بسم الله الرحمن الرحيم
Dua Jet Libya Engkar Arahan Ghadafi
VALETTA, Malta - Dua jet tentera udara Libya mendarat di Malta pada hari Isnin (21/2/2011) dan juruterbang mereka telah memohon suaka politik di tengah tindakan keras berdarah Kolonel Ghadafi terhadap para demonstran anti-kerajaan di Libya sehingga mengeluarkan arahan mengebom mereka, menurut sumber tentera.
Dua juruterbang jet Mirage yang tidak mahu terlibat dalam operasi pembunuhan rakyat Libya itu telah mendarat di Malta International Airport tidak lama selepas dua helikopter awam mendarat bersama membawa tujuh orang yang dipercayai warga Perancis. Sebuah sumber tentera memahami suasanan kelam kabut menyebabkan penumpang telah meninggalkan Libya dengan terburu-buru sehingga hanya seorang sahaja yang memiliki pasport.
Sumber yang tidak mahu dikenali itu berkata juruterbang jet - kolonel angkatan udara udara Libya - telah berkomunikasi dari udara mereka memohon suaka politik. Mereka telah melarikan jet itu dari sebuah pangkalan berhampiran Tripoli dan telah terbang rendah di atas wilayah udara Libya untuk mengelakkan daripada dikesan, menurut sumber itu.
Note: Manusia ni kalau berakal memang macam ni. Sedar diri dan tahu menilai yang mana salah dan yang mana benar. Tak rela menjadi barua kerajaan yang zalim. Kalau polis malaysia yang dapat arahan dari kerajaan ni maunya hangus rakyat kena bom... Maklumlah setia nak mampos.. Kah..kah..kah..kah...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
7 comments:
Macam ni lah baru dipanggil manusia yang berakal dan menggunakan akal dengan baik
yeah thats right.. baru masusia berakal.. kat malaysia tak
eh..ade gaya minyak nak naik lagi??adesss...
i like diz entry..tp tulah....kat malaysia ni boleh ke jd mcmni??? payah laaa....org malaysia sgt "setia menurut perintah " huhuhu..
Jet pejuang mirage f1, buatan perancis.
Tahniah kepada pilot kerana mampu buat keputusan yang baik walaupun dalam critical situation.
Jangan lupa wat balik semula jet tu ke Libya no...
BERAPA KERAT YANG BERANI JADI JEBAT
MEMBERONTAK MENENTANG MANUSIA MUSIBAT
AKHIRNYA MATI DIBUNUH SANG SAHABAT
DERHAKANYA SAHAJA DIJADI HIKAYAT
kalu kat m'sia ni engine jet je terbang tanpa pilot, silap2 pak guard sekolah aku dicekup mengedar engine jet ke luar negara.. kuikuikuikiu bangang!
Post a Comment