بسم الله الرحمن الرحيم
Lelaki Ditahan Cuba Seludup Masuk Lima Ekor Cicak Gecko
Johor Baharu -- Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Johor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk lima ekor cicak Gecko selepas menahan seorang lelaki rakyat Indonesia di Jeti Stulang Laut, di sini, Ahad.
Gambar: Kakitangan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia menunjukan seekor cicak Gecko atau Tokek yang diletakkan dalam botol mineral sebelum diseludup oleh seorang rakyat Indonesia.
Penolong Pengarahnya Siti Nur Ahmad berkata lelaki berusia 40 tahun yang tiba dengan feri dari Batam, Indonesia, itu ditahan kira-kira pukul 6.30 petang oleh pegawai MAQIS bersama anggota Kastam Diraja Malaysia yang menjalankan pemeriksaan di jeti berkenaan.
"Pemeriksaan mendapati setiap Gecko yang masih hidup itu diletakkan di dalam botol plastik dan dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Gecko itu disedari dibawa masuk ketika diperiksa di mesin pengimbas," katanya kepada pemberita, di sini Isnin.
Beliau berkata Gecko itu dianggarkan seberat 300 gram setiap seekor dan dipercayai mampu mencecah harga RM35,000 seekor di pasaran tempatan.
"Gecko atau dikenali sebagai Tokek oleh masyarakat tempatan dipercayai diseludup masuk ke negara ini selepas mendapat permintaan tinggi bagi tujuan perubatan," katanya.
Kes itu, katanya disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. -- BERNAMA
Note: Tiba-tiba jer cicak jadi haiwan perlindungan.. Kah..kah..kah..kah.. Yang mula-mula buat kajian ialah negara China. Sendiri malas nak buat kajian.. tak ada idea nak majukan negara.. duit rakyat punggah habis-habis bagi kroni bagi anak bini berjoli katak. Bila rakyat tangkap cicak nak jual dia kata tak boleh.. Sebabnya kerajaan dan menteri-menteri penyapu ni tak dapat keuntungan dari perdagangan cicak ni kerana tak dapat nak kenakan cukai..Kah..kah..kah..kah.. Kalau tak percaya tunggu kalau ada professor dari negara luar buat kajian tahi orang melayu ni boleh jadi emas. Pasti dengan tak semena-mena kerajaan dan menteri-menterinya akan keluarkan akta taik 2011. Sesiapa diantara orang melayu yang menjual taiknya akan dikenakan hukuman yang berat... Kah..kah..kah..kah.. sengal...!!!
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
5 comments:
mmg bangang, cicak pulak jadi akta baru
Salam,
Katanya cicak jenis ni berguna untuk dijadikan ubat.
kah kah kah
he he he he pedulik ler jual cicak tu diharamkan atau idak,tapi kalu dengar crita awal mcm nak buat ubat aids... kalu untuk bebudak atau mangsa pemindahan darah yg berhiv tuu ok gak,tapi kalu ubat tu berjaya dibuat tentu ler makin bermaharajaleleh mat gian,mat sodom,matbiseks,penjalang,dan sekaum denganya wat aktiviti haram jadah mereka
sbenarnye ubat aids ni sebat je.. sebab tu tuhan bg undang2 ikut.. jgn jadi puak apno! hahahaha kan bingai namenye...
Post a Comment