUTA/MINGGU+GAJI POKOK 2 JUTA/BULAN, Tugasnya hanya Meng-ENTRY DATA. Bila berminat

Buka http://devicantikkk.blogspot.com/