بسم الله الرحمن الرحيم
Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan satu majlis pertemuan dengan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengalami masalah pembayaran balik pinjaman mereka.
Himpunan tersebut dijadualkan pada hari Sabtu ini, 26hb Februari 2011 \ jam 2 petang di Dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang.
Menurut Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat, Pemuda PAS mengambil inisiatif tersebut kerana perihatin dengan nasib mereka yang tidak mampu membayar balik pinjaman kerana faktor kekangan ekonomi negara.
"Mereka dalam keadaan tertekan kerana mereka tidak mampu membuat bayaran. "Faktor utama adalah kerana tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kos hidup yang meningkat setiap tahun khususnya di bandar," katanya.
Menurutnya sehingga kini terdapat 1.7 juta peminjam PTPTN yang mengalami masalah tersebut. Dari Jumlah itu terdapat 191,262 orang peminjam yang langsung tidak mampu membuat bayaran balik pinjaman. PTPTN telah membelanjakan sebanyak RM 37 bilion sejak 13 tahun yang lalu.
Agensi itu juga telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% kepada peminjam dan ianya didakwa membebankan. Masalah yang dihadapi peminjam ketika ini katanya berkaitan jumlah pinjaman mereka yang meningkat setiap tahun jika mereka tidak membuat pembayaran. Mereka juga tidak dibenarkan pergi ke luar negara jika tidak membuat pembayaran yang ditetapkan oleh PTPTN.
Sebahagian mereka menghadapi kesukaran untuk mendapat pinjaman lain khususnya pinjaman perniagaan. Selain PTPTN, masalah sama turut menimpa peminjam MARA yang ada diantara mereka terpaksa membayar balik jumlah pinjaman terlalu besar sehingga RM80 ribu.
"Pihak PTPTN pula sedang berusaha untuk membuat pindaan terhadap akta PTPTN yang berkemungkinan pada sidang parlimen akan datang bagi mengetatkan lagi kawalan pembayaran balik pinjaman. Tindakan ini sudah semestinya akan memberikan lebih tekanan kepada mereka.
"Dalam usia mereka yang masih muda mereka telah dibebankan dengan hutang yang banyak. Hidup mereka menjadi tidak tenteram dengan hutang tersebut," tambahnya lagi. Menurutnya juga, pertemuan itu turut akan dihadiri ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang akan sama-sama mendengar rintihan mereka.
Semua pandangan mereka akan dirumuskan dalam persidangan meja bulat dan akan diserahkan kepada pihak kerajaan dalam sidang parlimen akan datang. Sehubungan itu, beliau menjemput semua peminjam PTPTN dan MARA untuk hadir ke program itu. - harakahdaily
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
4 comments:
yup..its burden !! macam sy...ms kerja dok byr tiap2 bulan but now belum dpt keje lg, juml;ah da meningkat malah melebihi jumlah pinjaman. selama setahun yg keje dulu byr bodo jer laa... kalau xda cas 4 % tu even sy xkeje skg,tp masih mampu jugak la nk byr bulan2 tu 50 ke,100 ke,80 ke..even sikit tp lama2 berkurang jugak. cuba awk bygkan kalau saya byr rm50 sebulan..dgn cas pentadbiran JE DAH rm37.++/monthly..so mkna sy byr +- rm12 shj sebulan...beban kan?? cuba xda cas 4% ni..saya dgn senang hati je nak byr..wpun sikit2 sy byr kan...at least berkurang jugak..dah la xkeje,susah nk dpt keje.. so how? cas pentadbiran ni mmg amat300x burden laa..
setuju dgn saudara embun kat atas ni...
masalah ni harus dibincangkan..
*saudari embun pagi..
bukan setakat harus dibincangkan malah pihak terbabit harus mengambil tindakan..hapuskan laa cas pentadbiran tu..kita wat pinjaman bukan enjoi..kita belajar..menuntut ilmu kan? bila para peminjam rmai yg xbyr..mula la kua iklan apa tu *kacang lupakan kulit* ahhaha...WTH.
Post a Comment